السلام عليكم
بسم الله الرحمن الرحيم
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Adakah 05052013 akan menjadi lembaran baru bagi negara kita yang tercinta ini? Mungkinkah Malaysia akan di kemudi oleh pentadbiran baru selepas tarikh keramat itu?
Ya, esok kita pengundi yang akan menentukannya.
Persaingan dan pertembungan diantara dua kuasa esok, mana satu yang akan kita pilih?
Adakah mandat akan diberikan kepada barisan kepimpinan lama yang diketuai oleh Dato Seri Najib Razak atau pakatan kepimpinan baru yang diketuai oleh Dato Seri Anwar Ibrahim?
Apakatatu kita rakyat membuat perubahan. Kan kita rakyat Malaysia berada di zaman moden. Kita yakin dan percaya pembangunan negara kita setanding dengan negara-negara Asia yang lain.
Adakah kita tidak berani untuk membuat perubahan? Adakah tahap minda kita tidak seiring dengan tahap pembangunan negara?
Adakah tahap pemikiran kita jauh atau terlalu ketinggalan dari rakyat Jepun? Fakta, negara Jepun sering bertukar kerajaan tetapi tetap steady. Tak ada masalah pun.
Kenapa kita tidak pandai seperti rakyat Jepun? Kenapa kita menolak dasar ‘Pandang ke Timur’ yang diketengahkan oleh salah seorang mantan PM kita?
Kita perlu berani membuat perubahan. Dah lama sangat kita ditadbir oleh barisan ini. Kenapa tidak boleh tukar kepada pakatan lain? Carilah kesegaran dan mentaliti baru. Tak salah kan?
Kita beri peluang satu penggal untuk pakatanj ini menunjukkan kebolehan mereka. Tak bagus dan tidak memuaskan hati,kita buat perubahan lagi. Itu hak kita sebagai pengundi. Kami katakan sekali lagi, hak kita untuk ubah. Ubah, ubah dan ubah untuk mencari dan mendapatkan yang terbaik untuk kita. Ada betul!
Jadinya, ini kali lah! Ubah!
Selamat mengundi wahai rakyat Malaysia.
So….. ya Allah ya Tuhan kami, Engkau jua kami sembah dan kepada-Mu jua kami memohon pertolongan. Lapangankanlah bagi kami dada kami dan mudahkanlah bagi kami tugas kami. Kurniakanlah kami rahmat dari sisi-Mu dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan agama kami. Amin.
لَا إِلَّهَ إِلَّا الله مُحَمَّدٌ رَسُولُ الله
السلام عليكم و رحمة الله و بركاته
0 comments:
Catat Ulasan