السلام عليكم
بسم الله الرحمن الرحيم
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Kami dah balik dari menunaikan hak kami sebagai pengundi. Kami keluar untuk memangkah calon pilihan kami untuk Dun Bukit Kepayang dan parlimen Rasah.
Tempat mengundi kami di Sek Men Jenis Keb Chan Wa (Cawangan) Taman Bukit Galena. Pengundi perlu beratur untuk mendapatkan slip nombor tempat mengundi.
Slip yang diperlukan memberitahu nombor pintu tempat mengundi. Perlu ada slip ini walaupun pengundi sudah mengetahui terlebih awal saluran mana perlu kita tuju dari semakan di internet.
Baru boleh melepasi pintu masuk ke tempat mengundi dan memudahkan petugas menunjukkan arah mana perlu pengundi tuju.
Dah dekat sangat kat pintu no.3 tu. Dah penat berdiri. Ketika ini wife dan tiga anak kami dah selesai menunaikan hak mereka. Kami je yang masih menunggu giliran.
Dah siap mengundi dah. Jari pun dah dicalit dakwat kekal warna biru pekat. Kat tempat memangkah tak tunggu lama. Nampak je simbol tu terus pangkah. Dua kali pangkah.
Tapinya….. dakwat kekal tak kekal rupanya. Kena sabun cuci pinggan terus luntur dan hilang kekekalannya.
Botol dakwat tak digoncang dengan rapi sekali lagi? Pihak bertanggungjawab terbeli dakwat kekal cap ayam ke?
Kepada yang belum mengundi, kami syorkan luangkan masa untuk mengundi. Demi masa depan negara kita dan kesejahteraan rakyat.
Ubah sebelum terlambat.
Sila lihat sendiri video experimen dakwat kekal. Kekal atau tidak.
So….. ya Allah ya Tuhan kami, Engkaulah penolong kami, maka kepada Engkaulah kami meminta pertolongan, Engkaulah yang mempertahankan diri kami, maka kami bertahan diri kepada-Mu, Engkaulah pelindung kami, maka dengan Engkaulah kami berlindung. Semua penguasa yang zalim dan sekutu-sekutu Firaun tunduk kepada-Mu. Amin.
لَا إِلَّهَ إِلَّا الله مُحَمَّدٌ رَسُولُ الله
السلام عليكم و رحمة الله و بركاته
0 comments:
Catat Ulasan