السلام عليكم
بسم الله الرحمن الرحيم
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Hari ini, 07/05/2013 sepatutnya rakyat Malaysia mula menikmati penurunan harga minyak dari RM1.90/L ke RM1.40/L.
Baru sekejap tadi kami mengisi minyak kereta Kancil 660cc kami. Kami isi full tank. Nak jalan jauh sikit pagi ini. RM31.01 tertera kat resit. Jumlah minyak yang kami isi 16.32L.
Jom calculate saving yang boleh kami perolehi jika rakyat memilih PR hari tu…..
- 16.32L @RM1.900/L = RM31.01
- 16.32L @RM1.400/L = RM22.85
Penjimatan RM8.16 yang kami perolehi. Itu untuk sekali isi minyak.
Katalah 15.00L, kami isi 2 kali seminggu untuk ke tempat kerja dan aktiviti lain.
- 15.00L @RM1.90/L x 8 = RM228.00
- 15.00L @RM1.40/L x 8 = RM168.00
Penjimatan yang kami perolehi RM60.00 sebulan.
Sekarang ini anak-anak kami tidak akan mendapat pendidikan percuma. Bayangkan belum bekerja dah mempunyai hutang. Camno nak membina keluarga bahagia.
Orang nak bagi percuma, sombong, tolak. Rezeki tu!
Alasan nanti pelajar malas tak tumpu pada pelajaran kerana semua percuma.
Bila yang terpilih sudah ke menara gading kan semuanya pandai belaka. Dah tahu baik buruk. Semestinya sudah tahu untuk memilih dan menentukan masa depan kehidupan sendiri. Semestinya mereka juga mahu membina keluarga bahagia mereka sendiri.
Ada juga yang berpendapat kos untuk pendidikan percuma akan membuat negara kita muflis.
Takkan mereka-mereka yang nak bagi kita pendidikan percuma itu tak buat kaji selidik dulu dari sumber mana yang akan diambil. Kami yakin bukan cap ayam punya group tu.
Bila BN Selangor melancarkan aku janji mereka sebelum PRU13, disiarkan kat TV soalan kepada seorang pemimpin tertinggi parti itu, dari mana sumber kewangan akan diperolehi untuk membiayai aku janji mereka.
Jawapannya mudah sahaja….. mereka akan menggunakan dana dari hasil yang dijana oleh negeri Selangor. Mereka telah buat kaji selidik dan hasil pendapatan negeri mampu menampung aku janji mereka.
Konsep yang digunapakai oleh BN dan PR sama sahaja. Yang membezakan cumanya pentadbiran mana yang amanah.
Nak kata setuuupit marah pulak. Tapi difikir-fikirkan sekali lagi memang orang kita tak pandai.
Perlembagaan memberi kita hak untuk memilih tapi kita tak memberi perhatian walau sedikit pun sebelum membuat pilihan.
Kawan-kawan bangsa Cina telah mula membuka mata. Mereka mengundi secara bijak pada PRU13 lalu.
Cuba kita perhatikan cara mereka mengundi. Di kawasan majoriti pengundi Cina, parti mana yang bertanding?
Kita akan dapati yang bertanding adalah MCA dan DAP. Setahu kami MCA untuk orang Cina sahaja berbanding DAP yang ahlinya orang Cina, India, Sikh dan juga Melayu.
Jika mereka berpendapat MCA tidak lagi memberi perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat mereka, mereka pangkah DAP. Itu yang telah mereka lakukan pada 05052013 lalu.
Kerana mereka tahu yang mereka pilih samada MCA atau DAP orang Cina juga.
Jika 5 tahun lagi MCA kembali ketahap yang terbaik mungkin parti itu akan diterima kembali.
Orang kita ada sedikit kureng. Tidak mahu berfikir mendalam sikit. Cubalah lihat dulu apa yang hendak diberikan kepada rakyat. Pilihlah menu terbaik yang diberikan. Berilah mereka peluang untuk memberikan kita hidangan yang terbaik.
Tak sedap kita buat perubahan pada PRU akan datang. Ada susah?
Barulah kita menggunakan hak mengundi kita dengan sebetulnya dan sebaiknya.
Kenapa orang kita tidak mampu berfikir untuk berubah?
Fikir-fikirkan.
So….. ya Allah ya Tuhan kami, tambahkanlah ilmu kami dan luaskanlah faham kami. Lapangkanlah dada kami dan mudahkanlah urusan kami. Amin.
لَا إِلَّهَ إِلَّا الله مُحَمَّدٌ رَسُولُ الله
السلام عليكم و رحمة الله و بركاته
1 comments:
salam... tiada apa pon yang percuma atas dunia ini.. orang nk pahala pon perlu beribadat...... setiap perbuatan ada blasan.... haiwan tunggangan tidak akan mengendong barang tuan dan tuan nya jika tidak diberi makan....... ilmu pon perlu di bayar..... tuntul lah ilmu sampai ngara china...... nk smpai ngara china guna air liur ke tuan blog yg bijaksana??????????? fikir2 kan lah... pendapat sejenak harap di pandang,pndagan anda sy ulaskn... jgn marah bila ditegur,cuma membahas perihal tuan hamba juga.... as salam..... HAMBA ALLAH
Catat Ulasan