DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG

Segala puji bagi Tuhan Yang Menguasai Langit dan Bumi. Yang mengatur urusan makhluk. Selawat dan Salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Nabi dan Rasul Akhir Zaman dan juga kepada keluarga dan para sahabatnya dan pengikut-pengikutnya.

Selamat datang. Selamat membaca. Semoga terhibur.

Jazakallah Khairan Kathira.Assalamualaikum Wrt. Wbt

Jumaat, Disember 25, 2015

BHK 7. Al-Quran Selawat

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Bertemu kita di petang Jumaat ini.

Semalam, 24/12/15 kita menyambut sambutan Maulidur Rasul SAW untuk tahun 1437H.

Tahun 2015 ini kita meraikan sambutan itu dua kali sebenarnya. Pertamanya pada 03/01/15 untuk tahun 1436H.

Mari kita perbanyakkan selawat kepada Rasulullah SAW.

Firman Allah SWT:

إِنَّ ٱللَّهَ وَمَلَـٰٓٮِٕڪَتَهُ ۥ يُصَلُّونَ عَلَى ٱلنَّبِىِّۚ يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ صَلُّواْ عَلَيۡهِ وَسَلِّمُواْ تَسۡلِيمًا (٥٦)1

Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad s.a.w); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya. [Surah Al-Ahzab ayat 56]

Jom kita digest hadith dibawah ini.

Nabi s.a.w bersabda: "Sesiapa yang berselawat kepada-ku sekali selawat, nescaya Allah limpahkan sepuluh rahmat kepadanya dengan sebab sekali selawat itu." [HR: Abu Hurairah r.a]

Huraian Hadith:

i) Setiap umat Islam digalakkan membanyakkan bacaan selawat ke atas nabi Muhammad s.a.w
ii) Maksud berselawat itu ialah berdoa memohon supaya Allah S.W.T melimpahkan rahmat, menambahkan kemuliaan, kehormatan dan kepujian kepada baginda .
iii) Berselawat itu ganjarannya amat besar sekali iaitu diberikan sepuluh rahmat bagi setiap satu selawat yang dibacakan.

Perbanyakkan juga membaca Al-Quran, mukjizat yang diberikan oleh Allah SWT kepada Nabi kita. Mukjizat yang ada pada kita tapi kita selalu abaikan. Mungkin juga tak sampai kat minda kita bahawa ianya mukjizat. Haru!

Fikir2kan hadith ini…..

Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: Bacalah al- Quran kerana ia akan datang pada Hari Akhirat kelak sebagai pemberi syafaat kepada tuannya. [HR: Muslim]

Huraian Hadith:

  1. Al-Quran merupakan kalam Allah SWT dan perlembagaan syariatnya yang kekal abadi. Allah SWT telah menurunkannya kepada manusia sebagai panduan dalam mengharungi kehidupan agar dapat mencapai kebahagiaan di dunia dan akhirat.
  2. Membaca al-Quran merupakan satu ibadah yang boleh menghampirkan diri seseorang itu kepada Allah SWT. Pahalanya amat besar iaitu sesiapa yang membaca satu huruf daripada al-Quran, ganjarannya satu kebaikan dan sepuluh ganjaran yang sama dengannya. Selain itu ia juga boleh memberikan syafaat di hari akhirat kelak.
  3. Sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim ada menyatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : Perumpamaan Mukmin yang membaca al-Quran adalah seperti limau yang mempunyai bau yang harum dan rasanya sedap. Manakala perumpamaan mukmin yang tidak membaca al-Quran pula adalah seperti tamar yang tidak ada bau tetapi rasanya manis dan sedap.
  4. Membaca al-Quran hendaklah dilakukan dengan beradab sebagai menghormati kalimah Allah SWT di antaranya ialah seseorang itu hendaklah berada dalam keadaan suci (berwudhu') dan membacanya di tempat yang bersih, memulakan dengan membaca Ta'auwuz dan Basmallah, membaca dengan teliti dan perlahan, menjaga makhraj (bertajwid) serta memperelokkan suara sekadar termampu.
  5. Pembacaan al-Quran yang paling baik ialah apabila difahami apa yang dibaca. Dengan ini barulah seseorang itu akan dapat merasai nikmatnya yang sebenar.

Terbaik!

جزاك الله خيرا

[Sumber hadith: JAKIM, Sumber ayat: QuranExplorer.Com]

Rabu, Disember 23, 2015

BCK 11. Sujud Menggerakkan Hati

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Kita baca cerita kat bawah ni.

Alkisahnya…..

Kisah ini diceritakan oleh saudara Firoz yang berasal dari Guyana dan kini tinggal di Scarborough, Kanada. Saudara Firoz tinggal di Amerika Syarikat sebelum berpindah ke Kanada. Beliau dengan mudah boleh dikenali sebagai orang Islam kerana memakai tutup kepala berciri Islam dan ber janggut putih. Di Amerika Syarikat, satu hari ketika dia ke pasar untuk membeli beberapa barang keperluan dia telah didatangi oleh seorang lelaki kulit putih Amerika yang bertanya kepadanya sama ada dia mengetahui mana-mana restoran Muslim Halal. Saudara Firoz mengetahui satu tetapi tidak mampu untuk memberi arah yang betul. Beliau membuat kesimpulan bahawa orang Amerika itu adalah saudara Islam yang baru di kawasan itu. Jadi, saudara Firoz mengundang beliau ke rumahnya untuk menjamu selera. Terdapat juga beberapa saudara-saudara Islam yang lain tinggal bersama Firoz pada masa itu. Apabila mereka sampai di rumah, semua orang di dalam rumah menyambut tetamu istimewa itu. Mereka juga berminat untuk mengetahui tentang sebab mengapa dia menerima Islam.

Saudara baru itu memberitahu mereka bahawa dia mengambil kursus perbandingan agama-agama dunia di Universiti. Pensyarahnya kebetulan seorang Yahudi. Ketika mereka sampai ke tajuk tentang Islam, pensyarah itu pada satu ketika mula menunjukkan kelas bagaimana umat Islam sembahyang. "Di saat saya melihat pensyarah itu melakukan sujud, saya tahu bahawa diri saya adalah milik agama ini," kata saudara baru itu. Inilah yang membawa beliau kepada Islam, satu demonstrasi mudah sujud.

Hanya satu pergerakkan dalam Islam sudah mencukupi untuk menjadikan individu ini seorang Muslim. Bayangkan, berapa ramai orang yang akan yakin apabila seluruh umat Islam mula mengamalkan Islam sepenuhnya!

Satu pergerakkan dalam sembahyang menggerakkan hati hamba Allah tu terima Islam.

Kita yang dah faham sangat tiap pergerakkan dalam sembahyang nak tolak Islam.

Kenapa tolak Islam? Tak mahu sembahyang…… pelikkan?

جزاك الله خيرا

[Sumber; IslamCan.Com]

Khamis, Disember 17, 2015

BCK 10. Hari Pembalasan Bayangkan Malunya

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Jom muhasabah…..

Manusia biasanya berasa malu apabila mereka melakukan kesilapan di khalayak ramai. Perasaan malu semakin meningkat seiring dengan peningkatan jumlah orang ramai. Sebagai contoh, seseorang itu akan berasa lebih malu jika kesilapannya didedahkan di hadapan seribu orang dibandingkan di hadapan hanya 10 orang. Bayangkan bagaimana perasaan anda jika kesalahan-kesalahan anda disiarkan melalui media elektronik kepada seluruh rakyat di negara anda.

Kita amat berhati-hati untuk menjaga kehormatan dan maruah kita di dunia ini, tetapi, ketika mengingkari Allah, pernah kah kita terbayangkan Hari Pembalasan dimana kita akan berdiri di hadapan Allah dengan di saksikan oleh seluruh umat manusia? Selain orang biasa, kesemua nabi dan rasul akan hadir bersama-sama dengan para sahabat, syuhada dan orang-orang soleh. Sungguh amat memalukan jika mereka melihat kita berdiri di hadapan Allah sebagai insan berdosa! Selain aib berhadapan seluruh umat manusia, bagaimanakah pula buruknya keadaan jika kita perlu berdiri di hadapan Allah bersendirian sebagai hamba yang derhaka? Oleh itu, untuk mengelakkan segala penghinaan itu, kita perlu menghindari diri dari melakukan dosa di dunia ini.

Tapi kita cuma manusia biasa tak terlepas dari dosa….. fikir2kan.

جزاك الله خيرا

[Sumber: IslamCan.Com]

Rabu, Disember 09, 2015

BSK 381. Tajaan 1MDB Tajaan Sendiri

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Kami nak cerita2 sikit mengenai sistem giliran tunai haji. Nak tahu juga camna dia orang nak selesaikan isu tersebut.

Jom kita telti dulu apa yang ingin dikatakan…..

Kerajaan kaji sistem giliran tunai haji

27 November 2015 6:40 AM

KUALA LUMPUR 27 Nov. - Kerajaan akan menubuhkan sebuah jawatankuasa khas bagi mengkaji semula sistem giliran menunaikan haji, kata Pengerusi Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim.

Beliau berkata, hasil kajian jawatankuasa khas itu akan membantu pihaknya mencari satu kaedah bersesuaian bagi memendekkan tempoh menunggu bakal jemaah Haji yang telah mendaftar.

"Ini kerana jika ikut sistem sekarang, bakal jemaah haji kalau daftar selepas lima tahun secara automatik baru nama akan naik.

"Bagaimanapun, apa yang berlaku sekarang banyak anak-anak muda dapat tunai haji kerana sejak lahir ibu bapa terus daftar nama dengan Tabung Haji malah ada yang letak RM10,000 di dalam akaun simpanan anak-anak mereka dan apabila usia anak-anak mencecah 13 atau 14 tahun nama akan naik untuk pergi haji," katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis Kesyukuran Tamat Operasi Haji Musim Haji 1436 Hijrah di Ibu Pejabat Tabung Haji di sini, semalam.

Abdul Azeez berkata, sehingga kini jumlah pendaftaran haji melebihi 1.8 juta orang dengan tempoh menunggu mencecah hampir 77 tahun.

Menurut Abdul Azeez, jawatankuasa khas itu akan diketuai beliau sendiri dan akan ditubuhkan secepat mungkin. - BERNAMA

Apa yang kami fahami…..

1. Jumlah kuota haji Malaysia – 28,000 jemaah

2. 95% atau 26,600 jemaah - Tabung Haji Muasasah

3. Selebihnya 5% atau 1,400 - Pakej Haji Swasta.

4. Setiap tahun ada kuota ehsan dari Kerajaan Arab Saudi.

Seperti keratan berita kat atas tu Pengerusi Tabung Haji berkata jumlah yang sudah mendaftar untuk menjadi tetamu Allah dan Rasul-Nya – 1.8 juta orang dan tempoh menunggu – 77 tahun.

Kita baca dulu…..

1MDB taja 1,200 jemaah tunaikan haji

13 Ogos 2015 1:30 AM

PUTRAJAYA 12 OGOS – Seramai 1,200 jemaah terpilih dari seluruh negara bakal menunaikan fardu haji di Tanah Suci pada tahun ini di bawah Program Khas Haji Perdana Menteri-Yayasan 1Malaysia Development Berhad (PKHYABPM-1MDB).

Pengerusinya, Datuk Jailani Ngah berkata, selain imam dan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), jemaah terpilih pada tahun ini turut melibatkan bilal dan pemimpin masyarakat setempat.

Beliau berkata, bermula pada 2011, jumlah jemaah haji yang dibiayai oleh IMDB menerusi program khas haji itu sentiasa meningkat iaitu sebanyak 111 pada tahun pertama kepada 400 pada 2012, manakala 800 dan 1,000 pada tahun berikutnya.

“Pada tahun ini kita dapat menghantar 1,200 jemaah untuk menunaikan haji, menjadikan jumlah keseluruhan jemaah yang dihantar sebanyak 3,511 sejak diperkenalkan.

“Selain menanggung kos menunaikan ibadat haji, jemaah juga diberikan wang saku sebanyak RM1,000 setiap seorang bagi kegunaan sepanjang tempoh menunaikan ibadat di tanah suci,” katanya ketika menyampaikan watikah pelantikan urusetia bagi PKHYABPM-1MDB di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya, di sini hari ini.

Seramai 30 urusetia terdiri daripada pelbagai latar belakang dilantik bagi membantu menguruskan kelancaran jemaah haji PKHYABPM-1MDB sepanjang berada di Mekah dan Madinah.

Penerbangan peserta PKHYABPM-1MDB akan berlepas pada 25, 26 dan 27 Ogos bagi KT23, KT25 serta KT26 selama 40 hari berada di tanah suci.

Tambah Jailani, pihaknya meneruskan tajaan jemaah haji itu bagi mengiktiraf jasa pemimpin tempatan yang banyak membantu dan menjadi rujukan kepada masyarakat.

“Walaupun mempunyai jawatan dalam masyarakat, tetapi elaun yang diterima oleh mereka setiap bulan adalah sangat kecil iaitu sekitar RM700 sehingga RM1,000. Dengan kos hidup sekarang, pasti tidak mampu untuk mereka atau paling tidak pun perlu mengambil masa yang lama untuk mengumpul kos haji.

“Dengan adanya program ini, kita memberi peluang kepada pemimpin masyarakat dan imam-imam yang menjadi rujukan orang ramai ini untuk menunaikan haji secara percuma,” katanya.

Beliau berkata, kos jemaah muassasah yang mengerjakan haji buat kali pertama dikekalkan pada kadar RM9,980 seorang walaupun kos sebenarnya RM17,270 yang bermakna subsidi sebanyak RM7,290 diberikan kepada setiap jemaah.

Sementara itu, seorang urusetia, Abdul Mubin Husin, 36, merakamkan kesyukuran kerana terpilih mengikuti program khas itu dan berazam untuk melakukan ibadah haji dengan sebaik mungkin.

Walaupun akan berkhidmat sebagai urusetia, namun beliau menganggap amanah tersebut sebagai ibadah yang memberikan ganjaran berganda sepanjang berada di tanah suci itu.

“Untuk menguruskan jemaah yang mempunyai pelbagai latar belakang pastinya bukan mudah dengan pelbagai kerenah. Apa yang boleh dilakukan adalah sentiasa berdoa kepada Allah SWT mempermudahkan segala urusan di sana,” katanya.

Menarik dari keratan diatas.ialah 1MDB dari 2011 hingga 2015 telah menaja seramai 3,511 orang pergi menunaikan haji dan secara percuma.

2011 – 111 jemaah

2012 – 400 jemaah

2013 – 800 jemaah

2014 – 1,000 jemaah

2015 – 1,200 jemaah

Jika ikut trending, tahun2 mendatang jumlah peserta akan terus meningkat.

Bukan tujuan mempersoalkan tajaan 1MDB. Memang baik niat Yayasan 1MDB tu. 

Niatnya hendak membantu  mereka2 yang “Walaupun mempunyai jawatan dalam masyarakat, tetapi elaun yang diterima oleh mereka setiap bulan adalah sangat kecil iaitu sekitar RM700 sehingga RM1,000. Dengan kos hidup sekarang, pasti tidak mampu untuk mereka atau paling tidak pun perlu mengambil masa yang lama untuk mengumpul kos haji.

“Dengan adanya program ini, kita memberi peluang kepada pemimpin masyarakat dan imam-imam yang menjadi rujukan orang ramai ini untuk menunaikan haji secara percuma,”

Tetapi adakah peserta2 mereka ini termasuk didalam jumlah 1.8 juta yang dikatakan oleh Pengerusi Tabung Haji. Takut nanti timbul istilah “potong trip” atau “potong jalan”. Haji tak mabrur dan lain2.

OK jika ya. Tapi perlu ikut prosedur juga. Lepas 5 tahun daftar baru nama masuk senarai 1MDB.

Kami berpendapat didalam 1.8 juta itu mesti ada insan2 yang telah berpuloh tahun menabung. Berpendapatan kecil, terlebih banyak kecilnya dari RM700 elaun minima tu. Yang dah berumur lagi.

Taja insan2 ini dahulu!

جزاك الله خيرا

Isnin, Disember 07, 2015

BHK 6. Kepimpinan Amanah Penyesalan Gila Kuasa

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Kepimpinan amanah! Kepimpinan penyesalan! Kepimpinan gila kuasa!

Jom kita hayati hadith dibawah dan huraiannya.

Pertama:-

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya :Ia (iaitu kepimpinan) adalah amanah dan di akhirat ia menjadi kehinaan dan penyesalan kecuali mereka yang mengambilnya dengan hak dan melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan di dalamnya. [HR: Muslim]

Huraian Hadith:

i) Sekurang-kurangnya setiap manusia itu menjadi pemimpin kepada dirinya sendiri. Oleh itu ia bertanggungjawab menjaga dirinya dan orang yang diamanahkan kepadanya seperti anak, isteri, keluarga, para pekerja dan sebagainya agar hidup mereka berjalan dengan baik dan sempurna.
ii) Setiap amanah mestilah diterima secara hak dan penuh kefahaman tentang tugas-tugas dan kewajipan yang terkandung di dalamnya. Seterusnya dipikul dengan ikhlas dan jujur serta berusaha sedaya upaya agar tanggungjawab tersebut dapat dilaksanakan.
iii) Sebaliknya sesuatu amanah itu jika dijadikan batu loncatan untuk kepentingan diri, bermegah dan berseronok maka kepimpinan itulah yang bakal menjadi punca penyesalan dan kehinaan di akhirat. Bahkan ketika di dunia lagi ia akan merasai kehinaannya terutama apabila kepimpinannya itu terlucut daripadanya.
iv) Oleh itu bagi orang yang benar-benar menyedari tentang hakikat sesuatu tanggungjawab kepimpinan, tidak mungkin akan meminta atau terlalu ghairah merebut sesuatu jawatan kerana setiap amanah itu perlu dipikul dengan berhati-hati kerana setiap kepimpinan adalah amanah dan setiap amanah adalah tanggungjawab yang akan disoal di hari akhirat kelak.

Kedua:-

Ma'qil Ibnu Yasar r.a berkata Saya mendengar Nabi SAW bersabda: Tidak ada seorang hamba yang Allah serahkan kepadanya untuk memimpin segolongan rakyat lalu ia tidak memelihara rakyatnya itu dengan menuntut dan memimpin mereka kepada kemaslahatan dunia dan akhirat melainkan tiadalah ia mencium bau syurga. [HR: Bukhari & Muslim]

Huraian Hadith:

Huraian:
Seseorang yang diserahkan kepadanya urusan rakyat lalu dia tidak memelihara rakyatnya dengan sempurna dan tidak mempedulikan urusan-urusan rakyatnya yang membawa mereka kepada kebaikan dan kejayaan hidup di dunia dan akhirat tidak akan mendapat bau syurga kerana pemimpin memegang satu jawatan besar dalam menentukan hala tuju dan masa depan sebuah negara. Jika pemimpin cuai bala akan menimpa rakyat dan negara. Sebaliknya pemimpin yang baik akan menjadi teladan kepada rakyat dan mampu

Ketiga:-

Abdul Rahman Ibnu Samurah berkata: Nabi SAW berkata kepada ku:Hai Abdul Rahman Ibnu Samurah, janganlah engkau meminta diangkat menjadi penguasa di suatu wilayah. Kerana jika yang demikian diberikan kepada engkau lantaran permintaan, nescaya engkau dibiarkan, tidak diberi pertolongan. Tetapi jika diberikan kepada engkau bukan kerana engkau memintanya, nescaya engkau diberi pertolongan. [HR: Bukhari & Muslim]

Huraian Hadith:

Nabi menegaskan bahawa kita tidak boleh mengajukan permintaan untuk diangkat menjadi pemimpin atau dengan perkataan lain menjadi orang yang gila kuasa. Ini adalah kerana menjadi seorang pemimpin bukanlah perkara yang mudah. Kebiasaannya orang yang ghairah memburu pangkat dan kedudukan belum tentu dapat memikul sesuatu tanggungjawab itu dengan baik. Apatah lagi jika kedudukan itu diberikan atas permintaannya sendiri yang kemungkinan besar akan menimbulkan banyak pertuduhan bahawa individu tersebut mempunyai kepentingan tertentu. Kepimpinannya nanti akan menimbulkan banyak huru hara dan penentangan lantaran wujud golongan yang tidak berpuas hati. Sebaliknya jika jawatan itu ditawarkan tanpa dia sendiri yang menginginkannya sedangkan dialah orang yang paling layak insyaAllah bebanan tanggungjawab itu walau bagaimana berat sekalipun ia bukanlah akan dipikul sendirian melainkan akan mendapat bantuan daripada Allah SWT dan mereka yang menyokongnya di belakang kerana hakikatnya dia dilantik secara sebulat suara.

Sesiapa yang nak jawatan pemimpin perlu muhasabah diri sendiri terlebih dahulu sebelum meminta atau menerimanya. Banyak risikonya, dunia dan akhirat.

Ada jawatan pemimpin yang datang bergolek. Terpaksa diterima. Orang2 macam kami ni mesti memikuinya….. ketua keluarga. Banyak juga risikonya.

Cuba kita fikir2kan….. baru jadi ketua keluarga dah kacau-bilau keluarga. Lepas tu minta jawatan yang ada kena mengena dengan rakyat. Tak huru-hara kita semua dibuatnya.

جزاك الله خيرا

[Sumber hadith dari JAKIM]

Ahad, Disember 06, 2015

BCK 9. Raja Atau Pengemis Pilih

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Alkisahnya…..

Ada seorang raja yang mengambil keputusan untuk membuat penjelajahan ke seluruh negaranya. Di setiap tempat yang disinggahinya, rakyat jelata beramai-ramai datang mengadap raja itu. Bagaimanapun, ketika tiba di tempat yang satu ini, dia terlihat seorang lelaki tua yang miskin tidak teruja walau sedikit pun dengan ketibaan baginda dan tetap kekal meneruskan aktivitinya sendiri. Raja pun pergi menemui orang miskin itu dan bertanya mengapa dia tidak bersama-sama rakyat lain datang untuk bertemu baginda. Orang miskin itu berkata: "Sebelum tuanku, ada seorang raja yang pernah sampai di sini. Semua rakyat berkumpul untuk meraikan raja itu. Tetapi, beberapa hari kemudian raja itu mangkat dan dimakamkan di satu tempat berhampiran. Ada seorang miskin juga meninggal dunia di ketika yang sama dan dikebumikan berhampiran dengan pusara raja. Selepas beberapa waktu, satu banjir besar melanda kawasan itu yang membongkarkan kedua-dua kubur itu. Menyebabkan, tulang-tulang si miskin bercampur-aduk dengan kepunyaan sang raja. Kami tidak dapat membezakan antara mereka lagi. Selepas peristiwa itu, tidak penting lagi kepada saya samada seseorang itu adalah raja atau pengemis. Kerana akhirnya, kita dikembalikan ke tempat yang sama."

Kita semua ada pelbagai pendapat dan penilaian mengenai satu2 perkara. Ikhtibarnya….. sendiri2 yang fikir2kan.

جزاك الله خيرا

Sumber: IslamCan.Com

Jumaat, Disember 04, 2015

BSK 380. Perjuangan PM Perjuangan Kami

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Kami melayari blog PM kita. Ada mesej dari PM kita tu kepada kita2 ni Rakyat Malaysia.

Kami share mesej tu pada kawan2 semua. Kami tak edit apa2. Yang kami share ni asli…..

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Dan Salam 1 Malaysia.

Rakyat Malaysia yang dikasihi,

Dalam hidup kita, kita perlu ada perjuangan. Perjuangan untuk berkhidmat kepada keluarga, agama, bangsa dan negara.

Apabila berhasilnya perjuangan, barulah kehidupan kita bermakna.

Sebelum tahun 1957, perjuangan kita adalah untuk mencapai kemerdekaan.

Parti Perikatan yang diterajui UMNO bersama-sama dengan rakan-rakan kita dari kaum yang lain menumpu tenaga dan mempunyai ikatan solidariti untuk memperjuangkan kemerdekaan.

Setelah negara kita merdeka, perjuangan kita adalah untuk membangunkan negara, memodenkan negara kita dan seterusnya untuk mencapai status negara maju menjelang tahun 2020.

Matlamat ini sangat jelas dan setiap hari saya sebagai Perdana Menteri memberi tumpuan sepenuh tenaga dan usaha saya bagi membawa Malaysia ke arah matlamat ini.

Destinasi ini menjanjikan kehidupan yang lebih baik untuk semua. Janganlah kita melayani perkara-perkara yang boleh mengalih perhatian kita daripada berusaha ke arah mengisi visi tersebut.

Hentikan perbalahan, hentikan menyebar dan mempercayai fitnah, hentikan daripada melakukan kerja-kerja yang tidak bermanfaat.

Marilah kita bersama-sama dalam satu ikatan yang padu demi menjamin kesejahteraan Malaysia dan menjayakan visi negara kita, Insya-Allah.

Sekian sahaja dari saya,

Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Sungguhnya amat murni perjuangan PM kita.

Suatu masa dulu jika tidak silap kami… perjuangan kita demi agama, bangsa dan negara. Penambahan satu lagi perjuangan yang kelihatan lebih utama yang disebutkan dan diketengahkan oleh PM kita iaitu untuk keluarga.

Tapi kami tak pasti perjuangan kami untuk berkhidmat kepada keluarga kami akan seiring dengan visi PM untuk berkhidmat kepada keluarga beliau.

Berkemungkinan besar PM akan berhasil atau telah berhasil dengan perjuangan beliau berkhidmat kepada keluarga beliau.

PM pasti akan dapat meraih kehidupan yang bermakna….. untuk keluarga dan beliau sendiri.

Keluarga kami belum pasti lagi.

Dengan bebanan yang semakin banyak dikenakan dilonggokkan ditimbunkan keatas bahu rakyat kami tidak pasti kami dan anak2 kami dapat menikmati kehidupan yang di visikan oleh PM tu. 

Kawan2 camna? Ada harapan?

جزاك الله خيرا

BHK 5. Pimpinan Orang Kurang Pandai

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Pada pagi Jumaat ni kami nak share dua hadith daripada hadith2 mengenai mereka2 yang memimpin dan dipimpin. Untuk kita2 yang berada kat akhir zaman ni.

Baca dan hayati…..

Hadith 1:-

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Amr bin al-Ash r.a: Aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda: Allah tidak akan mengambil kembali ilmu (agama) dengan mengambilnya dari (dalam hati) manusia, tetapi mengambilnya kembali dengan kematian para ulama hingga tidak bersisa, lalu orang ramai akan mengambil orang-orang bodoh sebagai pemimpinnya yang apabila orang-orang itu bertanya kepada mereka, mereka akan memberikan jawapan-jawapan yang tidak didasarkan kepada ilmu. Maka mereka akan berada dalam kesesatan dan menyesatkan orang lain. [HR: Bukhari]

Huraian Hadith:

Islam adalah satu-satunya agama di dunia yang sangat mendorong umatnya untuk menuntut ilmu. Istilah ulama pula digunakan pada orang yang sangat memahami permasalahan agama dan mendalami ilmu agama. Pada zaman ini, hampir tiada lagi ulama' yang mempunyai penguasaan ilmu yang pelbagai melainkan hanya yang pernah belajar beberapa bidang ilmu tetapi hanya menguasai satu atau dua cabang ilmu sahaja. Berbeza dengan zaman lampau, orang yang disebut sebagai ulama' adalah mereka yang menguasai dengan ahli banyak cabang-cabang ilmu. Dengan perkataan lain golongan ulama' semakin lama semakin pupus. Justeru dengan waktu yang semakin singkat di akhir zaman ini ditambah dengan kesibukan dan kelalaian kita sendiri dalam mengurus waktu marilah kita sama-sama mengkaji dan mengambil ilmu daripada mereka kerana kehidupan ini tidak akan berjalan dengan tertib tanpa bimbingan dari para ulama'. Tetapi kenyataannya, ramai orang pada hari ini yang tidak memahami situasi tersebut sehingga mereka merasa mampu mengatur kehidupan dunia tanpa merasa perlu melibatkan golongan ulama. Bahkan ulama dianggap sebagai kelompok mereka yang tidak mengetahui situasi dan kondisi, tidak memahami perkembangan zaman dan hanya berbicara dalam masalah ibadah dan akhirat semata. Akibatnya timbul sikap menolak meremehkan golongan ulama dan keterlibatan mereka dalam urusan pengaturan dunia. Justeru tidak hairan ada golongan manusia yang menjadikan orang-orang yang jahil dan bodoh sebagai pemimpin mereka hingga akhirnya membawa kepada kesesatan dan kemusnahan. [HR: Al-Bukhari]

Hadith 2:-

Daripada Abu Said al-Khudri RA bahawasanya Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya dunia itu manis dan indah. Dan sesungguhnya Allah Taala telah menjadikan kami sebagai khalifah di atas muka bumi, maka dia akan melihat apa yang kamu lakukan. Oleh itu takutlah dan berhati-hati terhadap dunia dan juga terhadap kaum wanita”. [HR: Muslim]

Huraian Hadith:

  • Islam menghendaki umatnya supaya sentiasa bertakwa kepada Allah dengan melakukan amalan-amalan kebaikan dan menjauhi segala larangannya.
  • Islam membenarkan umatnya mencari harta dunia dengan cara yang tidak bertentangan dengan hukum syarak.
  • Setiap pimpinan hendaklah menjalankan pemerintahan dengan adil.
  • Berlumba-lumba mencari kemewahan dunia dan mematuhi kehendak wanita yang bertentangan dengan syarak adalah di larang.
  • Dunia  itu seperti buah yang segar dan enak, cantik di mata sedap di rasa.
  • Peringatan kepada orang yang beriman agar tidak terpedaya dengan keindahan dunia yang melalaikan daripada azab neraka dan nikmat syurga yang   lebih besar, begitu juga dengan wanita, elakkan daripada pergaulan bebas dan perbuatan yang boleh membawa kepada perkara yang terlarang jika wanita itu asing, dan jika isteri sendiri jangan menyebabkan terlanggar larangan Allah atau tertinggal pemerintahan kerana menurut kemahuan isteri.

Jika kita fikir2kan dengan tenang memang benar apa yang diriwayatkan dan betul juga apa yang dihuraikan.

Kesimpulannya yang memimpin dan dipimpin, jadilah mereka2 ini diantaranya:-

1.Bodoh dan diperbodohkan!

2.Sesat dan disesatkan! 

3.Jahanam dan dijahanamkan!

Betul ke tak betul?

جزاك الله خيرا

[Sumber hadith: JAKIM]

Rabu, Disember 02, 2015

BCK 8. Tahajjud 10-20 minit

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Dalam Bicara Cerita Kami (BCK) kami memuatkan artikal dari IslamCan.Com. Pertama dari bahagian Islamic Stories dan yang kedua dari bahagian Ever Wonder?. Jika ada komen2 mengenai terjemahan kami….. sila berikan.

Kami juga ada memuatkan kiriman dari whatsapp teman2 yang minta disebar2kan.

Islamic Stories akan dimulakan dengan Alkisahnya. Ever Wonder? dengan Jom Muhasabah. so…..

Jom muhasabah…..

Sesetengah orang mengatakan bahawa seorang yang tiada pekerjaan lebih sibuk daripada orang yang bekerja kerana seorang penganggur akan sentiasa kehulu kehilir mencari pekerjaan. Jika dia mendapat pekerjaan yang memerlukan dia berjaga sepanjang malam sekali pun dia akan berbuat demikian kerana dia perlu menjana pendapatan. Ianya adalah fitrah manusia. Di kala dia mengetahui akan nilai sesuatu benda, dia akan berusaha untuk mendapatkannya walaupun mengharungi kepayahan.

Allah Ta'ala telah mengurniakan kepada kita kelebihan solat Tahajjud. Melalui solat ini, kita diberikan banyak keberkatan dari Allah. Masalah seperti penyakit, isu-isu keluarga, wang, kelaparan, dan lain-lain dengan mudah boleh diangkat dengan berdoa kepada Allah pada waktu tahajjud. Akan tetapi, kerana kita tidak mengetahui hikmah solat ini, maka amat sukar untuk kita meluangkan kira-kira 10-20 minit masa tidur kita untuk bangun dan mendirikan solat. Sebaliknya, untuk sedikit wang, kita bersedia bersengkang mata sepanjang malam.

Ada hadis qudsi mengenai bangun malam ini…..

Pada setiap malam Tuhan kita turun ke langit dunia tatkala malam berbaki satu pertiga lagi.

Lalu Dia menyeru:

“Siapa yang berdoa kepada-Ku maka akan Aku kabulkan.

Sesiapa yang meminta kepada-Ku, akan Aku berikan.

Sesiapa yang memohon keampunan kepada-Ku akan Aku Ampunkan.”

[Riwayat al-Bukhari dan Muslim]

Fikir2kan.

جزاك الله خيرا

[Sumber: IslamCan.Com]

Ahad, November 29, 2015

BCK 7. Bualan Si Bakhil Dengan Sang Malaikat

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Hayati cerita ini…… si Bakhil dengan Malaikat Maut!

Alkisah…..

Seorang bakhil telah mengumpul, menerusi usaha gigihnya, dalam perniagaan dan pinjaman kewangan, tiga ratus ribu dinar. Dia memiliki tanah-tanah dan bangunan-bangunan, dan pelbagai-bagai lagi kemewahan. Dia kemudian memutuskan untuk menikmati setahun dalam keseronokan, hidup penuh keselesaan, dan kemudian membuat keputusan akan hala tuju masa hadapannya.

Malangnya, sebaik sahaja dia berhenti mengumpul wang Malaikat Maut muncul di hadapannya, untuk mengambil nyawanya.

Si bakhil cuba, dengan setiap hujah yang terfikir olehnya, meminta Malaikat Maut menangguh tugasannya, namun kelihatannya Malaikat Maut enggan berkrompomi. Kemudian lelaki itu berkata: "Berilah tangguh kepada saya tiga hari dan saya akan memberikan anda satu pertiga daripada harta kekayaan milik saya."

Malaikat Maut menolak, dan sekali lagi menarik nyawa si bakhil, menyentapnya untuk di bawa pergi.

Kemudian lelaki itu berkata:

"Jika kamu membenarkan saya berada dua hari lagi di dunia, saya akan memberi kamu dua ratus ribu dinar dari kedai saya."

Tetapi Malaikat Maut tidak mengendahkan kata-katanya. Malaikat Maut juga enggan memberikan lelaki itu walau satu hari pun untuk tiga ratus ribu dinarnya.

Si bakhil itu berkata:

"Tolong, saya memohon, berikan saya masa yang cukup untuk saya menulis satu perkara."

Dan Malaikat Maut membenarkan permintaan terakhir ini, dan lelaki itu menulis, dengan darahnya sendiri:

"Wahai manusia, gunakanlah waktu hidup kamu dengan sebaiknya. Saya tidak dapat membeli satu jam sekali pun dengan tiga ratus ribu dinar. Pastikan kamu meraih keberkatan dari tiap masa yang kamu lalui."

Masa itu ibarat emas….. fikir2kan.

جزاك الله خيرا

Sumber: IslamCan.Com

Rabu, November 25, 2015

BCK 6. Kekesalan Di Wajahnya

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Jom ikuti cerita kami…..

Seorang tukang kayu yang mahir telah tua dan bersedia untuk bersara. Dia memberitahu majikannya rancangannya untuk meninggalkan bidang binaan dan menjalani kehidupan yang lebih santai bersama keluarga. Beliau sedar tidak akan menerima gaji seperti kebiasaan, tetapi beliau perlu bersara.

Majikannya terasa amat sedih bila mengetahui pekerja mahir beliau akan pergi dan bertanya jika dia boleh membina sebuah rumah lagi atas permintaan peribadi beliau. Si tukang kayu bersetuju dengan permintaan itu dan diberi jaminan bahawa ini adalah menjadi projek terakhirnya. Berada dalam mood bersara, si tukang kayu tidak memberikan tumpuan sepenuhnya dalam pembinaan rumah ini. Hatinya tidak di sana. Dia tidak mempergunakan kemahiran yang ada dan telah juga menggunakan bahan-bahan binaan yang tidak berkualiti. Satu pilihan yang amat malang untuk menamatkan sebuah kerjaya cemerlang.

Apabila kerjanya telah selesai, si tukang kayu menghubungi majikannya dan menunjukkan rumah yang dibinanya. Si majikan lantas menyerahkan beberapa helai kertas dan kunci pintu utama kepada tukang kayu dan berkata "Ini adalah rumah anda, hadiah saya kepada anda."

Si tukang kayu amat terperanjat! Kekesalan di wajahnya! Jika dia mengetahui bahawa rumah yang di bina itu adalah untuk dirinya, pastinya dia akan membuatnya dengan amat baik lebih baik daripada mana-mana rumah yang pernah dia bina!

Mari bandingkan situasi kita dengan si tukang kayu. Di dunia ini Allah Taala menyuruh kita membina rumah kita di syurga dengan mentaati perintah-Nya. Di saat dan ketika ini, kita perlu membuat keputusan sebaik mana rumah yang akan kita bina di sana di mana kita akan menghuninya untuk selama-lamanya.

Mahligai, istana, rumah….. apa pilihan kita? Sebelum itu….. syurga atau neraka?

جزاك الله خيرا

Isnin, November 23, 2015

BCK 5. Penenang Jiwa

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Dari whatsapp teman sehaji.

Hayati…..

Bila kita ingatkan mati,
Tiada lagi nak DENGKI-MENDENGKI,
Bila kita ingatkan mati,
Kita tak PENGTINGKAN diri sendiri,
Bila kita ingatkan mati,
Kita boleh buang rasa BENCI,
Bila kita ingatkan mati,
Semua orang kita AMPUNI,
Bila kita ingatkan mati,
Kita selalu INSAFI diri,
Bila kita ingatkan mati,
Kita BERUSAHA kuat lagi,
Bila kita ingatkan mati,
Kita saling NASIHAT-MENASIHATI,
Bila kita ingatkan mati,
Kita telah MENGHIDUPKAN hati,
Bila kita ingatkan mati,
Tidak ada KESEDIHAN lagi,
Bila kita ingatkan mati,
Kita seronok hendak BERBAKTI,
Bila kita ingatkan mati,
Hidup menjadi lebih BERERTI,
Bila kita ingatkan mati,
Kita ingat Allah, kepada Nya kita KEMBALI.

Renung2kan…..

جزاك الله خيرا

Sabtu, November 21, 2015

BCK 4. Pesona Pandangan Kaabah

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Jom ikuti cerita ini.…

Manusia tidak akan sekali-kali merasa jemu menatap Rumah Allah, Kaabah. Tempat di mana Allah berterusan menurunkan rahmat dan berkatNya. Tiada apa sebenarnya yang sebanding dengan Rumah Allah di Bumi ini. Manusia mengingini agar masa terhenti supaya mereka boleh terus menatap Kaabah; keingininan mereka tidak pernah luntur, sebaliknya terus subur.

Satu ketika dahulu, semasa lawatan ke Washington, orang memberitahu saya bahawa seorang wanita telah memeluk Islam dan mempunyai beberapa pertanyaan untuk saya. Mereka memberitahu saya bahawa ramai wanita muslim yang telah mengabaikan amal ibadat mula kembali melaksanakannya disebabkan wanita ini. Tiba waktu solat dia akan memakai pakaian terbaiknya seolah-olah mempersiapkan diri untuk seseorang yang istimewa, dan akan melupakan segala di sekelilingnya sebaik sahaja mula mendirikan solat.

Selepas sesi soal jawab yang singkat, saya bertanya kepada beliau apa yang mendorong beliau untuk menerima Islam. Dia mengeluh dan mula menjelaskan; "Saya adalah seorang Yahudi dan suami saya adalah seorang Kristian yang telah ditugaskan di Arab Saudi untuk kerja-kerja teknikal. Setiap hari saya melihat lelaki dan wanita Muslim berpakaian putih dalam perjalanan mereka ke suatu tempat. Saya bertanya kepada suami saya kemana mereka pergi dan dia memberitahu saya bahawa mereka pergi untuk menunaikan haji di Rumah Suci Islam Kaabah. Saya menyatakan hasrat untuk kesana tetapi dia memberitahu saya bahawa orang bukan Islam tidak dibenarkan. Walau bagaimanapun, saya nekad lalu kami berdua membeli pakaian putih dan memulakan perjalanan. Mujur tiada siapa yang menghalang dan kami sampai di Mekah, dimana kami berjumpa penunjuk arah ke Kaabah. Terlihat sahaja Kaabah mata kami tidak berkedip kerana terpesona dan ketika itu masa seolah-olah terhenti mendiamkan diri. Apabila kami berpaling untuk melihat antara satu sama lain selepas beberapa ketika, kami dapati mata kami berlinangan dengan air mata. Melalui mata jua, kami memberitahu satu sama lain bahawa ini adalah kebenaran dan kami perlu menerima Islam. Tiada siapa yang pernah memberitahu saya tentang Islam, tetapi terdapat begitu banyak keberkatan berada di Rumah itu dan ianya mengubah hidup saya selama-lamanya. "

Berkat ajaran Tauhid yang diturunkan di Makkah, dan berkat kenabian di Madinah. Seseorang itu tidak sempurna kehidupannya jika dia tidak menziarahi kedua-dua tempat suci ini. Semoga Allah memberikan keizinan kepada semua umat Islam untuk menjadi tetamu Rumah-Nya.

Kita menjadi tetamu Allah dan Rasul-Nya. Adakah kita terpesona dapat menatap Rumah Allah dan menziarahi Nabi SAW atau terpesona dengan aktiviti ekonomi kedua2 tempat itu….. fikir2kan.

جزاك الله خيرا

Sumber: Petikan dari ucapan Syaikh Zulfiqar - sacredlearning.com [IslamCan.Com]

Khamis, November 19, 2015

BCK 3: Soalan dua biji gula-gula

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Cerita bukan dari IslamCan.Com tapi dari WhatsApp seorang teman…..

Seorang bukan Islam datang bertanya seorang alim.

Bukan Islam: Mengapa wanita Islam ditegah bersalam tangan dengan lelaki bukan mahramnya?

Orang alim: Bolehkah kamu bersalam tangan dengan seorang Ratu?

Bukan Islam: Tentu sekali tidak. Ada orang tertentu sahaja yang boleh bersalam tangan dengan Ratu.

Orang alim: Wanita kami adalah Ratu; dan Ratu tidak bersalaman tangan dengan lelaki asing.

Bukan Islam bertanya satu soalan lagi.

Bukan Islam: Mengapa wanita Islam menutup seluruh tubuh mereka?

Orang alim tersenyum. Dia mengeluarkan dua biji gula-gula, Sebiji gula-gula dibuang pembungkusnya.Orang alim melontar kedua-dua biji gula-gula keatas lantai yang berdebu. Dia bertanya si bukan Islam itu.

Orang alim: Jika saya meminta awak mengambil sebiji gula-gula, yang mana satukah yang akan awak pilih?

Bukan Islam: Tentunya yang berbungkus.

Orang alim: Begitulah kami menjaga maruah dan harga diri wanita kami.

Bukan Islam bertanya lagi.

Bukan Islam: Tunjukkan kepada saya jika Tuhan itu wujud.

Orang alim: Cuba kamu renungi matahari.

Bukan Islam: Saya tidak berupaya melihatnya. Sinarnya menyakiti mata saya.

Orang alim: Jika kamu tidak dapat melihat ciptaan Tuhan, lalu bagaimana kamu boleh mampu melihat Penciptanya.

Bukan Islam itu menjemput orang alim ke rumahnya. Dia menghidangkan buah anggur, orang alim memakannya. Bukan Islam itu menawarkan secawan arak dan ditolak oleh orang alim. Lalu orang bukan Islam itu membuat pertanyaan.

Bukan Islam: Bagaimana kamu semua orang Islam ditegah dari meminum arak tapi kamu makan anggur, walhal arak itu berasal dari anggur?

Orang alim: Kamu ada anak perempuan?

Bukan Islam: Ya.

Orang alim: Adakah kamu boleh mengahwini anak perempuan kamu?

Bukan Islam: Tidak.

Orang alim: SubhanAllah, kamu boleh mengahwini ibunya tetapi tidak boleh mengahwini anaknya sedangkan anak perempuan itu berasal dari dia juga.

….. bersyukurlah kita kerana anugerah Iman dan Islam dari Allah SWT.

Fikir2kan…..

جزاك الله خيرا

Selasa, November 17, 2015

BCK 2. Istighfar اَسْتَغْفِرُ اَللّهَ الْعَظِیْمَ

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Satu lagi kisah dari IslamCan.Com…..

20151106_120601-1

Cerita mengenai "Istighfar" ini diambil dari pengalaman hidup Imam Ahmad bin Hanbal, seorang ulama terkemuka, juga dianggap sebagai pengasas mazhab Hanbali dan merupakan salah satu daripada ahli-ahli teologi Sunni yang paling terkenal, sering dirujuk sebagai "Sheikh ul-Islam" atau "Imam Ahl al-Sunnah. "

Pada masa tuanya, ketika didalam satu perjalanannya Imam Ahmad telah singgah di sebuah bandar. Selepas mendirikan solat, dia ingin bermalam di kawasan masjid kerana beliau tidak mengenali seorang pun penduduk di bandar itu. Disebabkan perasaan tawaduk didalam dirinya, dia tidak memperkenalkan diri kepada sesiapa memikirkan bahawa jika dia berbuat demikian, beliau akan disambut oleh ramai orang.

Kerana kegagalan untuk mengenali Imam Ahmad bin Hanbal, penjaga masjid tidak membenarkannya tinggal di masjid itu. Oleh kerana Imam Ahmad sudah agak tua, penjaga masjid terpaksa mengheret beliau keluar dari masjid. Terlihat kejadian itu seorang pembuat roti yang tinggal berdekatan berasa kasihan kepada Imam Ahmad lalu menawarkan diri untuk menjadi tuan rumah kepada beliau untuk malam itu. Ketika menjadi tetamu, dalam pemerhatian Imam Ahmad si pembuat roti sentiasa beristighfar  (memohon ampun kepada Allah). Imam Ahmad bertanya kepada si pembuat roti itu samada dengan berterusan beristighfar ada memberikan kesan tertentu kepada beliau. Si pembuat roti menjawab dengan memberitahu Imam Ahmad bahawa Allah telah menerima semua doa beliau, kecuali satu. Apabila ditanya apakah satu doa yang tidak diterima itu, dia menyatakan bahawa permintaannya kepada Allah ialah untuk diberikan kelebihan untuk dapat bertemu dengan ulama besar Imam Ahmad bin Hanbal.

Mengulas berkenaan dengan perkara itu Imam Ahmad bin Hanbal berkata, Allah tidak hanya mendengar doa si pembuat roti tetapi telah juga mengheret beliau ke rumahnya. [Diringkaskan dari majalah Al Jumuah, vol 19, isu 7]

Fikir-fikirkan…..

جزاك الله خيرا

Sabtu, November 14, 2015

BCK 1. Dan Aku Segera Datang KepadaMu, Wahai Tuhanku

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Kami nak share kisah yang kami ambil dari ruangan Islamic Stories di IslamCan.Com…..

Nak kata alih bahasa, terjemahan atau apa aje ……..

Seorang guru Al-Quran sentiasa menasihatkan pelajar-pelajarnya untuk berpegang dengan Ayat ini:

وَعَجِلْتُ إِلَيْكَ رَبِّ لِتَرْضَىٰ

“Dan aku segera datang kepadaMu, wahai Tuhanku, supaya Engkau reda akan daku.” [Taahaa, [20]: 84]

20151106_120402

Beliau berkata kepada mereka, "Ayat ini menggerakkan saya. Bila saya terdengar laungan azan diketika saya leka dan khusuk melakukan sesuatu, saya mengingatkan diri saya akan Ayat ini dan saya bangun untuk mendirikan solat."

"Apabila penggera berbunyi pada pukul 2 pagi dan saya terasa mahu tidur semula saya teringat: 'Dan aku segera datang kepadaMu, wahai Tuhanku, supaya Engkau reda akan daku’, dan saya bangun berdiri menghadap Allah."

Suaminya mempunyai persefahaman yang berikut dengan beliau: Dalam perjalanan pulang dari hari yang panjang di tempat kerja dia akan memanggil beliau supaya beliau dapat menyediakan makanan panas dan membuat persiapan, agar sebaik sampai di rumah dia boleh makan dan berehat.

Pada suatu hari suami beliau ingin memakan Mahshi (daun anggur sumbat) – hidangan yang memerlukan masa yang agak lama untuk disediakan. Melibatkan proses membungkus yang banyak. Daun anggur yang dibungkus dengan inti akan diletakkan dalam periuk untuk dimasak. Dia masih mempunyai 3 bungukusan untuk disiapkan; tetapi Azan telah dilaungkan.

Dia meninggalkan baki 3 daun anggur itu (yang akan mengambil masa 5 minit sahaja untuk disiapkan) dan pergi untuk mendirikan solat.

Suaminya pulang ke rumah dan mendapati makanan belum lagi disediakan dan isterinya dalam keadaan bersujud. Beliau mendapati hanya 3 daun anggur sahaja lagi yang tinggal. Sedikit kecewa, beliau berkata, "Kamu boleh sahaja menyiapkannya dan meletakkannya dalam periuk untuk dimasak barulah mendirikan solat!" Tetapi isterinya tidak memberi tindak balas.

Dia mendekati isterinya dan mendapati beliau telah meninggal dunia dalam sujudnya!

سبحان الله  Kalaulah dia bertangguh seperti kebiasaan yang ramai diantara kita lakukan iaitu untuk "menyelesaikan kerja yang masih ada di tangannya" pasti nyawanya dicabut di dapur!

Benarlah, gaya kehidupan yang kita amalkan akan menentukan bagaimana kematian kita nanti.

Itulah ceritanya…. pengajarannya sendiri2 fikir-fikirkan.

جزاك الله خيرا

Khamis, Mac 12, 2015

BBK 66. Hawa Nafsu Dan Kemudaratannya (9)

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

الحمد لله kita bertemu lagi. Kita masih lagi dalam sharing-sharing masalah hawa nafsu dan kemudaratan yang mengiringinya.

IMG_20130625_191950Tiga belas point telah kami kongsikan. Kita bergerak ke point seterusnya…..

14. Tadabburkanlah ayat-ayat Allah SWT berkaitan hawa nafsu ini.

i. Nafsu sangat kuat mengajak manusia membuat perkara yang membawa dosa.

۞ وَمَآ أُبَرِّئُ نَفۡسِىٓ‌ۚ إِنَّ ٱلنَّفۡسَ لَأَمَّارَةُۢ بِٱلسُّوٓءِ إِلَّا مَا رَحِمَ رَبِّىٓ‌ۚ إِنَّ رَبِّى غَفُورٌ۬ رَّحِيمٌ۬ (٥٣)1

"Dan tiadalah aku berani membersihkan diriku; sesungguhnya nafsu manusia itu sangat menyuruh melakukan kejahatan, kecuali orang-orang yang telah diberi rahmat oleh Tuhanku (maka terselamatlah dia dari hasutan nafsu itu). Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (53). [Surah Yusuf].

ii. Sesiapa yang mengikut hawa nafsunya, ia pasti akan menyesatkan tuannya dari jalan Allah SWT.

يَـٰدَاوُ ۥدُ إِنَّا جَعَلۡنَـٰكَ خَلِيفَةً۬ فِى ٱلۡأَرۡضِ فَٱحۡكُم بَيۡنَ ٱلنَّاسِ بِٱلۡحَقِّ وَلَا تَتَّبِعِ ٱلۡهَوَىٰ فَيُضِلَّكَ عَن سَبِيلِ ٱللَّهِ‌ۚ إِنَّ ٱلَّذِينَ يَضِلُّونَ عَن سَبِيلِ ٱللَّهِ لَهُمۡ عَذَابٌ۬ شَدِيدُۢ بِمَا نَسُواْ يَوۡمَ ٱلۡحِسَابِ (٢٦)1

Wahai Daud, sesungguhnya Kami telah menjadikanmu khalifah di bumi, maka jalankanlah hukum di antara manusia dengan (hukum syariat) yang benar (yang diwahyukan kepadamu) dan janganlah engkau menurut hawa nafsu, kerana yang demikian itu akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Sesungguhnya orang-orang yang sesat dari jalan Allah, akan beroleh azab yang berat pada hari hitungan amal, disebabkan mereka melupakan (jalan Allah) itu. (26). [Surah Sod].

iii. Sesiapa yang menuruti hawa nafsu, mereka adalah orang yang paling hina. Allah SWT mengumpamakan mereka seperti anjing.

وَٱتۡلُ عَلَيۡهِمۡ نَبَأَ ٱلَّذِىٓ ءَاتَيۡنَـٰهُ ءَايَـٰتِنَا فَٱنسَلَخَ مِنۡهَا فَأَتۡبَعَهُ ٱلشَّيۡطَـٰنُ فَكَانَ مِنَ ٱلۡغَاوِينَ (١٧٥) وَلَوۡ شِئۡنَا لَرَفَعۡنَـٰهُ بِہَا وَلَـٰكِنَّهُ ۥۤ أَخۡلَدَ إِلَى ٱلۡأَرۡضِ وَٱتَّبَعَ هَوَٮٰهُ‌ۚ فَمَثَلُهُ ۥ كَمَثَلِ ٱلۡڪَلۡبِ إِن تَحۡمِلۡ عَلَيۡهِ يَلۡهَثۡ أَوۡ تَتۡرُڪۡهُ يَلۡهَث‌ۚ ذَّٲلِكَ مَثَلُ ٱلۡقَوۡمِ ٱلَّذِينَ كَذَّبُواْ بِـَٔايَـٰتِنَا‌ۚ فَٱقۡصُصِ ٱلۡقَصَصَ لَعَلَّهُمۡ يَتَفَكَّرُونَ (١٧٦)1

Dan bacakanlah kepada mereka (wahai Muhammad), khabar berita seorang yang kami beri kepadanya (pengetahuan mengenai) ayat-ayat (Kitab) Kami, kemudian dia menjadikan dirinya terkeluar dari mematuhinya, lalu dia diikuti oleh Syaitan (dengan godaannya), maka menjadilah dia dari orang-orang yang sesat. (175) Dan kalau Kami kehendaki nescaya Kami tinggikan pangkatnya dengan (sebab mengamalkan) ayat-ayat itu. Tetapi dia bermati-mati cenderung kepada dunia dan menurut hawa nafsunya; maka bandingannya adalah seperti anjing, jika engkau menghalaunya: Dia menghulurkan lidahnya termengah-mengah dan jika engkau membiarkannya: Dia juga menghulurkan lidahnya termengah-mengah. Demikianlah bandingan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami. Maka ceritakanlah kisah-kisah itu supaya mereka berfikir. (176). [Surah Al-Araf].

iv. Menuruti hawa nafsu akan membuatkan manusia melakukan kerosakan di langit dan di bumi.

وَلَوِ ٱتَّبَعَ ٱلۡحَقُّ أَهۡوَآءَهُمۡ لَفَسَدَتِ ٱلسَّمَـٰوَٲتُ وَٱلۡأَرۡضُ وَمَن فِيهِنَّ‌ۚ بَلۡ أَتَيۡنَـٰهُم بِذِڪۡرِهِمۡ فَهُمۡ عَن ذِكۡرِهِم مُّعۡرِضُونَ (٧١)1

Dan kalaulah kebenaran itu tunduk menurut hawa nafsu mereka, nescaya rosak binasalah langit dan bumi serta segala yang adanya. (Bukan sahaja Kami memberikan agama yang tetap benar) bahkan Kami memberi kepada mereka Al-Quran yang menjadi sebutan baik dan mendatangkan kemuliaan kepada mereka; maka Al-Quran yang demikian keadaannya, mereka tidak juga mahu menerimanya. (71). [Surah Al-Mukminun].

v. Orang yang menuruti hawa nafsu akan sentiasa memandang baik perbuatan jahatnya.

أَفَمَن كَانَ عَلَىٰ بَيِّنَةٍ۬ مِّن رَّبِّهِۦ كَمَن زُيِّنَ لَهُ ۥ سُوٓءُ عَمَلِهِۦ وَٱتَّبَعُوٓاْ أَهۡوَآءَهُم (١٤)1

Dengan yang demikian, adakah orang-orang (yang beriman dan taat) yang keadaannya sentiasa berdasarkan bukti yang nyata dari Tuhannya: Sama seperti orang-orang (yang ingkar derhaka) yang telah diperhiaskan kepadanya (oleh Syaitan) akan kejahatan amalnya (sehingga dipandangnya baik) dan yang telah menurut hawa nafsunya? (Sudah tentu tidak sama)! (14). [Surah Muhammad].

vi. Allah SWT akan mengecop hati orang yang menuruti hawa nafsu. Hasilnya adalah ‘buta matahati’.

وَمِنۡہُم مَّن يَسۡتَمِعُ إِلَيۡكَ حَتَّىٰٓ إِذَا خَرَجُواْ مِنۡ عِندِكَ قَالُواْ لِلَّذِينَ أُوتُواْ ٱلۡعِلۡمَ مَاذَا قَالَ ءَانِفًا‌ۚ أُوْلَـٰٓٮِٕكَ ٱلَّذِينَ طَبَعَ ٱللَّهُ عَلَىٰ قُلُوبِہِمۡ وَٱتَّبَعُوٓاْ أَهۡوَآءَهُمۡ (١٦)1

Dan di antara mereka (yang hadir di majlismu wahai Muhammad, ialah orang-orang munafik) yang mendengar ajaranmu (dengan sambil lewa), sehingga apabila mereka keluar dari sisimu berkatalah mereka (secara mengejek-ejek) kepada orang-orang yang diberi ilmu (dari kalangan sahabat-sahabatmu yang setia): Apa yang dikatakan oleh Muhammad tadi? Mereka (yang munafik) itu ialah orang-orang yang telah dimeteraikan Allah atas hati mereka dan ialah orang-orang yang menurut hawa nafsunya. (16). [Surah Muhammad].

vii. Orang yang menolak kebaikkan (membuat pahala) dan kebenaran adalah orang yang menuruti hawa nafsu. Allah SWT menyatakan mereka inilah golongan yang paling sesat.

فَإِن لَّمۡ يَسۡتَجِيبُواْ لَكَ فَٱعۡلَمۡ أَنَّمَا يَتَّبِعُونَ أَهۡوَآءَهُمۡ‌ۚ وَمَنۡ أَضَلُّ مِمَّنِ ٱتَّبَعَ هَوَٮٰهُ بِغَيۡرِ هُدً۬ى مِّنَ ٱللَّهِ‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ لَا يَہۡدِى ٱلۡقَوۡمَ ٱلظَّـٰلِمِينَ (٥٠)1

Kemudian, kalau mereka tidak dapat menerima cabaranmu (wahai Muhammad), maka ketahuilah, sesungguhnya mereka hanyalah menurut hawa nafsu mereka dan tidak ada yang lebih sesat daripada orang yang menurut hawa nafsunya dengan tidak berdasarkan hidayat petunjuk dari Allah. Sesungguhnya Allah tidak memberi pimpinan kepada kaum yang zalim (yang berdegil dalam keingkarannya). (50). [Surah Al-Qasas].

viii. Hawa nafsu akan membuatkan manusia mensyirikkan Allah SWT dengan sesuatu yang lain dari Allah SWT.

قُلۡ يَـٰٓأَهۡلَ ٱلۡڪِتَـٰبِ لَا تَغۡلُواْ فِى دِينِڪُمۡ غَيۡرَ ٱلۡحَقِّ وَلَا تَتَّبِعُوٓاْ أَهۡوَآءَ قَوۡمٍ۬ قَدۡ ضَلُّواْ مِن قَبۡلُ وَأَضَلُّواْ ڪَثِيرً۬ا وَضَلُّواْ عَن سَوَآءِ ٱلسَّبِيلِ (٧٧)1

Katakanlah: Wahai Ahli Kitab! Janganlah kamu melampau dalam agama kamu secara yang tidak benar dan janganlah kamu menurut hawa nafsu suatu kaum yang telah sesat sebelum ini dan telah menyesatkan banyak manusia dan juga (sekarang) mereka telah tersesat (jauh) dari jalan yang betul. (77). [Surah Al-Maidah].

# Al-itiba’ atau mengikut adalah makna ibadat. Syirik pula adalah berkait dengan makna ibadah.

ix. Ada juga manusia yang mensyirikkan Allah SWT dengan hawa nafsunya.

أَفَرَءَيۡتَ مَنِ ٱتَّخَذَ إِلَـٰهَهُ ۥ هَوَٮٰهُ وَأَضَلَّهُ ٱللَّهُ عَلَىٰ عِلۡمٍ۬ وَخَتَمَ عَلَىٰ سَمۡعِهِۦ وَقَلۡبِهِۦ وَجَعَلَ عَلَىٰ بَصَرِهِۦ غِشَـٰوَةً۬ فَمَن يَہۡدِيهِ مِنۢ بَعۡدِ ٱللَّهِ‌ۚ أَفَلَا تَذَكَّرُونَ (٢٣)1

Dengan yang demikian, bagaimana fikiranmu (wahai Muhammad) terhadap orang yang menjadikan hawa nafsunya: Tuhan yang dipatuhinya dan dia pula disesatkan oleh Allah kerana diketahuiNya (bahawa dia tetap kufur ingkar) dan dimeteraikan pula atas pendengarannya dan hatinya serta diadakan lapisan penutup atas penglihatannya? Maka siapakah lagi yang dapat memberi hidayat petunjuk kepadanya sesudah Allah (menjadikan dia berkeadaan demikian)? Oleh itu, mengapa kamu (wahai orang-orang yang ingkar) tidak ingat dan insaf? (23). [Surah Al-Jathiyah].

# Ibnu Abbas RA berkata, “Hawa Nafsu adalah Ilah yang disembah.”

Panjang point diatas. Rasa-rasanya cukup sampai disini dahulu. Cuba fikir-fikirkan secara terbuka ayat-ayat yang diberikan diatas tu. Berkemungkinan yang membaca lebih memahaminya dari yang menulis.

جزاك الله خيرا

Ahad, Februari 15, 2015

BHK 4. Ingatkan Dua Rupanya Empat

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

IMG_20141112_214930

Seperti yang telah kami ceritakan dahulu, dalam bulan Februari 2015 ini ada dua majlis walimatul urus.

Undangan dari Hj. Kamaruzzan dan Hjh Zawiah, perkahwinan anak lelaki mereka Mohd Lukman dan pilihan hatinya Zuraidah. Majlis pada hari Ahad, 08/02/2015.

Kedua undangan dari Hj Zainal dan Hjh Halijah. Jemputan perkahwinan anak lelaki mereka Mohd Hazeman dan pilihannya Syaerie Suhana. Majlis pada hari Sabtu, 21/02/2015.

الحمد لله undangan dari Hj. Kamaruzzan dan Hjh Zawiah di Dewan MPS telah kami, wife dan abang tunaikan. Kami menjamu selera di luar dewan kerana berangin dan amat nyamannya kat luar tu. Macam kat tepi pantai.

Ingatkan dua rupa-rupanya empat! Dua lagi kad jemputan yang kami terima:

  • Undangan dari Hj. Sulaiman dan Hjh Noriah. Jemputan perkahwinan anak perempuan mereka Nor Sunihidayah dengan pilihan hatinya Mohd Kamalhusaini. Majlis pada hari Ahad, 15/02/2015.
  • Undangan dari Hj Mohammad Ishak dan Hjh Norhamidah. Jemputan perkahwinan anak perempuan mereka Nor Alhuda dengan pilihan hatinya Mohd Fairuz. Majlis pada hari Sabtu, 21/02/2015.

الحمد لله kami, wife dan dua anak perempuan baru je balik dari majlis Hj. Sulaiman dan Hjh Noriah.

Pada hari Sabtu 21/02/2015 akan datang ada dua majlis yang berjalan serentak. Takpe, jarak antara kedua majlis yang diadakan tak jauh dari rumah kami. Jika diikutkan, rumah kami letaknya ditengah-tengah antara kedua rumah ni.

Orang menjemput, jika ada kelapangan إن شاء الله kami akan mampir. Jika ada urusan lain, kami akan memaklumkan kepada yang berkenaan.

Dalam riwayat Muslim, “Kewajipan orang Islam terhadap orang Islam yang lain ada enam perkara, “Apabila berjumpa maka hendaklah member salam, jika kamu diundang hendaklah hadiri, apabila dia meminta nasihat berilah nasihat kepadanya, apabila dia bersin dan menyebut الحمد لله doakan dengan يرحمك الله,jika dia sakit lawatilah dia dan apabila dia meninggal maka iringilah jenazahnya”. [HR Bukhari & Muslim]

Bila sampai kat bab makan tak kira kenduri kawin, majlis tahlil, majlis hari raya, makan kat rumah atau yang sewaktu dengannya, cuba-cubalah kita ingat pesanan Rasulullah SAW.

Daripada Abu Hafs ‘Amru bin Abi Salamah  ‘Abdullah bin Abdul Asad anak tiri Rasulullah SAW katanya “Aku seorang kanak-kanak didalam peliharaan Rasulullah SAW dan pada waktu makan tanganku menjemput di sana sini di setiap sudut pinggan maka Rasulullah bersabda, “Wahai anak, bacalah بسم الله (sebutkan nama Allah ketika hendak makan) dan makanlah dengan tangan kananmu dan hendaklah ambil makanan yang hampir dengan kamu. Selepas itu sentiasalah engkau ikut cara makan (yang ditunjuk oleh Rasulullah)”. [HR Bukhari & Muslim]

Dari Anas bin Mali r.a katanya, Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya Allah Taala sangat suka kepada hamba-Nya yang mengucapkan   الحمد لله sesudah makan dan minum. [HR Muslim]

Apa sahaja yang datang dari Nabi SAW adalah yang terbaik. Fikir-fikirkan.

جزاك الله خيرا

Sabtu, Februari 07, 2015

BBK 65. Hawa Nafsu Dan Kemudaratannya (8)

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Sepuluh point telah kami kongsi-kongsikan. Tak banyak lagi yang ada. Sikit lagi je. No2532Kami masuk ke point seterusnya. Jom …..

11. Perlu juga difahami bahawa sifat-sifat mazmumah didalam diri manusia sangat berkait dengan cinta dunia. Sifat cinta dunia pula berpunca daripada hawa nafsu yang tidak terkawal.

وَلَقَدۡ ءَاتَيۡنَا مُوسَى ٱلۡكِتَـٰبَ وَقَفَّيۡنَا مِنۢ بَعۡدِهِۦ بِٱلرُّسُلِ‌ۖ وَءَاتَيۡنَا عِيسَى ٱبۡنَ مَرۡيَمَ ٱلۡبَيِّنَـٰتِ وَأَيَّدۡنَـٰهُ بِرُوحِ ٱلۡقُدُسِ‌ۗ أَفَكُلَّمَا جَآءَكُمۡ رَسُولُۢ بِمَا لَا تَہۡوَىٰٓ أَنفُسُكُمُ ٱسۡتَكۡبَرۡتُمۡ فَفَرِيقً۬ا كَذَّبۡتُمۡ وَفَرِيقً۬ا تَقۡتُلُونَ (٨٧)1

Dan sesungguhnya Kami telah memberikan kepada Nabi Musa Kitab Taurat dan Kami iringi kemudian daripadanya dengan beberapa orang Rasul dan Kami berikan kepada Nabi Isa Ibni Mariam beberapa mukjizat serta Kami teguhkan kebenarannya dengan Rohulqudus (Jibril). Maka patutkah, tiap-tiap kali datang kepada kamu seorang Rasul membawa sesuatu (kebenaran) yang tidak disukai oleh hawa nafsu kamu, kamu (dengan) sombong takbur (menolaknya), sehingga sebahagian dari Rasul-rasul itu kamu dustakan dan sebahagian yang lain pula kamu membunuhnya? (87). [Al-Baqarah]

Daripada Anas bin Malik RA, sabda Nabi SAW, “Tiga perkara yang akan menyelamatkan seseorang, takutkan Allah SWT dalam keadaan terang dan tersembunyi, berlaku adil ketika redha dan marah dan pertengahan diantara kaya dan fakir. Tiga perkara yang memusnahkan manusia, hawa nafsu yang diikuti, kedekut yang ditaati dan takjubnya seseorang kepada diri sendiri.”

Daripada Abdullah bin Mas’ud RA, sabda Rasulullah SAW, “Tidak akan masuk ke neraka, seseorang yang masih ada iman di dadanya walaupun sebesar biji sawi. Tidak akan masuk ke syurga, seseorang yang ada di dadanya perasaan takabbur walaupun sebesar biji sawi.”

Daripada Anas bin Malik RA, sabda Rasulullah SAW, “Syurga itu dikelilingi oleh perkara yang tidak disukai oleh nafsu manakala neraka itu dikelilingi oleh perkara yang disukai oleh syahwat.”

Daripada Abu Barzah Al-Aslami RA, sabda Rasulullah SAW, “Sesungguhnya diantara perkara yang aku takut menimpa kamu semua adalah nafsu syahwat yang membodohkan, yang ada didalam perut dan kemaluan kamu dan juga hawa nafsu yang menyesatkan.”

12. Manusia didalam hal beragama akan terbahagi kepada tiga kumpulan. Kumpulan yang melampau, kumpulan yang mengambil ringan dan kumpulan pertengahan. Kumpulan yang melampau adalah kumpulan yang sesat. Kumpulan yang mengambil ringan adalah kumpulan yang tahu hukum agama tetapi mengamalkannya sambil lewa dan tidak bertaqwa didalam beramal. Mereka ini adalah kumpulan yang dimurkai Tuhan. Kedua kumpulan ini, hakikatnya, adalah kumpulan yang mengikut hawa nafsu. Kumpulan pertengahan pula adalah kumpulan yang diberi nikmat iman dan hidayah oleh Allah SWT. Itu maksud ayat terakhir didalam surah Al-Fatihah.

Kami masukkan ayat terakhir surah Al-Fatihah untuk kita sama-sama renung-renungkan.

صِرَٲطَ ٱلَّذِينَ أَنۡعَمۡتَ عَلَيۡهِمۡ غَيۡرِ ٱلۡمَغۡضُوبِ عَلَيۡهِمۡ وَلَا ٱلضَّآلِّينَ (٧)1

Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat. (7). [Al-Fatihah]

13. Amalan ‘tazkiyatul anfus’ (pembersihan jiwa) adalah penawar dan pendinding bagi manusia dari menuruti hawa nafsunya. Amalan tazkiyatul anfus adalah wajib harian kerana hati manusia sangat mudah dikotori oleh hal keduniaan.

Daripada Fudhalah bin ‘Ubaid RA, saya telah mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Seseorang mujahid itu adalah mereka yang berjihad mengalahkan nafsunya kerana mahu mematuhi perintah Allah SWT.”

Daripada Abu Zar RA, Rasulullah SAW telah bersabda, “Sebaik-baik jihad adalah jihad (kesungguhan) seorang lelaki menundukkan hawa nafsunya (supaya mentaati perintah Allah SWT).”

يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱصۡبِرُواْ وَصَابِرُواْ وَرَابِطُواْ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ لَعَلَّكُمۡ تُفۡلِحُونَ (٢٠٠)1

Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) dan kuatkanlah kesabaran kamu (lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan) dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertakwalah kamu kepada Allah supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan). (200). [Ali Imron]

  • Berkata Imam An-Naisaburi rhm, “Yang dimaksudkan dengan sabar adalah jihad melawan nafsu dengan melakukan latihan yang berterusan. Yang dimaksudkan dengan Musabarah pula adalah sentiasa memerhatikan hati sendiri ketika diuji dangan keduniaan.”

Cukup sampai point ketigabelas ini dahulu. Cuba difikir-fikirkan ketiga-tiga point tersebut. Ada empat lagi yang akan kami share, إن شاء الله

جزاك الله خيرا

Isnin, Februari 02, 2015

BHK 3. Sembahyang Solat Zikir

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

IMG_20130418_162556Hari kami nak cerita-cerita sikit mengenai sembahyang atau solat yang difardhukan pada malam israk dan mikraj Nabi SAW.

Dari Anas r.a katanya:Nabi Muhammad SAW telah bersabda :...(selain dari apa yang telah aku saksikan semasa aku dibawa israk dan mikraj pada malam itu), maka Allah fardhukan (atasku) dan atas umatku lima puluh sembahyang...lalu aku memohon kepada-Nya (supaya dikurangkan lagi bilangan sembahyang itu yang telah pun dikurangkan sehingga tinggal lima sahaja); maka Allah SWT berfirman:Sembahyang fardhu (sehari semalam) itu tetap lima (dari segi bilangannya) dan ia juga tetap lima puluh (dari segi pahalanya); keputusan-Ku itu tidak dapat diubah atau ditukar ganti... [HR Bukhari]

2. Kedudukan sembahyang diletakkan pada tangga kedua daripada lima perkara rukun islam.

Daripada Ibnu Umar r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Agama Islam ditegakkan atas lima perkara, iaitu mengucap dua kalimah syahadat, mendirikan sembahyang fardhu, mengeluarkan zakat, menunaikan haji ke Baitullah (jika mampu), dan berpuasa pada bulan Ramadhan. [HR Bukhari & Muslim].

3. Sembahyang juga merupakan ibadat fardu. Yang wajib didirikan oleh umat islam lima kali sehari.  Dimana ia didirikan pada waktu-waktu tertentu. 

إِنَّ ٱلصَّلَوٰةَ كَانَتۡ عَلَى ٱلۡمُؤۡمِنِينَ كِتَـٰبً۬ا مَّوۡقُوتً۬ا (١٠٣)1

Sesungguhnya sembahyang itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya. (103). [An-Nisa]

4. Sembahyang itu tiang agama. Ia jugalah yang menjadi tanda aras atau benchmark antara hamba Allah atau sebaliknya.

Sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Al-Baihaqi dari Abdullah ibnu Umar RA; Sembahyang itu tiang agama, sesiapa yang mengerjakannya maka sesungguhnya ia menegakkan agama dan sesiapa yang meninggalkannya bererti ia meruntuhkan agama.

Daripada Jabir r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: Di antara hamba Allah dan di antara kufur ialah meninggalkan solat. [HR Muslim dan at-Tirmidzi].

5. Sembahyang dari segi bahasa bermaksud doa. Dari segi istilah ianya adalah bacaan-bacaan dan perbuatan-perbuatan yang tertentu yang bermula dari takbiratul ihram dan berakhir dengan ucapan salam.

Dari Aisyah r.a katanya:Rasulullah s.a.w memulai solat baginda dengan takbir. Sesudah itu baginda membaca surah al-Fatihah. Apabila baginda rukuk, kepalanya tidak mendongak dan tidak pula terlalu menunduk, tetapi pertengahan (sehingga kepalanya kelihatan rata dengan punggung). Apabila baginda bangkit dari rukuk, baginda tidak sujud sebelum baginda berdiri lurus lebih dahulu. Apabila baginda mengangkat kepala dari sujud (pertama) baginda tidak sujud (kedua) sebelum duduknya antara kedua sujud itu tepat benar lebih dahulu. Tiap-tiap selesai dua rakaat baginda membaca Tahiyat sambil duduk menghimpit kaki kiri dan menegakkan kaki kanan. Baginda melarang duduk seperti syaitan duduk atau seperti binatang buas duduk. Dan baginda menyudahi solat dengan membaca salam. [HR Muslim]

6. Sembahyang didirikan sebagai penyembahan terhadap Allah SWT. Ianya juga untuk seorang hamba itu sentiasa mengingati Pencipta nya.

إِنَّنِىٓ أَنَا ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّآ أَنَا۟ فَٱعۡبُدۡنِى وَأَقِمِ ٱلصَّلَوٰةَ لِذِڪۡرِىٓ (١٤)1

Sesungguhnya Akulah Allah; tiada Tuhan melainkan Aku; oleh itu, sembahlah akan Daku dan dirikanlah sembahyang untuk mengingati Daku. (14). [Taha]

Sampai kat sini dulu cerita-cerita kami mengenai sembahyang atau solat.. Ada lagi sambungannya nanti. إن شاء الله

جزاك الله خيرا

Jumaat, Januari 23, 2015

BBK 64. Hawa Nafsu Dan Kemudaratannya (7)

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Bertemu kembali pada hari Jumaat yang mulia ini. Minta maaf kerana terhenti seketika apa yang hendak kami kongsi. Sekali lagi selamat kembali semua.

20130430_220750Kami terus ke point seterusnya. Masih lagi berkenaan dan berkaitan isu  perpecahan. Point no.10…..

10. Bagi sesiapa yang mengikut hawa nafsu, Allah SWT telah menjanjikan bahawa Dia akan membelit mereka dengan perpecahan. Perpecahan itu bukan didalam perkara furu tetapi perpecahan didalam perkara usul. 72 golongan daripada 73 golongan yang masuk kedalam neraka itu adalah mereka yang berpecah didalam perkara usul. Iftirak yang mereka lakukan adalah perkara usul.

قُلۡ هُوَ ٱلۡقَادِرُ عَلَىٰٓ أَن يَبۡعَثَ عَلَيۡكُمۡ عَذَابً۬ا مِّن فَوۡقِكُمۡ أَوۡ مِن تَحۡتِ أَرۡجُلِكُمۡ أَوۡ يَلۡبِسَكُمۡ شِيَعً۬ا وَيُذِيقَ بَعۡضَكُم بَأۡسَ بَعۡضٍ‌ۗ ٱنظُرۡ كَيۡفَ نُصَرِّفُ ٱلۡأَيَـٰتِ لَعَلَّهُمۡ يَفۡقَهُونَ (٦٥)1

Katakanlah: Dialah yang berkuasa menghantar kepada kamu azab seksa (bala bencana), dari sebelah atas kamu atau dari bawah kaki kamu atau ia menjadikan kamu bertentangan dan berpecah-belah (berpuak-puak) dan ia merasakan sebahagian daripada kamu akan perbuatan ganas dan kejam sebahagian yang lain. Perhatikanlah bagaimana Kami menjelaskan ayat-ayat keterangan (yang menunjukkan kebesaran Kami) dengan berbagai cara, supaya mereka memahaminya. (65). [Al-An’aam].

  • Ibnu Abbas RA menyatakan tafsirnya, “Allah SWT jadikan kamu berpecah belah dengan hawa nafsu yang berbeza-beza. Apabila ia berlaku maka mereka akan saling mengkafirkan sebahagian yang lain sehingga mereka saling berbunuhan.”
  • Ada yang mengatakan bahawa tafsirnya adalah Allah SWT akan membelit mereka dengan perpecahan.
  • Berkata Mujahid dan Abul ‘Aliyah rhm, “Ayat ibi adalh untuk umat Nabi Muhammad SAW.”
  • Berkata Abul ‘Aliyah, “Dua perkara didalam ayat ini telah berlaku setelah 25 tahun kewafatan Rasulullah SAW iaitu perpecahan dan peperangan.”

وَلَوۡ شَآءَ رَبُّكَ لَجَعَلَ ٱلنَّاسَ أُمَّةً۬ وَٲحِدَةً۬‌ۖ وَلَا يَزَالُونَ مُخۡتَلِفِينَ (١١٨) إِلَّا مَن رَّحِمَ رَبُّكَ‌ۚ وَلِذَٲلِكَ خَلَقَهُمۡ‌ۗ وَتَمَّتۡ كَلِمَةُ رَبِّكَ لَأَمۡلَأَنَّ جَهَنَّمَ مِنَ ٱلۡجِنَّةِ وَٱلنَّاسِ أَجۡمَعِينَ (١١٩)1

Dan kalaulah Tuhanmu (wahai Muhammad) menghendaki, tentulah ia menjadikan umat manusia semuanya menurut agama yang satu. (Tetapi Dia tidak berbuat demikian) dan kerana itulah mereka terus-menerus berselisihan. (118) Tetapi orang-orang yang telah diberi rahmat oleh Tuhanmu, (mereka bersatu di dalam agama Allah) dan untuk (perselisihan dan rahmat) itulah Allah menjadikan manusia dan dengan yang demikian sempurnalah janji Tuhanmu: Sesungguhnya Aku akan memenuhi Neraka Jahanam dengan sekalian jin dan manusia (yang berdosa). (119). [Hud].

  • Mujahid rhm menyatakan bahwa yang berselisihan adalah ahlul batil kerana orang yang dirahmati Allah SWT, mereka tidak akan berselisih.
  • ‘Ikrimah rhm berkata, “Yang berselisih adalah ahlul ahwak dan mereka yang mendapat rahmat adalah ahlus sunnah.”
  • Umar bin Abdul Aziz dan Malik bin Anas berkata, “Ahlul Rahmah tidak akan berselisih.”

Habis point berkaitan perpecahan. Dikesempatan lain sedikit perbincangan mengenai cinta. إن شاء الله

جزاك الله خيرا

Isnin, Januari 12, 2015

BHK 2. Walimatul Urus Walimatul Urus

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Penerima BR1M

Semalam, 11/01/2015 kami ke Dengkil. Menghadiri majlis walimatul urus anak saudara. Anak saudara sebelah wife. Sebelum ini… tak silap kami dah dua kali kami ke Dengkil. Bulan Disember 2014 lalu. Anak saudara wife juga. Bila yang kawin tu anak saudara maka yang buat kenduri kawin tu semestinya sepupu-sepupu wife. Kan! Ramai sepupu wife kami kat Dengkil ni.

Hari Ahad ni, 18/01/2015 kami beralih pula ke Bukit Bangkong. Yang buat kenduri kawin ni kakak ipar kepada abang ipar kami. Jadinya wife kami adalah adik ipar kepada wife abang ipar kami. Jadinya lagi yang buat kenduri kawin tu adalah biras kami dan wife. Betul ke tak betul?

Untuk bulan Februari 2015 ni kami ada menerima dua kad jemputan walimatul urus dari resident Taman Bukit Kepayang 2. 

  • Undangan dari Hj. Kamaruzzan dan Hjh Zawiah. Jemputan perkahwinan anak lelaki mereka Mohd Lukman dan pilihan hati anak mereka Zuraidah. Majlis pada hari Ahad, 08/02/2015.
  • Satu lagi undangan dari Hj Zainal dan Hjh Halijah. Jemputan perkahwinan anak lelaki mereka Mohd Hazeman dan pilihan hati anak mereka Syaerie Suhana. Majlis pada hari Sabtu, 21/02/2015.

Buat kenduri kawin ini…. ada yang kata susah. Kalau difikir-fikirkan, rasa-rasanya memang tak ada yang pernah kata senang. Sapa-sapa yang pernah mengadakannya sendiri tau.

Dari Anas bin Malik r.a menyebut bahawa Rasulullah SAW telah melihat di kepala Abdul Rahman bin Auf kesan kuning, lalu baginda bertanya: Kesan apakah ini? Abdul Rahman menjawab: Wahai Rasulullah aku telah berkahwin dengan seorang perempuan bermaskahwinkan satu nawah iaitu timbangan sebanyak lima dirham emas. Baginda mendoakan keberkatan untuk Abdul Rahman bin Auf dan berkata: Buatlah kenduri walaupun dengan seekor kambing. [HR Muttafaqun alaih].

Didalam huraian hadith (dibawah) ada diberi peringatan agar jangan pula sampai walimah tersebut menjadi majlis makan yang dikeji oleh Islam iaitu dengan mengkhususkan jemputan hanya untuk orang kaya sahaja, sedangkan orang miskin dilupakan sebagaimana sabda Rasulullah SAW:

Dari Abi Hurairah r.a katanya, Rasulullah SAW bersabda: "Makanan yang paling buruk adalah makanan walimah. Orang yang perlu makan (si miskin) tidak diundang malah orang yang tidak perlu (orang kaya) diundang.[HRMuslim].

Pada kami pada zaman ni, beban susah mengadakan majlis kenduri kawin ni adalah dipihak ibu-bapa dan mungkin juga saudara-mara. Pada majlis raja sehari tu, pasangan pengantin tak seberapa rasanya.  

Pengantin akan hanya terasa susah bila sudah selesai majlis tu. Kenapa? Kerana kedua-duanya akan mula memikul beban tanggungjawab. Tanggung-jawab membina keluarga dan menguruskan rumahtangga.

Dari Abdullah r.a katanya:Rasulullah s.a.w bersabda:Hai para pemuda! Sesiapa di antara kamu yang telah sanggup memikul tanggungjawab berumahtangga, maka kahwinlah! Kerana perkahwinan itu dapat menundukkan mata dan kemaluan (dari dosa). Siapa yang belum sanggup, hendaklah dia berpuasa kerana puasa itu dapat menundukkan nafsu berahi. [HR Muslim].

Pengantin lelaki perlu peka dengan isu mas kawin. Bereskan dulu mas kawin pada isteri.

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:Mana-mana lelaki yang mengahwini perempuan atas sekurang-kurang atau sebanyak-banyak maharnya, tetapi tidak ada maksud (tidak mahu) membayar mahar tersebut sebagai haknya (perempuan yang dikahwini), setelah itu ia mati padahal belum lagi ia tunaikan (mahar tersebut), maka nanti ia bertemu dengan Allah pada hari Kiamat sebagai orang yang berzina. HR at-Tabrani dan al-Hakim].

Nak share sikit mengenai tanggung-jawab. Pengantin lelaki…..

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:Sesiapa yang memberi nafkah kepada isterinya, anaknya dan ahli keluarganya, maka ia (iaitu nafkah) yang diberikan adalah sedekah. [HR Ibnu Majah].

Saad bin Abi Waqas r.a menceritakan bahawa rasulullah s.a.w pernah bersabda:'Nafkah (infak) yang kamu berikan semata-mata kerana Allah nescaya diberi pahala oleh Allah; bahkan apa yang kamu berikan untuk makanan isteri kamu (perbelajaan rumahtangga) akan diberi pahala juga oleh Allah. [HR Bukhari].

Pengantin wanita pula…..

Ahmad, an-Nasaie dan al-Hakim meriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya :Sebaik-baik wanita ialah yang menyenangkan seorang lelaki apabila ia melihatnya, yang taat kepadanya apabila ia menyuruhnya dan ia tidak menyalahi suaminya dengan sesuatu yang tidak menyukakannya pada dirinya dan hartanya. [HR Muslim].

Banyak dugaan yang akan dihadapi oleh pasangan pengantin di hari-hari mendatang. Untuk pengantin lelaki…..

Dari Jabir r.a, katanya dia mendengar nabi s.a.w bersabda:Apabila ada di antara kamu yang tergoda hatinya kepada seorang wanita maka hendaklah dia pulang kepada isterinya untuk melepaskan rasa rindunya. Sesungguhnya yang demikian itu dapat mententeramkan gejolak hatinya. [HR Muslim].

Daripada Abu Hurairah RA katanya, Rasulullah SAW bersabda, “Orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah mereka yang paling baik akhlaknya. Sebaik-baik kamu ialah mereka yang paling baik (pergaulan) dengan isterinya”. [HR Tirmizi].

Selamat pengantin baru….. semoga Allah SWT mengurniakan kebahagiaan di dunia dan berpanjangan di akhirat. إن شاء الله

جزاك الله خيرا

Sumber hadith dari JAKIM

Sabtu, Januari 10, 2015

BBK 63. Hawa Nafsu Dan Kemudaratannya (6)

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Selamat bertemu kembali. Tak payah nak intro panjang-panjang. Jom kita ke point seterusnya yang memperkatakan isu perpecahan. Perpecahan kerana hawa nafsu. Point no. 9…..

 

IMG_20130720_132130

9. Perpecahan sesama manusia adalah satu sunnatullah yang telah ditetapkan. Namun begitu Allah SWT menyuruh setiap yang beriman supaya bersatu teguh dan tidak berpecah. Jika dilihat daripada perpecahan itu, ia berpunca daripada masalah nafsu.

 فَأَزَلَّهُمَا ٱلشَّيۡطَـٰنُ عَنۡہَا فَأَخۡرَجَهُمَا مِمَّا كَانَا فِيهِ‌ۖ وَقُلۡنَا ٱهۡبِطُواْ بَعۡضُكُمۡ لِبَعۡضٍ عَدُوٌّ۬‌ۖ وَلَكُمۡ فِى ٱلۡأَرۡضِ مُسۡتَقَرٌّ۬ وَمَتَـٰعٌ إِلَىٰ حِينٍ۬ (٣٦)1

Setelah itu maka Syaitan menggelincirkan mereka berdua dari Syurga itu dan menyebabkan mereka dikeluarkan dari nikmat yang mereka telah berada di dalamnya dan Kami berfirman: Turunlah kamu! Sebahagian dari kamu menjadi musuh kepada sebahagian yang lain dan bagi kamu semua disediakan tempat kediaman di bumi, serta mendapat kesenangan hingga ke suatu masa (mati). (36). [Al-Baqarah]

وَإِنَّ هَـٰذِهِۦۤ أُمَّتُكُمۡ أُمَّةً۬ وَٲحِدَةً۬ وَأَنَا۟ رَبُّڪُمۡ فَٱتَّقُونِ (٥٢) فَتَقَطَّعُوٓاْ أَمۡرَهُم بَيۡنَہُمۡ زُبُرً۬ا‌ۖ كُلُّ حِزۡبِۭ بِمَا لَدَيۡہِمۡ فَرِحُونَ (٥٣) فَذَرۡهُمۡ فِى غَمۡرَتِهِمۡ حَتَّىٰ حِينٍ (٥٤)1

Dan sesungguhnya agama Islam ini ialah agama kamu agama yang satu asas pokoknya, dan Akulah Tuhan kamu; maka bertakwalah kamu kepadaKu. (52) Kemudian umat Rasul-rasul itu berpecah-belah dalam urusan agama mereka kepada beberapa pecahan, tiap-tiap golongan bergembira dengan apa yang ada pada mereka. (53) Maka biarkanlah mereka tenggelam dalam kesesatannya itu hingga ke suatu masa. (54). [Al-Mukminun]

  • Mereka bergembira dengan perpecahan kesesatan mereka itu, didalam masa yang sama mereka menyangka mereka adalah betul.
  • Allah SWT mengarahkan kepada mereka yang beriman supaya tidak berjidal dengan membiarkan mereka tenggelam dalam kesesatan kerana mereka tetap tidak akan mahu untuk bersatu kembali.
  • Sudah sepatutnya seorang da’ei akan cuba sedaya upaya menyelamatkan mereka yang sesat. Didalam hal kesesatan yang dimaksudkan diatas, arahan Allah SWT supaya membiarkan mereka dalam kesesatan adalah menunjukkan kedegilan melampau yang mereka tunjukkan itu.

Daripda Anas bin Malik RA, sesungguhnya saya telah melihat Rasulullah SAW solat sunat Dhuha lapan rakaat ketika bermusafir dengannya. Setelah selesai bersolat Baginda bersabda, “Sesungguhnya aku telah bersolat dalam keadaan mengharap sangat dan takut kepadaNya. Aku telah memohon dari Tuhanku tiga perkara. Allah SWT telah mengabulkan dua dan tidak membenarkan yang ketiga. Aku memohon supaya umatku tidak diuji (dihukum) dengan kemarau lalu Dia mengabulkan. Aku memohon supaya umatku tidak dikalahkan oleh musuh mereka lalu Dia mengabulkannya. Aku memohon supaya umatku tidak berpecah-belah lalu Dia menolak permintaan ini.

Habis point diatas. Akan kami ke point seterusnya dilain kali. إن شاء الله

By the way cuba fikir-fikirkan point diatas tu.

جزاك الله خيرا

Nota: Sumber ayat Al-Quran dari quranexplorer.com

Selasa, Januari 06, 2015

BBK 62. Hawa Nafsu Dan Kemudaratannya (5)

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

الحمد لله kita kembali bertemu.

Point yang kami nak share kali ini agak long juga. Takpe kalau kat kitab penulis ni cuma nak kat 5 pages juga le. Kami akan terus masuk ke point no.8 ni….. jom…..

8. Perlu juga diketahui bahawa mereka yang dikategorikan sebagai ahli bid’ah ini adalah mereka yang mengikut hawa nafsu mereka didalm perkara agama. Kesemua umat para Nabi yang disebut didalam Al-Quran, Allah SWT menyatakan, mereka melakukan bid’ah. Disebut juga dengan perkataan iftirak. Iftirak bermaksud mengubahsuai agama mengikut selera mereka. Hakikat iftirak adalah berdusta yang lahir dari ilham syaitan. Kemasukan ilham syaitan berpunca dari menuruti hawa nafsu.

إِنَّ ٱلَّذِينَ فَرَّقُواْ دِينَہُمۡ وَكَانُواْ شِيَعً۬ا لَّسۡتَ مِنۡہُمۡ فِى شَىۡءٍ‌ۚ إِنَّمَآ أَمۡرُهُمۡ إِلَى ٱللَّهِ ثُمَّ يُنَبِّئُہُم بِمَا كَانُواْ يَفۡعَلُونَ (١٥٩)1

Bahawasanya orang-orang yang mencerai-beraikan agama mereka (dengan perselisihan-perselisihan yang berdasarkan hawa nafsu) dan mereka menjadi berpuak-puak, tiadalah engkau terkait sedikitpun dalam (perbuatan) mereka. Sesungguhnya perkara mereka hanya terserah kepada Allah. Kemudian Dia akan menerangkan kepada mereka (pada hari kiamat kelak), apa yang telah mereka lakukan (dan membalasnya). (159). [Al-An’aam]

  • Ibnu Abbas RA mengatakan bahawa ayat ini ditujukan kepada Yahudi dan Nasoro yang telah berpecah-belah kerana menuruti selera ulamak-ulamak mereka. 
  • Abu Hurairah RA pula mengatakan bahawa ayat ini ditujukan kepada umat ini.
  • Abu Umamah Al-Bahili RA mengatakan, ia adalah kaum khawarij.

Daripada Umar RA, sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda kepada ‘Aisyah RA, “Wahai ‘Aisyah! Sesungguhnya orang-orang yang mencerai-beraikan ugama mereka (dengan perselisihan-perselisihan yang berdasarkan hawa nafsu), dan mereka menjadi berpuak-puak, mereka itu adalah ahli bid’ah dan orang mengikut hawa nafsu. Mereka itulah golongan yang sesat. Wahai ‘Aisyah! Mereka ini tidak akan bertaubat. Aku berlepas diri dari mereka dan mereka juga bebas daripada aku (mereka bukan umat aku)”

  فَأَقِمۡ وَجۡهَكَ لِلدِّينِ حَنِيفً۬ا‌ۚ فِطۡرَتَ ٱللَّهِ ٱلَّتِى فَطَرَ ٱلنَّاسَ عَلَيۡہَا‌ۚ لَا تَبۡدِيلَ لِخَلۡقِ ٱللَّهِ‌ۚ ذَٲلِكَ ٱلدِّينُ ٱلۡقَيِّمُ وَلَـٰكِنَّ أَڪۡثَرَ ٱلنَّاسِ لَا يَعۡلَمُونَ (٣٠)۞ مُنِيبِينَ إِلَيۡهِ وَٱتَّقُوهُ وَأَقِيمُواْ ٱلصَّلَوٰةَ وَلَا تَكُونُواْ مِنَ ٱلۡمُشۡرِڪِينَ (٣١) مِنَ ٱلَّذِينَ فَرَّقُواْ دِينَهُمۡ وَڪَانُواْ شِيَعً۬ا‌ۖ كُلُّ حِزۡبِۭ بِمَا لَدَيۡہِمۡ فَرِحُونَ (٣٢)1

(Setelah jelas kesesatan syirik itu) maka hadapkanlah dirimu (engkau dan pengikut-pengikutmu, wahai Muhammad) ke arah agama yang jauh dari kesesatan; (turutlah terus) agama Allah, iaitu agama yang Allah menciptakan manusia (dengan keadaan bersedia dari semulajadinya) untuk menerimanya; tidaklah patut ada sebarang perubahan pada ciptaan Allah itu; itulah agama yang betul lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui. (30) Hendaklah kamu (wahai Muhammad dan pengikut-pengikutmu) sentiasa rujuk kembali kepada Allah (dengan mengerjakan amal-amal bakti) serta bertakwalah kamu kepadaNya; dan kerjakanlah sembahyang dengan betul sempurna dan janganlah kamu menjadi dari mana-mana golongan orang musyrik. (31) Iaitu orang-orang yang menjadikan fahaman agama mereka berselisihan mengikut kecenderungan masing-masing serta mereka pula menjadi berpuak-puak; tiap-tiap puak bergembira dengan apa yang ada padanya (dari fahaman dan amalan yang terpesong itu). (32). [Ar-Rum]

وَلَا تَكُونُواْ كَٱلَّذِينَ تَفَرَّقُواْ وَٱخۡتَلَفُواْ مِنۢ بَعۡدِ مَا جَآءَهُمُ ٱلۡبَيِّنَـٰتُ‌ۚ وَأُوْلَـٰٓٮِٕكَ لَهُمۡ عَذَابٌ عَظِيمٌ۬ (١٠٥)1

Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah bercerai-berai dan berselisihan (dalam agama mereka) sesudah datang kepada mereka keterangan-keterangan yang jelas nyata (yang dibawa oleh Nabi-nabi Allah) dan mereka yang bersifat demikian, akan beroleh azab seksa yang besar. (105). [Ali Imron]

وَٱتۡلُ عَلَيۡهِمۡ نَبَأَ ٱلَّذِىٓ ءَاتَيۡنَـٰهُ ءَايَـٰتِنَا فَٱنسَلَخَ مِنۡهَا فَأَتۡبَعَهُ ٱلشَّيۡطَـٰنُ فَكَانَ مِنَ ٱلۡغَاوِينَ (١٧٥) وَلَوۡ شِئۡنَا لَرَفَعۡنَـٰهُ بِہَا وَلَـٰكِنَّهُ ۥۤ أَخۡلَدَ إِلَى ٱلۡأَرۡضِ وَٱتَّبَعَ هَوَٮٰهُ‌ۚ فَمَثَلُهُ ۥ كَمَثَلِ ٱلۡڪَلۡبِ إِن تَحۡمِلۡ عَلَيۡهِ يَلۡهَثۡ أَوۡ تَتۡرُڪۡهُ يَلۡهَث‌ۚ ذَّٲلِكَ مَثَلُ ٱلۡقَوۡمِ ٱلَّذِينَ كَذَّبُواْ بِـَٔايَـٰتِنَا‌ۚ فَٱقۡصُصِ ٱلۡقَصَصَ لَعَلَّهُمۡ يَتَفَكَّرُونَ (١٧٦)1

Dan bacakanlah kepada mereka (wahai Muhammad), khabar berita seorang yang kami beri kepadanya (pengetahuan mengenai) ayat-ayat (Kitab) Kami, kemudian dia menjadikan dirinya terkeluar dari mematuhinya, lalu dia diikuti oleh Syaitan (dengan godaannya), maka menjadilah dia dari orang-orang yang sesat. (175) Dan kalau Kami kehendaki nescaya Kami tinggikan pangkatnya dengan (sebab mengamalkan) ayat-ayat itu. Tetapi dia bermati-mati cenderung kepada dunia dan menurut hawa nafsunya; maka bandingannya adalah seperti anjing, jika engkau menghalaunya: Dia menghulurkan lidahnya termengah-mengah dan jika engkau membiarkannya: Dia juga menghulurkan lidahnya termengah-mengah. Demikianlah bandingan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami. Maka ceritakanlah kisah-kisah itu supaya mereka berfikir. (176). [Al-‘Araaf]

  • Keadaan anjing, apabila ia haus, ia akan menjelirkan lidahnya dan jika dalam keadaan biasa, ia akan tetap menjelirkan lidahnya kerana mahukan nikmat tambahan dari tuannya. Kedua-dua keadaan menunjukkan sifat terdesaknya kerana nafsu. Ia tidak akan pernah merasa puas dengan barang dunia yang didapatinya.
  • Kedua ayat diatas juga boleh ditafsirkan dengan hadis dibawah.

IMG_20130706_125414

Daripada Abu ‘Amir Abdullah bin Luhai, kami telah mengerjakan haji bersama Muawiyah bin Abu Sufyan RA. Apabila kami sampai di Mekah, dia telah bangkit berkhutbah selepas solat zuhur. Katanya, “Aku telah mendengar Rasulullah SAW telah bersabda bahawa sesungguhnya orang yahudi dan nasoro telah berpecah kepada 72 kumpulan. Sesungguhnya umat ini akan berpecah kepada 73 kumpulan (berdasarkan nafsu mereka). Kesemua mereka akan masuk neraka kecuali 1 kumpulan sahaja. Mereka intu adalah ‘Al-Jama’ah. Dan sesungguhnya akan lahir dari umatku banyak kumpulan yang akan diserapi oleh hawa nafsu didalam beragama sepertimana penyakit anjing gila menyerapi tuannya. Tiada satu bahagian pun akan tertinggal melainkan akan diserapi oleh kuman tersebut.” Muawiyah seterusnya menyambung, “Demi Allah! Wahai sekalian arab! Jika kamu semua tidak mahu menerima dan beramal dengan sunnah Nabi kamu, maka bangsa lain (yang beragama Islam) lebih patut tidak akan beramal dengan amalan sunnah Nabi SAW.”

  • Diantara sifat penyakit anjing gila adalah marah tidak menentu. Ia adalah fenomena taksub dan fanatik didalam beragama.
  • Imam Asy-Syatibi ada berkata, “Generasi terawal dari kalangan sahabat RA ada berkhilaf (berselisih pendapat) tetapi mereka tidak berpecah-belah. Ini adalah kerana mereka mengetahui bahawa khilaf mereka adalah didalam hal furu’ “. Sanbungnya lagi, “Apa juga masalah yang berlaku didalam islam, jika oa mewariskan kebencian, permusuhan dan pemutusan silaturrahim, maka ketahuilah bahawa perkara tersebut adalah berpunca dari hawa nafsu dan urusan agama yang mereka dakwakan itu, hakikatnya adalah bukan urusan agama.”
  • Ulasan saya (penulis kitab ini), “Umat islam tidak sepatutnya berkhilaf didalam perkara Usul kerana ia adalah wajib disepakati semua. Mereka juga mesti berlapang dada ketika berkhilaf didalam perkara furu’. Jika khilaf tersebut masih juga berlaku, ia berpunca dari kejahilan  kerana ikut nafsu. Kejahilan mengikut nafsu pula berpunca dari jahil kerana tiada ilmu. Hasilnya mereka tidak dapat membezakan yang manakah satu perkara usul dan yang mana  satukah perkara furu’.”

هُوَ ٱلَّذِىٓ أَنزَلَ عَلَيۡكَ ٱلۡكِتَـٰبَ مِنۡهُ ءَايَـٰتٌ۬ مُّحۡكَمَـٰتٌ هُنَّ أُمُّ ٱلۡكِتَـٰبِ وَأُخَرُ مُتَشَـٰبِهَـٰتٌ۬‌ۖ فَأَمَّا ٱلَّذِينَ فِى قُلُوبِهِمۡ زَيۡغٌ۬ فَيَتَّبِعُونَ مَا تَشَـٰبَهَ مِنۡهُ ٱبۡتِغَآءَ ٱلۡفِتۡنَةِ وَٱبۡتِغَآءَ تَأۡوِيلِهِۦ‌ۗ وَمَا يَعۡلَمُ تَأۡوِيلَهُ ۥۤ إِلَّا ٱللَّهُ‌ۗ وَٱلرَّٲسِخُونَ فِى ٱلۡعِلۡمِ يَقُولُونَ ءَامَنَّا بِهِۦ كُلٌّ۬ مِّنۡ عِندِ رَبِّنَا‌ۗ وَمَا يَذَّكَّرُ إِلَّآ أُوْلُواْ ٱلۡأَلۡبَـٰبِ (٧)1

Dialah yang menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab Suci Al-Quran. Sebahagian besar dari Al-Quran itu ialah ayat-ayat "Muhkamaat" (yang tetap, tegas dan nyata maknanya serta jelas maksudnya); ayat-ayat Muhkamaat itu ialah ibu (atau pokok) isi Al-Quran dan yang lain lagi ialah ayat-ayat "Mutasyaabihaat" (yang samar-samar, tidak terang maksudnya). Oleh sebab itu (timbullah faham yang berlainan menurut kandungan hati masing-masing) adapun orang-orang yang ada dalam hatinya kecenderungan ke arah kesesatan, maka mereka selalu menurut apa yang samar-samar dari Al-Quran untuk mencari fitnah dan mencari-cari Takwilnya (memutarkan maksudnya menurut yang disukainya). Padahal tidak ada yang mengetahui Takwilnya (tafsir maksudnya yang sebenar) melainkan Allah dan orang-orang yang tetap teguh serta mendalam pengetahuannya dalam ilmu-ilmu agama, berkata: Kami beriman kepadanya, semuanya itu datangnya dari sisi Tuhan kami dan tiadalah yang mengambil pelajaran dan peringatan melainkan orang-orang yang berakal. (7). [Ali Imron]

  • Hati yang condong adalah hati yang mengikut hawa nafsu.

يَوۡمَ يَقُولُ ٱلۡمُنَـٰفِقُونَ وَٱلۡمُنَـٰفِقَـٰتُ لِلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱنظُرُونَا نَقۡتَبِسۡ مِن نُّورِكُمۡ قِيلَ ٱرۡجِعُواْ وَرَآءَكُمۡ فَٱلۡتَمِسُواْ نُورً۬ا فَضُرِبَ بَيۡنَہُم بِسُورٍ۬ لَّهُ ۥ بَابُۢ بَاطِنُهُ ۥ فِيهِ ٱلرَّحۡمَةُ وَظَـٰهِرُهُ ۥ مِن قِبَلِهِ ٱلۡعَذَابُ (١٣) يُنَادُونَہُمۡ أَلَمۡ نَكُن مَّعَكُمۡ‌ۖ قَالُواْ بَلَىٰ وَلَـٰكِنَّكُمۡ فَتَنتُمۡ أَنفُسَكُمۡ وَتَرَبَّصۡتُمۡ وَٱرۡتَبۡتُمۡ وَغَرَّتۡكُمُ ٱلۡأَمَانِىُّ حَتَّىٰ جَآءَ أَمۡرُ ٱللَّهِ وَغَرَّكُم بِٱللَّهِ ٱلۡغَرُورُ (١٤)1

(Ingatlah) keadaan orang-orang munafik, lelaki dan perempuan (yang sedang meraba-raba dalam gelap-gelita pada hari kiamat), berkata kepada orang-orang yang beriman: Tunggulah kami, biarlah kami mengambil sedikit dari cahaya kamu. (Lalu) dikatakan (kepada mereka secara mengejek-ejek): Baliklah kamu ke belakang, kemudian carilah cahaya (di sana), serta diadakanlah di antara mereka (yang beriman dan yang munafik itu) sebuah tembok yang mempunyai pintu, di sebelah dalamnya mengandungi rahmat (Syurga dan nikmat) dan di sebelah luarnya, dari situ terdapat (Neraka) dan azab seksa. (13) (Pada saat itu) mereka (yang munafik) menyeru orang-orang yang beriman (sambil berkata): Bukankah kami bercampur gaul dengan kamu (di dunia dahulu)? Orang-orang yang beriman menjawab: Benar! Akan tetapi kamu telah membinasakan diri kamu (dengan perbuatan munafik) dan kamu telah menunggu-nunggu (kebinasaan umat Islam), dan kamu pula ragu-ragu (terhadap perkara-perkara agama) serta kamu diperdayakan oleh angan-angan kosong (untuk mencapai maksud kamu), sehinggalah datangnya (maut) yang ditetapkan oleh Allah (kepada kamu) dan (selain itu), kamu pula diperdayakan oleh bisikan Syaitan dengan (pengampunan) Allah (semata-mata dan melupakan azabNya). (14). [Al-Hadid]

  • Ciri orang munafik adalah mengikut hawa nafsu. Dengan nafsu tersebut, syaitan jin mengambil bahagiannya untuk menyesatkan mereka. Seterusnya mereka memandang baik perbuatan jahat mereka.
  • Cinta dunia adalah daripada menuruti hawa nafsu. Cinta dunia dan nafsu membuatkan pelakunya suka berangan kosong. Secara halusnya, ia akan ditimpa dengan penyakit ragu pada agama.

Habis point no. 8.

Semoga kawan-kawan memahami apa yang ingin disampaikan oleh penulis kitab. Kita bertemu lagi dengan point yang seterusnya. إن شاء الله

جزاك الله خيرا

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Justin Bieber, Gold Price in India