DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG

Segala puji bagi Tuhan Yang Menguasai Langit dan Bumi. Yang mengatur urusan makhluk. Selawat dan Salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Nabi dan Rasul Akhir Zaman dan juga kepada keluarga dan para sahabatnya dan pengikut-pengikutnya.

Selamat datang. Selamat membaca. Semoga terhibur.

Jazakallah Khairan Kathira.Assalamualaikum Wrt. Wbt

Isnin, April 11, 2011

Ada negara tembak perasuah kata Presiden Institut Integriti Malaysia (IIM)

Bismillah.
Assalamualaikum.

Memang menarik apa yang dikatakan oleh Presiden Institut Integriti Malaysia (IIM), DATUK MOHD. TAP terhadap perkembangan terkini kes penahanan kakitangan Jabatan Kastam dan Imigresen termasuk yang berpangkat tinggi serta bergelar Datuk kerana disyaki terlibat kes rasuah.

Cuba kita perhatikan kata-kata yang sememangnya bernas yang keluar dari minda beliau semasa di temu bual oleh wartawan Mingguan Malaysia NORAINI ABD. RAZAK.

Pertama:
Walau apa pun, saya berpendapat bahawa proses dan kaedah pengambilan kakitangan awam terutama untuk agensi penguatkuasaan dan perlesenan perlu dilihat kembali supaya mereka yang dipilih tidak ‘menyimpang’ kemudian hari kelak, jika ada peluang dan ruang. Warren Buffet pernah berkata: ‘‘When you want to hire people, look for three qualities - Integrity, Intelligence and Energy. And if he does not have the first one, the other two will kill you (the organisation).’’

Kedua:
Kita semua perlu beringat, saya selalu kata bahawa Nabi Muhamad SAW bersabda bahawa barang siapa yang telah diberi amanah dan tidak dilaksanakan amanah ini dengan baik, balasannya adalah di akhirat jua.

No1279

Dengan kata-kata itu sememangnya beliau layak menjawat jawatan Presiden Institut Integriti Malaysia (IIM). Betul?

Kami juga bersetuju dengan pendapat beliau bahawa penerima dan pemberi rasuah perlu dilayani seperti parasit masyarakat.

Dan kami berpendapat, parasit-parasit ini  semestinya disembur dengan racun pemusnah serangga atau yang seumpamanya. Dihapuskan terus hingga ke akar umbi.

Kami juga bersetuju dengan kata-kata beliau semasa menjawab soalan yang diutarakan “Ya, kerana rakyat sudah muak dengan penyelewengan, salahguna kuasa dan rasuah bukan sahaja di kalangan pegawai kastam atau imigresen tetapi semua pegawai awam, sektor korporat dan ahli-ahli politik. Mereka ini telah diamanahkan rakyat untuk melakukan yang terbaik untuk rakyat, tetapi mereka telah mematahkan harapan rakyat. Saya berharap jika sabit kesalahan, hukuman seberat-beratnya akan dikenakan kepada mereka, bukan sahaja kali ini tapi untuk mereka yang terbabit rasuah pada masa akan datang. Kita mesti ingat, ada negara yang menembak mereka yang disabitkan kesalahan makan rasuah. Rakyat telah terlalu muak dengan masalah ini. Terlalu banyak usaha kesedaran yang cuba ditanamkan oleh kerajaan. Sepatutnya tidak ada alasan lagi.”

Yang menjadi persoalannya adalah kenapa tidak ada tindakan yang seberat-beratnya dikenakan kepada ahli-ahli politik yang mengamalkan rasuah? Adakah  rasuah dikalangan ahli-ahli politik yang dijenamakan atau di rebranding sebagai “politik wang” bukan jenayah?  Adakah ahli-ahli politik terlepas dari undang-undang atau diatas undang-undang negara?

Sungguh menghairankan lagi mengajaibkan kerana ahli-ahli politik parasit (meminjam kata-kata Presiden IIM)  masih diberi penghormatan dan diangkat menjadi pemimpin negeri, ketua pemuda, pengerusi GLC dll.  Adakah mereka-mereka ini berintegriti tinggi?  

Adakah pada pandangan Presiden Institut Integriti Malaysia (IIM), DATUK MOHD. TAP politik wang bukan rasuah? Adakah Pengarah SPRM dan juga KPN mempunyai pandangan yang sama? Pemimpin tertinggi negara pun berpandangan begitu? Adakah mereka-mereka yang mengamalkan politik wang berintegriti tinggi? Biar betul!

Adakah kata-kata Warren Buffet ‘‘When you want to hire people, look for three qualities - Integrity, Intelligence and Energy. And if he does not have the first one, the other two will kill you (the organisation).’’ cuma kata-kata pemanis dan halwa telinga sahaja? Tidak diamalkan “walk the talk” atau “cakap serupa bikin”? Ini Susah O!

Cuba kita hayati surah Al-Baqarah ayat 44 yang bermaksud:
”Patutkah kamu menyuruh manusia supaya berbuat kebaikan sedang kamu lupa akan diri kamu sendiri; padahal kamu semua membaca Kitab Allah, tidakkah kamu berakal?”

Kami bersetuju sungguh dengan peringatan Presiden IIM iaitu “balasannya adalah di akhirat jua”.

Mereka-mereka yang terlibat dan terbabit sudah pasti akan ditanya dan disoal-siasat dihadapan Allah SWT. Tetapi adakah mereka-mereka sahaja? Adakah Presiden IIM, Pengerusi SPRM, KPN dan terutamanya pemimpin tertinggi negara yakin dengan seyakin-yakinnya bahawa mereka terlepas dari soal-siasat Allah SWT? Adakah kita semua terlepas dari siasatan itu?

Kenapa kita semua pun terbabit? Mudah sangat jawapannya, kerana kita sebagai rakyat, yang memberi mandat kepada mereka.

Cuba kita hayati surah Al-Maaidah ayat 62-63 yang bermaksud:
”Dan engkau lihat kebanyakan dari mereka berlumba-lumba pada melakukan dosa dan pencerobohan serta memakan yang haram. Demi sesungguhnya amatlah buruk apa yang mereka telah lakukan.
Alangkah baiknya kalau ketua-ketua ugama dan pendita-pendita mereka melarang mereka dari mengeluarkan perkataan-perkataan yang dusta dan dari memakan yang haram? Sesungguhnya amatlah buruk apa yang mereka telah kerjakan.”

Kita sebagai rakyat sememangnya mempunyai tugas berat, tugas berat  untuk memastikan mereka-mereka yang benar-benar beriman dan menjaga hak-hak Allah SWT diberi mandat untuk memerintah negara kita.

Fikir-fikirkanlah dengan tenang beban berat yang tergalas di bahu kita. Buatlah pilihan yang betul semoga kita semua diberikan Allah SWT kebaikkan di dunia dan terutamanya dikurniakan kebaikkan di akhirat.

Wassalam.

0 comments:

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Justin Bieber, Gold Price in India