Bismillah.
Assalamualaikum.
Semalam kami ke Kampong Tembuk ke rumah ibu mertua kami. Ada undangan ke majlis perkahwinan anak saudara wife.
Minta maaf le, diatas tu bukan gambar pengantin tapi gambar anak sedara kami. Kebetulan kedua-dua mereka ada semasa kami sampai. Sebelah kiri Syakir Danish dan kanan Hilda. Comel kedua-duanya. Kami ada buat posting kedua-duanya di blog ini dahulu.
Berbalik kepada cerita undangan tersebut. Ibu pengantin-pengantin (dua pasang pengantin) meminta bantuan adik ipar kami memasak tiga jenis lauk untuk makan beradap. Kat sebelah selatan (kalau tak silap) dinamakan makan berdamai. Kira bidan terjun punya kes le ni.
Kami sampai kat sana pukul 11.00 pagi, memang tengah sibuk sapa-sapa yang ada kat situ. Pukul 12.30 tengahari raja-raja sehari ini dijadualkan makan beradap.
Semua bahan-bahan mentah disediakan oleh pihak pengantin. Jom kita menikmati hidangan yang disediakan.
Hidangan pertama bebola sotong dan udang goreng (tak tau le style kebab atau skew). Hidangan kedua pula ikan siakap sweet sour. Terliur juga dibuatnya. Hmmm…..
Hidangan ketiga sayur campur. Ada juga pencuci mulut. Anak bujang kami pun jadi bidan terjun, tak tau le bidan lelaki terjun atau bidan terjun lelaki. Pencuci mulut tu hasil kerja tangan dia. Kami namakan ‘la bakul red white melon’. Mengancam!
Setiap satu hidangan itu disediakan kembar. Macam kami nyatakan ada dua pasangan pengantin.
Kami ramai-ramai mengangkut lauk-pauk dan pencuci mulut yang disediakan ke rumah pengantin. Macam menghantar rombongan pengantin pulak rasanya. Tak jauh pun rumah pengantin ni.
Minta maaf sekali lagi le, kami tak mengambil gambar kat rumah pengantin. Pengantin tak bersanding. Kami pun tak betul-betul kenal kedua-dua pasangan pengantin ni. Cuma kenal emak dan arwah bapa mereka sahaja.
Walau apa pun keadaannya, kami sekeluarga doakan semoga Allah SWT kurniakan kepada kedua-dua pasangan pengantin ini anak-anak yang soleh yang menjadi penyenang hati mereka. Dan semoga hubungan mereka berkekalan dunia dan akhirat.
So….. Ya Allah ya Tuhan kami, jadikanlah kami orang yang mendirikan solat dan begitu juga zuriat keturunan kami. Wahai Tuhan kami, berilah ampun bagi kami dan bagi kedua ibubapa kami dan bagi orang-orang yang beriman pada ketika berlakunya hitungan amal dan waktu pembalasan. Amin.
Wassalam.
0 comments:
Catat Ulasan