DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG

Segala puji bagi Tuhan Yang Menguasai Langit dan Bumi. Yang mengatur urusan makhluk. Selawat dan Salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Nabi dan Rasul Akhir Zaman dan juga kepada keluarga dan para sahabatnya dan pengikut-pengikutnya.

Selamat datang. Selamat membaca. Semoga terhibur.

Jazakallah Khairan Kathira.Assalamualaikum Wrt. Wbt

Jumaat, April 01, 2011

BBK 46. Abdul Aziz Bin Abdullah Bin Baz–Pelajaran Ketujuh Belas

Bismillah.
Assalamualaikum.

Selamat berpagi Jumaat, penghulu dan juga hari raya mingguan umat Islam. Hari ini masuk pelajaran ketujuh belas yang ingin dikongsikan dengan kawan-kawan.

Kita lihat dulu topik-topik terdahulu:

Pelajaran Pertama - Surah Al-Fatihah.
Pelajaran Kedua – Ma’na dan Syarat La Ilaha Illa Allah.
Pelajaran Ketiga – Rukun Iman.
Pelajaran Keempat – Pembagian Tauhid dan Syirik.
Pelajaran Kelima – Rukun Islam.
Pelajaran Keenam – Syarat2 Shalat.
Pelajaran Ketujuh – Rukun2 Shalat.
Pelajaran Kelapan – Kewajiban2 Shalat.
Pelajaran Kesembilan – Bacaan Tasyahud.
Pelajaran Kesepuluh – Sunnah2 Shalat.
Pelajaran Kesebelas – Hal2 Yang Membatalkan Shalat.
Pelajaran Keduabelas – Syarat2 Wudhu’.
Pelajaran Ketigabelas – Hal2 Yang Wajib dan Sunnah Dalam Wudhu’.
Pelajaran Keempatbelas – Hal2 Yang Membatalkan Wudhu’.
Pelajaran Kelimabelas – Akhlak Mulia.
Pelajaran Keenambelas – Adab2 Islamiyah.

Mari kita hayati pelajaran minggu ini.

No1280

Diantara bentuk-bentuk maksiat yang harus diwaspadai adalah:

1. Tujuh macam yang membinasakan, yaitu:
     - Berbuat syirik.
     - Melakukan sihir.
     - Membunuh jiwa yang diharamkan Allah, kecuali dengan kebenaran.
     - Memakan riba.
     - Memakan harta anak yatim.
     - Lari dari medan perang.
     - Menuduh (berbuat zina) wanita mu’minah yang suci.
2. Durhaka terhadap kedua orang tua.
3. Memutuskan hubungan silaturrahim dengan para kerabat.
4. Menjadi saksi palsu.
5. Mengucapkan sumpah dusta.
6. Mengganggu / menyakiti tetangga.
7. Berbuat zhalim terhadap sesama manusia, dalam hal darah, harta dan
    kehormatan / nama baik mereka.
8. Minum-minuman yang memabukkan.
9. Berjudi.
10. Ghibah / bergunjing (menyebutkan aib orang lain sedang ia tidak
     hadir).
11. Mengadu domba (menyebarkan permusuhan).

Dan dosa-dosa lainnya yang dilarang oleh Allah dan Rasul-Nya saw.

Itulah yang ingin disampaikan oleh Shaikh Yang Mulia Abdul Aziz Bin  Abdullah Bin Baz.

Kita perlu setiap waktu berhati-hati agar tidak terpedaya dengan bisikan-bisikan nafsu dan syaitan yang mengajak kita untuk melakukan perkara-perkara syirik dan maksiat.

Untuk itu senjata yang paling berkesan ialah dengan berdoa dan memohon kepada Allah SWT agar kita sekeluarga dan masyarakat Islam terpelihara dan terhindar dari perbuatan syirik dan maksiat.

Banyak doa-doa yang ada untuk kita memohon kepada Allah SWT seperti doa-doa memperteguh iman dan doa-doa memohon perlindungan. Bukan doa-doa itu sahaja tetapi banyak lagi doa-doa yang boleh kita amalkan dan bermenfaat kepada kita.

Berdoalah, kerana doa itu senjata yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada kita umat Nabi Muhammad SAW.

So….. semoga Allah SWT bukakan pintu hati kita sebagaimana orang-orang yang arif, dikurniakan kepada kita kefahaman nabi-nabi dan ilham para malaikat yang hampir dengan-Nya, semua itu dengan rahmat-Nya wahai Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Amin.

Wassalam.

0 comments:

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Justin Bieber, Gold Price in India