DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG

Segala puji bagi Tuhan Yang Menguasai Langit dan Bumi. Yang mengatur urusan makhluk. Selawat dan Salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Nabi dan Rasul Akhir Zaman dan juga kepada keluarga dan para sahabatnya dan pengikut-pengikutnya.

Selamat datang. Selamat membaca. Semoga terhibur.

Jazakallah Khairan Kathira.Assalamualaikum Wrt. Wbt

Jumaat, April 08, 2011

BBK 47. Abdul Aziz Bin Abdullah Bin Baz–Pelajaran Kelapan Belas (1/2)

Bismillah.
Assalamualaikum.

Salam Jumaat dari kami. Semoga berbahagia di hari raya mingguan dan penghulu hari.

Selama tujuhbelas Jumaat kami telah berkongsi penjelasan singkat tentang sebahagian hal-hal yang wajib diketahui oleh masyarakat umum tentang Islam yang dihasilkan oleh Syaikh Yang Mulia Abdul Aziz Bin Abdullah Bin Baz didalam buku kecil beliau yang berjudul “Beberapa Pelajaran Penting Untuk Segenap Ummat”.

Pada hari ini kami akan berkongsi pelajaran terakhir yang ada didalam buku tersebut.

Oleh kerana Pelajaran Kedelapan Belas ini sedikit panjang, maka kami akan membahagikannya kepada 2 bahagian.

Sebelum itu kita lihat dahulu topik-topik pelajaran terdahulu. Mari…..

Pelajaran Pertama - Surah Al-Fatihah.
Pelajaran Kedua – Ma’na dan Syarat La Ilaha Illa Allah.
Pelajaran Ketiga – Rukun Iman.
Pelajaran Keempat – Pembagian Tauhid dan Syirik.
Pelajaran Kelima – Rukun Islam.
Pelajaran Keenam – Syarat2 Shalat.
Pelajaran Ketujuh – Rukun2 Shalat.
Pelajaran Kelapan – Kewajiban2 Shalat.
Pelajaran Kesembilan – Bacaan Tasyahud.
Pelajaran Kesepuluh – Sunnah2 Shalat.
Pelajaran Kesebelas – Hal2 Yang Membatalkan Shalat.
Pelajaran Keduabelas – Syarat2 Wudhu’.
Pelajaran Ketigabelas – Hal2 Yang Wajib dan Sunnah Dalam Wudhu’.
Pelajaran Keempatbelas – Hal2 Yang Membatalkan Wudhu’.
Pelajaran Kelimabelas – Akhlak Mulia.
Pelajaran Keenambelas – Adab2 Islamiyah.
Pelajaran Ketujuhbelas – Waspada Terhadap Syirik Dan Maksiat.

No1141

Penjelasan tentang tata cara penyelenggaraan dan shalat jenazah sebagai berikut:

Pertama: Jika telah diyakini kematian seseorang, maka kedua matanya dipejamkan, kedua rahangnya dirapatkan.

Kedua: Wajib hukumnya memandikan mayit muslim, kecuali bila ia syahid, wafat di medan perang, maka ia tidak dimandikan dan tidak dishalati, lalu ia dimakamkan dengan pakaiannya. Kerana Nabi saw tidak memandikan dan tidak menshalati orang-orang yang wafat (syahid) pada perang Uhud.

Ketiga: Tata cara memandikan mayit:
1. Aurat mayit itu ditutup, kemudian ia ditinggikan (tempatnya).
2. Tekan perutnya dengan perlahan (agar kotorannya keluar).
3. Orang yang memandikan mayit hendaklah membalut telapak tangannya dengan sepotong kain atau sejenisnya, lalu mensucikan mayit itu dari najisnya.
4. Membasuh anggota wudhu’nya, sebagaimana ia wudhu’ untuk shalat.
5. Membasuh kepala dan janggutnya dengan air yang dicampur dengan daun bidara atau sejenisnya.
6. Membasuh bagian kanannya, lalu bagian kirinya. Ulangi basuhan itu dua sampai tiga kali. Pada setiap basuhan hendaklah menekan perutnya.
7. Bila najis yang keluar, maka hendaklah ditutup dengan peralatan kedokteran.
8. Setelah itu ulangi wudhu’nya.
9. Bila ia belum bersih dengan (dibasuh) tiga kali, ditambah lagi sampai lima kali, sampai tujuh kali, lalu badannya dikeringkan dengan kain/handuk.
10. Hendaklah ia diberi minyak wangi pada lipatan-lipatan tubuhnya, dan anggota sujudnya (anggota badan yang rapat di tempat sujud). Dan apabila seluruh badannya diberi wangi, maka hal itu lebih baik lagi.
11. Kain kafannya diasapi dengan asap kayu-kayu wangi.
12. Jika kumis dan kukunya panjang, hendaklah dipotong.
13. Jika mayit itu wanita, maka rambutnya diikat tiga dan dihulurkan kebelakang.

Keempat: (Tata cara) mengkafani mayit:
1. Yang terbaik pada kafan mayit pria adalah tiga lapis kain putih yang tidak terdiri dari kemeja dan sorban.
2. Jika ia dikafani dengan kemeja dan sarung, kemudian dibalut dengan kain sekali saja, maka hal itu boleh.
3. Jenazah wanita dikafani dengan lima kain: Pakaian, kerudung, sarung dan dibalut dengan kain dua lapis.
4. Jenazah anak-anak pria dikafani dengan satu lapis kain sampai tiga kain. Dan anak-anak wanita dikafani dengan satu pakaian, kemudian dua lapis kain.
5. Yang wajib pada kafan seluruh mayit adalah satu kain yang menutupi seluruh tubuhnya.
6. Jika mayit itu wafat dalam keadaan berihram (sedang memakai pakaian Ihram dalam ibadah Haji/Umrah), maka ia dimandikan dengan air dan daun bidara, lalu dikafani dengan kain Ihramnya, sarung dan selendangnya atau lainnya. Muka dan kepalanya tidak ditutup, tidak pula diberi minyak wangi. Karena ia akan dibangkitkan dalam ber-Talbiyah, sebagaimana yang telah dijelaskan oleh Rasulullah saw dalam hadith shahih.
7. Jika mayit itu wanita yang sedang Ihram, maka ia dikafani sebagaimana mayit wanita lainnya , tetapi ia tidak diberi minyak wangi dan tidak ditutup mukanya dengan cadar, tidak pula dipakaikan sarung tangan. Muka dan tangannya ditutup dengan kain kafan, sebagaimana kafan wanita lainnya, seperti penjelasan tata cara mengkafani mayit wanita diatas.

Bersambung pada Jumaat minggu hadapan…..

So….. semoga Allah SWT bukakan pintu hati kita sebagaimana orang-orang yang arif, dikurniakan kepada kita kefahaman nabi-nabi dan ilham para malaikat yang hampir dengan-Nya, semua itu dengan rahmat-Nya wahai Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Amin.

Wassalam.

0 comments:

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Justin Bieber, Gold Price in India