Bismillah.
Assalamualaikum.
Tiga keluarga yang kami kenali dan rapat silih berganti pergi menunaikan ibadah umrah dan ziarah.
Pertama Haji Nasseri dan Hajjah Salbiah dari Gemencheh. Sahabat semaktab semasa kami dan wife menunaikan ibadah haji tahun 2004/05 dulu.
Dah selamat kembali ke Malaysia pada 10/06/2011.
Yang kedua Haji Zulkifli dan Hajjah Samsiah dari Kampong Kelan 1, Slim River. Kami kenal sangat dengan mereka ini. Abang ipar dan kakak kami.
Mereka juga sama-sama menjadi tetamu Allah bersama kami pada tahun 2004/05. Berlainan maktab.
Mereka selamat kembali ke Malaysia pada hari Isnin, 13/6/2011.
Yang ketiga, Hajjah Rohaya atau lebih mesra dengan panggilan Mak Cik Ani. Isteri arwah pakcik kami.
Memang kami kenal rapat dengan beliau kerana kami pernah tinggal lebih kurang 5 tahun dengan keluarga beliau. Seronok tinggal dengan mereka.
Kami anggap Mak Cik Ani macam mak kami juga.
Flight Mak Cik Ani pukul 3.00 petang semalam, 15/06/2011. Kami doakan selamat pergi dan selamat kembali.
Kami sekeluarga mendoakan semoga Allah SWT mengurniakan ganjaran yang dijanjikan-Nya kepada mereka semua. Amin.
Memang gembira dan seronok bila mendapat peluang untuk menjadi tetamu Allah SWT. Satu macam perasaan yang kami tak boleh gambarkan dengan tepat. Sendiri kena mengalaminya.
So….. Ya Allah, sesungguhnya kami memohon syurga-Mu dan segala kenikmatannya, dan juga sesuatu yang dapat mendekatkan kepadanya, daripada pengucapan, perbuatan, amalan, niat dan iktikad. Dan kami berlindung dengan-Mu daripada neraka dan sesuatu yang boleh mendekatkan kepadanya, daripada pengucapan, perbuatan, amalan, niat dan iktikad. Amin.
Wassalam.
0 comments:
Catat Ulasan