DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG

Segala puji bagi Tuhan Yang Menguasai Langit dan Bumi. Yang mengatur urusan makhluk. Selawat dan Salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Nabi dan Rasul Akhir Zaman dan juga kepada keluarga dan para sahabatnya dan pengikut-pengikutnya.

Selamat datang. Selamat membaca. Semoga terhibur.

Jazakallah Khairan Kathira.Assalamualaikum Wrt. Wbt

Ahad, Jun 26, 2011

BSK 200. Mereka atau kita benar

Bismillah.
Assalamualaikum.

Apabila telah lama berada di satu tahap kita beranggapan apa saja yang kita lakukan adalah betul dan benar.

Kita tidak lagi membuat rujukan samada apa yang kita putuskan mengikut polisi dan prosedur yang dipersetujui.

Kita akan menganggap dan mempercayai pihak lain yang tidak benar dan melanggar polisi dan prosedur.

Kita sedaya upaya mempromosi kepada orang awam bahawa apa yang diputuskan adalah sebenar-benarnya betul dan tidak ada pihak lain yang lebih betul dan benar dari kiita.

Kita akan membuat promosi dan tuduhan bahawa pihak lain yang melanggar segalanya, polisi, prosedur dan lain-lain.

Kita sahaja yang baik, mengikut polisi dan prosedur. Kita tidak pernah melakukan perkara-perkara yang melanggar polisi dan prosedur itu.

Apa sahaja yang kita lakukan tidak pernah bercanggah dengan polisi dan prosedur, keputusan kita sentiasa konsistan dan tidak berubah-ubah.

'Larangan polis tak sah, langgar perlembagaan'

Hazlan Zakaria Jun 25, 11 1:23pm

Pakar perlembagaan Abdul Aziz Bari berpendapat tindakan pihak polis malarang perhimpunan BERSIH pada 9 Julai depan bukan sahaya tidak sah, malah melanggar perlembagaan.

"Mereka bertindak secara tidak sah apabila secara umum memaklumkan tidak akan mengeluarkan permit.

"Sebagai pihak berkuasa awam, mereka hanya boleh membuat keputusan apabila permohonan dibuat," kata pensyarah Universiti Islam Antarabangsa itu kepada Malaysiakini.

Abdul Aziz (kanan) menjelaskan, bawah perlembagaan, polis perlu menimbangkan setiap permohonan permit dan tidak patut membuat sebarang pertimbangan tidak wajar.

Beliau berhujah, polis membuat penghakiman awal berhubung perkara itu dan sekali gus menentang undang-undang.

Paling teruk apabila ia bertentangan dengan hak yang dijamin dalam perlembagaan.

Katanya, mengikut Perkara 10(1)(b) Perlembagaan Perskutuan, polis tiada sebarang hak melarang perhimpunan aman yang dijamin.

"Hatta mahkamah juga tidak boleh melakukannya," kata pensyarah undang-undang itu.
[MalaysiaKini]

Himpunan Bersih 2007anwar

Kes Datuk T: Majlis Peguam terkejut tayang video seks di mahkamah

Oleh Syed Mu’az Syed Putra June 25, 2011

KUALA LUMPUR, 25 Jun — Presiden Majlis Peguam Lim Chee Wee menegaskan Mahkamah Majistret tidak sepatutnya membenarkan tayangan semula rakaman video seks, yang pelakunya didakwa mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim, kerana trio Datuk T telah pun mengaku bersalah.

Ketika dihubungi The Malaysian Insider, Lim berkata tindakan mahkamah membenarkan tayangan rakaman video seks itu dalam perbicaraan pagi semalam adalah sesuatu “amat luar biasa.”

Ini kerana jelas beliau, sepatutnya sekiranya tertuduh mengaku bersalah mana-mana bahan bukti tidak perlu didedahkan.

“Tidak perlu buat macam itu sebab mereka sudah mengaku bersalah, saya hairan kenapa rakaman video seks itu disiarkan dalam mahkamah.

“Ini satu prosedur yang amat luar biasa, saya terkejut kenapa ia berlaku... kalau sudah mengaku bersalah sepatutnya tidak perlu (dedahkan bahan bukti),” kata beliau lagi.

Mengulas lanjut, jelas Lim, tindakan mahkamah itu juga tidak selari dengan prosedur biasa yang dilakukan dalam kes sedemikian.

“Dan, ini tidak selari dengan prosedur biasa, lagipun biasanya kalau mahu dedahkan bahan bukti ia dibuat ketika perbicaraan ketika pesalah tidak mengaku bersalah, sedangkan hari ini (semalam) mereka mengaku bersalah.

“Kalau kita ikut prosedur biasa, pesalah akan didakwa, kemudian hakim akan tanya sama ada mereka mengaku bersalah atau tidak dan jika mengaku bersalah hukuman akan terus dijatuhkan.

“Hukuman pula berdasarkan dengan kesalahan yang mereka lakukan, jadi tidak perlu untuk mahkamah bawa bahan bukti,” katanya.

Ditanya mengenai hukuman yang dikenakan terhadap Datuk T, Lim berkata, keputusan tersebut relevan dengan kesalahan yang dilakukan.

“Dalam kes ini, saya merasakan hukuman yang dikenakan kepada mereka bertiga relevan, tiada masalah dengan itu.

“Cuma tindakan yang menayangkan video seks itu yang jadi persoalan,” katanya.
[MalaysianInsider]

Laporan penuh: Kes Datuk T: Majlis Peguam terkejut tayang video seks di mahkamah

Well….. sebenarnya kita tidak mengakui bahawa kita dah lama hanyut. Hanyut dalam ego sendiri.

Kita ego dan sombong kerana semua berada dibelakang kita walaupun kita melakukan kezaliman.

Sampai bila kita akan berada ditahap kita ini?

Adakah kita yang menentukan dimana kita berada dimasa akan datang?

Kita tidak ada kuasa sebenarnya!

Fikir-fikirkan.

So….. Ya Allah, berilah kami petunjuk sebagaimana orang yang telah Engkau beri petunjuk. Berilah kami kesihatan sebagaimana orang yang telah Engkau beri kesihatan. Berilah kekuasaan kepada kami sebagaimana orang yang telah Engkau beri kekuasaan. Berilah keberkatan pada sesuatu yang telah Engkau berikan kepada kami. Jagalah kami dari keburukan sesuatu yang telah Engkau pasti. Sesungguhnya Engkau Zat yang menetapkan dan tiada seorang pun yang menentukan Engkau. Amin.

Wassalam.

0 comments:

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Justin Bieber, Gold Price in India