DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG

Segala puji bagi Tuhan Yang Menguasai Langit dan Bumi. Yang mengatur urusan makhluk. Selawat dan Salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Nabi dan Rasul Akhir Zaman dan juga kepada keluarga dan para sahabatnya dan pengikut-pengikutnya.

Selamat datang. Selamat membaca. Semoga terhibur.

Jazakallah Khairan Kathira.Assalamualaikum Wrt. Wbt

Sabtu, Jun 11, 2011

MCA di Persimpangan Dilema

Bismillah.
Assalamualaikum.

Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek mengatakan MCA kini berada di persimpangan.

Pictures4

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Chua Soi Lek

Chua: Perseimbangan Cina kini terumbang ambing

Andrew Ong and Lee Way Loon
Jun 9, 11
12:22pm

Sejak 50 tahun lalu, MCA menjadi tunjang utama yang memperjuangkan bahasa, ekonomi dan kepentingan politik masyarakat Cina di negara ini. Namun hari ini parti itu mendapati kedudukannya berada di persimpangan jalan.

Semua tanda-tanda menunjukkan masyarakat Cina tidak lagi mengalas harapan terhadap parti itu. Sebaliknya, selepas pilihan raya negeri Sarawak, sokongan mereka kini ke arah Pakatan Rakyat, khususnya DAP.

Dalam satu wawancara eksklusif dengan Malaysiakini, presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata beliau percaya masyarakat Cina telah lama mengamalkan sikap pragmatik apabila mengundi, khususnya dengan melantik campuran kedua-dua pihak sebagai perwakilan di Dewan Rakyat.

Tetapi sejak akhir-akhir ini, keseimbangan itu telah menjadi huru-hara dan terumbang-ambing.

"Orang Cina adalah masyarakat yang strategik. Mereka mahu seseorang dalam kerajaan bagi meluahkan rasa kecewa mereka, (tetapi) pada masa yang sama, mereka juga inginkan pembangkang yang kuat bagi (mengimbangi) kerajaan.

"Tetapi ada kalanya, apabila mereka cuba melakukan perimbangan ini, ia menjadi huru-hara,” kata Chua yang telah berpengalaman selama 35 tahun dalam politik.

Jelasnya, jauh tersirat, masyarakat Cina masih mahu mereka diwakili dalam kerajaan BN tetapi kerana gagal menyelaraskan sesama diri sendiri, ia berakhir dengan lebih ramai perwakilan di pihak pembangkang.

"Jadi dalam hati, mereka kata 'Oh, saya mahu supaya pembangkang lebih kuat'. Tetapi akhirnya semua mereka mengundi pembangkang (sehingga menyebabkan) tiada wakil di pihak kerajaan,” kata Chua.

Ketika pilihan raya umum 2008, MCA hanya memenangi 15 daripada 40 kerusi parlimen yang ditandinginya atas tiket BN manakala bagi kerusi dewan undangan negeri pula, mereka hanya berjaya mendapatkan 32 daripada 90 kerusi. Sebahagian besar kerusi-kersi itu dimenang oleh seteru politiknya, DAP.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Pictures5

Persimpangan atau noktah? Itu persoalannya!

Generasi sekarang tidak mencari ‘perseimbangan’ seperti yang dikatakan oleh presiden MCA itu.

Generasi dahulu memilih pemimpin yang berwibawa untuk membangunkan negara, generasi sekarang mencari pemimpin yang boleh dipercayai, telus dan mementingkan rakyat.

Pemimpin dahulu bekerja keras untuk memajukan negara, pemimpin sekarang bekerja keras untuk memajukan diri, keluarga dan kroni.

Samada MCA dipersimpangan atau berada diakhir garisan….. kita rakyat Malaysia yang menentukan.

Bukan kata putus orang Cina sahaja, tetapi rakyat berbangsa lain pun ada hak dalam perkara itu.

Itu senario 1Malaysia sekarang ini.

Wassalam.

0 comments:

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Justin Bieber, Gold Price in India