DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG

Segala puji bagi Tuhan Yang Menguasai Langit dan Bumi. Yang mengatur urusan makhluk. Selawat dan Salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Nabi dan Rasul Akhir Zaman dan juga kepada keluarga dan para sahabatnya dan pengikut-pengikutnya.

Selamat datang. Selamat membaca. Semoga terhibur.

Jazakallah Khairan Kathira.Assalamualaikum Wrt. Wbt

Rabu, Jun 15, 2011

BSK 195. Israel kecurian 8 enjin dari jet pejuang F-15 dan F-16

Bismillah.
Assalamualaikum.

Laporan di Berita Harian mengenai kehilangan enjin jet pejuang Israel…..

F-16

============================================================================

Israel siasat kes kecurian enjin pesawat

2011/06/14

TEL AVIV: Polis tentera Israel semalam membuka siasatan terhadap kehilangan bahagian pesawat, kata jurucakap tanpa mengesahkan laporan media mengenai kecurian lapan enjin jet pejuang.

“Polis tentera membuka siasatan terhadap perkara itu,” katanya memberitahu AFP tanpa memberi sebarang maklumat atau mengesahkan laporan kecurian dari pangkalan udara Tel Nof dekat Tel Aviv.

Pegawai tentera udara yang dipetik akhbar Maariv berkata bahagian yang dicuri adalah lapan enjin dari jet pejuang F-15 dan F-16 dari pangkalan udara Tel Nof.

Mereka berkata ia tidak jelas bagaimana kecurian berlaku tetapi bahagian yang dicuri itu tidak lagi boleh digunakan dan kemungkinan dicuri kerana nilainya sebagai besi terpakai, kata akhbar itu.

Penyiasatan yang dipetik akhbar itu berkata setiap enjin dengan berat beberapa tan dan cara dibawa keluar hanyalah menggunakan trak yang besar dan mencetuskan spekulasi pencuri mendapat bantuan orang dalam pangkalan itu.

Pegawai tentera yang dipetik akhbar HaYom menjelaskan perbuatan itu sebagai sangat serius. – AFP

============================================================================

Sedikit masa dulu Malaysia pernah digemparkan dengan kehilangan dua enjin pesawat pemintas F-5E.

Adakah kaedah yang sama digunapakai di Israel dimana enjin-enjin tersebut dirembat sewaktu penghantaran ke destinasi tentera?

Adakah kecurian tersebut dilakukan oleh kumpulan bawahan, cukup terancang dengan (bantuan) pihak luar?

Adakah enjin-enjin jet pejuang Israel itu sekarang berada di negara yang sama seperti enjin pesawat Malaysia?

Kejadian di Israel lebih canggih kerana dilaporkan lapan enjin dari jet pejuang F-15 dan F-16 yang dikebas berbanding dua enjin dari pesawat pemintas F-5E di Malaysia.

1Persamaan = 1Kebetulan = 1Kemungkinan.

Wallahualam.

So….. Ya Allah ya Tuhan kami, janganlah Engkau memesongkan kami sesudah Engkau memberi pertunjuk kepada kami, dan sesungguhnya Engkau jualah Tuhan yang melimpah-limpah pemberian-Nya. Amin.

Wassalam.

0 comments:

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Justin Bieber, Gold Price in India