Bismillah.
Assalamualaikum.
Hari ini kami akan berkongsi segmen terakhir iaitu Segmen Keenam. Mari kita lihat tips yang ingin disampaikan…..
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Jika Anda Diperhatikan?
Penjenayah akan menggunakan pelbagai cara untuk melakukan kecurian dan rompakan. Di antara yang biasa dilakukan ialah:
DIPERHATIKAN / KECURIAN
GANGGUAN 1
Mengotorkan pakaian anda dan menawarkan untuk membersihkannya.
Cuba menarik perhatian anda misalnya menjatuhkan sesuatu untuk menarik perhatian dan akan mengambil peluang mengambil wang anda.
GANGGUAN 2
Penjenayah berkemungkinan memerhati dan cuba mempengaruhi anda dengan mendakwa anda mencuri wang mereka. Sesetengah penjenayah biasanya mempunyai kawan di kawasan itu dan berpura-pura mempertahankan saksi.
GANGGUAN 3
Jika anda memandu salah satu helah yang digunakan penjenayah ialah mengumpan anda untuk keluar daripada kenderaan dengan memancitkan tayar atau kemalangan kecil. Penjenayah biasanya berdua akan mengambil peluang mengambil wang di dalam kenderaan semasa anda sibuk menukar tayar atau bersembang dengan salah seorang penjenayah semasa menunggu bantuan.
LANGKAH-LANGKAH YANG PERLU DIAMBIL
- Memberitahu pengawal keselamatan jika melihat orang yang tidak dikenali cuba untuk menarik perhatian dengan menumpahkan bahan seperti sos, mustard, aiskrim dan sebagainya ke atas pakaian anda atau menjatuhkan wang ke lantai. Orang yang tidak dikenali ini berkemungkinan seorang pencuri yang cuba mengambil kesempatan. Anda perlu menolak jika orang itu ingin membersihkan kotoran itu.
- Hendaklah peka apabila dihampiri oleh seseorang yang ingin mempengaruhi anda. Mereka mungkin cuba untuk menipu dengan meragut secara tiba-tiba.
- Kunci pintu dan tingkap sepanjang memandu. Jika ada sebarang masalah teknikal, pastikan wang di tempat yang selamat sebelum keluar daripada kenderaan.
DIRAGUT / DIROMPAK
- Pastikan tempat pengeluaran wang terdapat lebih daripada seorang semasa kamu ingin membuat pengeluaran yang banyak.
- Pastikan anda berteman sekiranya anda membuat pengeluaran yang banyak.
- Semasa menghampiri dan meninggalkan tempat pengeluaran wang, hendaklah peka jika terdapat ada orang yang sedang memerhati gerak geri anda.
- Mengubah laluan ke tempat pengeluaran wang dari masa ke semasa.
- Jika anda berjalan menggunakan kenderaan sendiri cuba gunakan kenderaan berbeza jika memerlukan.
- Jangan berhenti di sebarang tempat sepanjang perjalanan.
- Jangan mengira jumlah wang yang banyak di kawasan awam.
- Jangan cuba untuk menarik perhatian orang lain semasa membawa wang yang banyak.
APA YANG PERLU DIBUAT JIKA MENJADI MANGSA
- Bertenang. Jangan melawan jika penjenayah bersenjata.
- Catatkan gambaran tentang penjenayah seperti raut wajah, pakaian, tingkah laku, penggerakan dan lain-lain bentuk fizikalnya. Ini akan menolong polis untuk mengenal pasti identiti penjenayah pada masa akan datang.
- Ambil catitan arahan penjenayah untuk keselamatan. Jika menggunakan kenderaan catatkan nombor pendaftaran dan warna kenderaan.
- Menghubungi polis pada talian 999 atau pergi ke Balai Polis berdekatan dengan segera.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Begitulah segmen terakhir yang ingin kami kongsi dengan kawan-kawan. Boleh kita jadikan panduan untuk keselamatan kita dan keluarga kita.
Kawan-kawan perlu juga ambil perhatian bahawa tips-tips yang telah kami kongsi dari Segmen 1 hingga Segmen 6 dibaca oleh semua. Bermacam-macam niat yang dipasang oleh mereka-mereka yang membacanya.
Sentiasa awas dan berhati-hati.
Seperti yang kami sering katakan, mantapkan lagi persediaan keselamatan kita dengan mengamalkan zikir-zikir dan doa-doa agar kita sentiasa dibawah perlindungan Allah SWT.
Berkaitan:
Segmen 1 - Mencegah Curi Kenderaan
Segmen 2 - Pecah Rumah
Segmen 3 – Ragut
Segmen 4 – Rogol
Segmen 5 – Buli
Wassalam.
0 comments:
Catat Ulasan