DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG

Segala puji bagi Tuhan Yang Menguasai Langit dan Bumi. Yang mengatur urusan makhluk. Selawat dan Salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Nabi dan Rasul Akhir Zaman dan juga kepada keluarga dan para sahabatnya dan pengikut-pengikutnya.

Selamat datang. Selamat membaca. Semoga terhibur.

Jazakallah Khairan Kathira.Assalamualaikum Wrt. Wbt

Jumaat, Jun 17, 2011

BSK 197. Murtad atau tidak sah masuk Islam

Bismillah.
Assalamualaikum.

Boleh bengap juga bila membaca 135 kes permohonan murtad diluluskan oleh Mahkamah Syariah sepanjang 2000-2010.

Lebih merunsingkan isu itu berbangkit berdasarkan jawapan menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir yang menjawab pertanyaan lisan anggota parlimen Bakri Er Teck Hwa di parlimen kelmarin.

Wakil rakyat Cina yang membuat pertanyaan tu!

yyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyy 

Murtad: 2 versi penjelasan menteri

Jun 16, 11 11:16am

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom menafikan laporan portal berita mengenai 135 kes permohonan murtad diluluskan bagi tempoh 2000 hingga 2010.

Khir BaharomBeliau menegaskan bahawa sehingga kini belum ada satu pun kes murtad yang diluluskan oleh Mahkamah Syariah, lapor Bernama.

Jamil Khir menjelaskan 135 kes itu dipohon di bawah murtad tetapi setelah diteliti oleh Mahkamah Syariah mereka didapati tidak sah masuk Islam, sekali gus tidak timbul soal (mereka) murtad.

"Timbul kekeliruan di sini, contohnya seseorang itu memohon untuk kedudukannya sebagai Islam, tetapi kemudian mahu kembali ke agama asalnya, setelah disiasat, mahkamah mendapati dia bukan Islam, jadi tidak timbul soal murtad.

"Sama juga untuk pasangan berkahwin yang hendak daftar untuk perceraian, tetapi mahkamah mendapati mereka berkahwin secara tidak sah di Thailand kerana tiada saksi dan wali, jadi tidak timbul soal perceraian," katanya kepada Bernama pada Rabu.

Malaysiakini kelmarin melaporkan jumlah permohonan untuk murtad adalah 686 manakala permohonan yang diluluskan adalah 135 orang.

Jawapan di parlimen

Laporan itu dibuat berdasarkan jawapan Jamil Khir yang menjawab pertanyaan lisan anggota parlimen Bakri Er Teck Hwa di parlimen kelmarin.

Data murtadSoalan itu berbunyi: "Tuan Er Hwa [Bakri] minta perdana menteri menyatakan jumlah permohonan murtad bagi penganut Islam dan berapakah permohonan yang diluluskan mengikut negeri dari tahun 2000 - 2010 serta tindakan Jabatan Agama Islam untuk menangangi gejala murtad."

Sementara jawapan Jamil Khir pula berbunyi: "Permohonan menukar status agama oleh orang Islam di Mahkamah Syariah dari tahun 2000 hingga 2010 adalah berjumlah 863 kes. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 168 kes telah diluluskan."

Jamil Khir juga memberikan statistik lengkap yang menyatakan jumlah permohonan dan kelulusan mengikut negeri.

Bagaimanapun perangkaan yang dibekalkan kepada Dewan Rakyat itu tidak selaras dengan jumlah yang dikira.

Mengikut kiraan Malaysiakini, jumlah permohonan untuk murtad adalah 686 manakala permohonan yang diluluskan pula adalah 135 orang.
[Sumber: MalaysiaKini]

[JAWAPAN DAN SOALAN BERTULIS]

Berkaitan:
Mufti: Ramai mualaf yang pohon murtad

yyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyy 

Warga Negeri Sembilan sila ambil perhatian kerana menurut statistik diatas negeri kita naib johan keseluruhan dan kita jauh dihadapan bagi negeri-negeri di Semenanjung.

Ini bukan kejohanan Sukma. Pihak berwajib perlu peka dengan angka tersebut. Begitu juga kita sebagai warga negeri.

Berbalik kepada kenyataan menteri di JPM.

Jika diteliti jawapan yang diberi oleh menteri berkenaan, 135 kes permohonan murtad yang “diluluskan” bukan “murtad” tetapi mereka-mereka yang memohon didapati “tidak sah masuk Islam”.

Setiap negeri mempunyai jabatan agama tersendiri. Adakah mereka-mereka yang berhasrat untuk memeluk Islam tidak perlu berurusan dengan  mana-mana jabatan agama?

Jawapannya semesti “tidak”. Keperluan berurusan dengan jabatan agama berkenaan adalah penting.

Semestinya jabatan agama ada menyimpan data-data peribadi saudara-saudara baru kita.

Bila memeluk Islam, saksi dan sebagainya.

Murtad atau tidak sah masuk Islam?

Jawapan yang diberikan oleh menteri berkenaan amat membimbangkan.

So….. Ya Allah, ya Tuhan kami, janganlah kiranya Engkau pesongkan iman kami sesudah Engkau kurniakan kepada kami petunjuk. Anugerahkanlah kami rahmat kerana sesungguhnya Engkau Maha Pengurnia. Amin.

Wassalam.

0 comments:

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Justin Bieber, Gold Price in India