DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG

Segala puji bagi Tuhan Yang Menguasai Langit dan Bumi. Yang mengatur urusan makhluk. Selawat dan Salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Nabi dan Rasul Akhir Zaman dan juga kepada keluarga dan para sahabatnya dan pengikut-pengikutnya.

Selamat datang. Selamat membaca. Semoga terhibur.

Jazakallah Khairan Kathira.Assalamualaikum Wrt. Wbt

Jumaat, Februari 11, 2011

BBK 39. Abdul Aziz Bin Abdullah Bin Baz–Pelajaran Kesepuluh

Bismillah.

Assalamualaikum.

Sudah sampai ke Pelajaran Kesepuluh kita hari ini. Sebelum itu kita lihat tajuk-tajuk pelajaran yang telah ‘complete’. Jom…..

Pelajaran Pertama - Surah Al-Fatihah.
Pelajaran Kedua – Ma’na dan Syarat La Ilaha Illa Allah.
Pelajaran Ketiga – Rukun Iman.
Pelajaran Keempat – Pembagian Tauhid dan Syirik.
Pelajaran Kelima – Rukun Islam.
Pelajaran Keenam – Syarat-syarat Shalat.
Pelajaran Ketujuh – Rukun-rukun Shalat.
Pelajaran Kelapan – Kewajiban-kewajiban Shalat.
Pelajaran Kesembilan – Bacaan Tasyahud.

Pel 10

Sunah-sunah shalat antara lain:
1. Istiftah (membaca bacaan istiftah setelah Takbiratul-Ihram, sebelum membaca Al-Fatihah).
2. Bersedekap, meletakkan telapak tangan kanan diatas tangan kiri, diatas dada, pada saat berdiri sebelum ruku’ dan setelahnya.
3. Mengangkat kedua tangan dengan merapatkan jari-jari, tangan terbuka sepadan dengan kedua pundak, atau kedua telinga, pada saat Takbir Pertama, pada saat ruku’, pada saat bangkit dari ruku’ dan pada saat berdiri dari Tasyahud Awal ke raka’at ketiga.
4. Membaca Tasbih (bacaan) ruku’ dan sujud, lebih dari satu kali.
5. Membaca do’a memohon maghfirah (ampunan) lebih dari satu kali, pada saat duduk antara dua sujud.
6. Mengupayakan agar kepala lurus dengan punggung, pada saat ruku’.
7. Pada saat sujud kedua lengan berjauhan dari kedua pinggang dan perut (berjauhan) dari kedua peha.
8. Pada saat sujud mengangkat kedua hasta/siku dari tempat sujud.
9. Duduk diatas telapak kaki kiri (yang dibaringkan), dan menegakkan telapak kaki kanan pada Tasyahud Awal dan ketika duduk antara dua sujud.
10. Duduk Tawarruk pada Tasyahud Akhir (dengan cara duduk diatas pinggul dan meletakkan kaki kiri dibawah kaki kanan serta menegakkan telapak kaki kanan).
11. Menegakkan telapak kaki kanan dikala duduk.
12. Membaca Shalawat dan Tabrik (do’a mohon berkah) untuk Nabi Muhammad dan keluarga beliau, untuk Nabi Ibrahim dan keluarga beliau, pada saat Tasyahud Awal.
13. Membaca do’a pada Tasyahud Akhir.
14. Membaca dengan jahar (mengeraskan suara) pada shalat Fajr, shalat Jum’at, shalat Iedain (Iedul Fitri dan Iedul Adha), shalat Istisqa’ (minta hujan) dan pada dua raka’at pertama dari shalat Maghrib dan Isya.
15. Membaca dengan sirr (tidak mengeraskan suara) pada shalat Zhuhur, Ashar, pada raka’at ketiga dalam shalat Maghrib dan pada dua raka’at terakhir dalam shalat Isya.
16. Membaca (ayat-ayat) Al-Qur’an setelah (membaca) surah Al-Fatihah.

Perlu diperhatikan sunnah-sunnah shalat yang diriwayatkan (dari Rasulullah saw) selain yang telah kami sebutkan diatas. Seperti: Membaca bacaan lanjutan dari bacaan “Rabbanaa walakalhamd” pada saat bangkit dari ruku’, (yakni) bagi imam, ma’mum dan munfarid. (Bacaan lanjutan tersebut) adalah sunnah. Termasuk pula (sunnah shalat) adalah meletakkan kedua telapak tangan pada kedua lutut dengan merenggakan jari-jari tangan pada saat ruku’.

Itulah pelajaran kesepuluh yang ingin disampaikan oleh Syaikh yang mulia itu.

********************************************************************************

Disini kita diajarkan sunat-sunat dalam solat terbahagi kepada dua bahagian:

1. Sunat Ab’adh
2. Sunat Hai’ah

Sunat-sunat  Ab’adh (sunat yang dituntut dan jika sengaja ditinggalkan perlu mengerjakan sujud Sahwi) seperti dibawah:
1. Membaca qunut dalam solat subuh.
2. Berdiri untuk membaca qunut selepas bangkit dari ruku’.
3. Membaca selawat dan salam kepada Nabi dan keluarga Nabi serta sahabat-sahabatnya dalam qunut.
4. Membaca tahiyat awal.
5. Duduk semasa membaca tahiyat awal.
6. Membaca selawat keatas Nabi Muhammad dalam tasyahud awal.
7. Membaca selawat kepada keluarga Nabi Muhammad dalam tasyahud akhir.

Sunat-sunat Hai’ah (sunat yang menyempurnakan keadaan solat dan jika tidak dilakukan tidak perlu mengerjakan sujud sahwi) antaranya seperti berikut:
1. Mengangkat tangan ketika Takbiratul Ihram.
2. Meletakkan genggaman tangan di bawah dada, dengan tangan kanan menggenggam pergelangan tangan kiri.
3. Membaca doa iftitah.
4. Membaca “Auzubillah hi minash Syaithaanir rajim” sebelum membaca surah Al-Fatihah pada tiap-tiap rakaat.
5. Menyaringkan suara ketika menbaca surah Al-Fatihah dan juga bacaan surah dalam rakaat pertama dan kedua ketika solat Maghrib. Isya’ dan Subuh. Makmum tidak disunatkan menguatkan suara bagi solat berjemaah.
6. Menyebut lafaz “Amin” (bersama imam) selepas imam membaca Al-Fatihah.
7. Membaca surah-surah Al-Quran selepas bacaan Al-Fatihah pada rakaat pertama dan kedua.
8. Menyebut takbir “Allahu Akbar” (ketika berpindah rukun) iaitu ketika hendak ruku’, sujud, bangun dari sujud dan bangun dari tasyahud awal untuk berdiri. Takbir berpindah rukun ini dinamakan takbir ‘Intiqalat.
9. Mengangkat tangan ketika (hendak) ruku’ dan bangun dari ruku’(I’tidal).
10. Membaca tasbih “subhana rabbi al-azimi wa bihamdih” ketika ruku’. 
11. Membaca tasbih “sami'allahu liman hamidah” ketika bangun dari ruku’.
12. Membaca tasbih “rabbana lakal hamd” setelah berdiri betul selepas bangun dari ruku’. 
13.  Membaca tasbih “subhana rabbial - 'ala wa bihamdih” ketika sujud.
14. Membaca doa “Rabbighfirli warhamni wajburni warfa'kni warzuqni wahdini wa'afini wa'kfu 'anni” ketika duduk antara dua sujud.
15. Meletakkan tangan diatas peha dengan hujung jari setentang dengan kepala lutut.
16. Menggerakkan jari telunjuk (di tangan kanan) ketika menyebut “ ashhadu an la ilaha illa Allah”.
17. Duduk istirahah sesudah sujud.
18. Duduk Iftirash ketika membaca tasyahud awal.
19. Duduk tawarruk bagi tasyahud akhir.
20. Membaca selawat Ibrahimiah.
21. Membaca doa selepas tasyahud akhir.
22. Memberi salam yang kedua.
23. Berpaling ke kanan dan ke kiri ketika memberi salam.

Semoga kita mendapat faedah dari pelajaran-pelajaran yang diberikan, insya’allah.

So….. semoga Allah SWT bukakan pintu hati kita sebagaimana orang-orang yang arif, dikurniakan kepada kita kefahaman nabi-nabi dan ilham para malaikat yang hampir dengan-Nya, semua itu dengan rahmat-Nya wahai Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Amin.

Wassalam.

0 comments:

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Justin Bieber, Gold Price in India