Bismillah.
Assalamualaikum.
Kami terbaca dua berita menarik di Berita Harian semalam. Mari kita baca cerita pertama. Zass…..
Chef bogel tarik minat lelaki ke dapur
2011/02/09
HONG KONG: Sebuah saluran dewasa di sini dijangka mengeluarkan rancangan memasak diterajui seorang pengacara bogel yang akan menyiapkan masakan Kantonis sambil memakai apron jarang, satu cubaan untuk menggalakkan lebih ramai lelaki memasak.
Pengacara Flora Cheung akan memulakan setiap 30 minit rancangan membeli-belah barangan basah di pasar basah terkenal ibu kota ini, membuka pakaiannya sebaik saja kembali ke studio persendiriannya, lapor akhbar South China Morning Post.
Cheung yang mengakui tidak pernah bekerja di restoran, berkata beliau berharap rancangan berunsur seks itu akan menarik lebih ramai lelaki ke dapur. Episod pertama dijangka disiarkan lewat bulan ini.
“Saya gemar memasak dan ingin berkongsi keseronokan itu dengan ramai orang,” katanya. – AFP
Tak dapat kami nak komen. Terpulang kepada kawan-kawan untuk menilainya.
Hak peribadi? Hendak popular? Nak rating tinggi? Fikir-fikirkan sendiri.
Lapuran kedua juga tidak kurang menariknya. Taraa…..
Bahaya Kentut di Malawi
2011/02/09
LILONGWE: Ahli Parlimen Malawi dilaporkan akan membahaskan undang-undang baru menetapkan perbuatan kentut di khalayak ramai sebagai satu kesalahan, minggu depan.
Parti Progresif Demokratik (DPP) yang memerintah, berharap untuk meminda undang-undang anti pencemaran merujuk kepada perbuatan itu yang diperkenalkan pada 1929, untuk dikuatkuasakan atau tidak.
Undang-undang itu menerangkan: “Sesiapa yang mencemarkan suasana di mana-mana tempat hingga orang yang tinggal berdekatan atau lalu dekat situ terhidu bau busuk, adalah bersalah kerana salah laku.”
Menteri Kehakiman dan Perlembagaan, George Chaponda memberitahu radio Capital: “Kerajaan berhak menjamin peraturan awam. Kami berhak memperkenalkan undang-undang untuk kebaikan awam. – Agenasi
Susah jugak dibuatnya.
Jika di sesetengah negara, berbogel itu pilihan sendiri.
Tetapi buang angin ni, tak boleh nak tahan. Memang semua orang buang angin atau gas ni. Sesetengah orang kalau ditahan, boleh pening kepala. Jadi angin seluruh badan. Naik angin dibuatnya.
Cuma bezanya angin atau gas ini, ada tak berbau, ada yang berbau. Tetapi yang pasti tak ada yang wangi.
Jika undang-undang itu diluluskan camno jadi keadaan di Malawi?
Gabus menjadi popular? Setiap rakyat membawa sebotol winyak wangi? Dibuka stesen untuk kemudahan orang buang angin atau gas? Dibuka sekolah untuk mengajar rakyat cara-cara mengawal kentut?
Kentut berjadual? Hahaha….. sewel ke?
Itu le dua berita yang kami nak share dengan kawan-kawan.
Yang pertama menggadaikan harga diri. Yang kedua, hendak menyekat perkara semulajadi.
Dunia! Fikir-fikirkanlah wahai kawan-kawan yang budiman.
So….. Ya Allah ya Tuhan kami, curahkanlah hidayah-Mu kepada kami untuk melaksanakan amal perbuatan serta perilaku yang baik. Tidak ada yang memberi petunjuk untuk melaksanakan perbuatan serta perilaku yang baik kecuali Engkau. Dan jauhkanlah buruknya perilaku dan perbuatan dari kami, dan tidak ada yang dapat menjauhkan kami darinya, kecuali Engkau. Amin.
Wassalam.
0 comments:
Catat Ulasan