Bismillah.
Assalamualaikum.
Ada lapuran yang melapurkan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bersetuju dengan cadangan supaya tempoh perkhidmatan seseorang Perdana Menteri dihadkan kepada lapan tahun.
Sememangnya Itu adalah satu cadangan yang baik dan bernas. Begitu pun ianya tetap mempunyai implikasi baik dan buruknya (tak perlulah diulas disini).
Apa yang ingin diulas disini adalah isu kepimpinan itu sendiri.
Perlu diingati, kepimpinan adalah amanah Allah kepada manusia, bilamana Allah memilih manusia menjadi khalifah untuk mukabumi dan manusia pula sanggup memikul amanah yang maha berat itu.
Sejarah umat Islam terdahulu menunjukkan bahawa kepimpinan bukanlah sesuatu yang menjadi rebutan.
Amat berat bagi seseorang yang dipilih untuk memikulnya. Jika diberikan pilihan mereka akan menolak amanah itu.
Mereka-mereka ini memahami dengan sebenar-benarnya kesusahan, kepayahan dan kesulitan yang akan mereka hadapi.
Cabaran dan keperitan bukan sahaja semasa di bumi tetapi implikasi kepada mereka di akhirat nanti.
Kerana mereka perlu menunaikan hak-hak Allah dan Rasul-Nya. Iaitu berhukum dengan al-Quran dan hadith Nabi. Kerana Islam telah menggariskan hukum-hukum berkaitan dengan ibadat, muamalat, nikah-kahwin dan hukum menjaga keamanan negara.
Tergelincir dari landasan yang digariskan, maka mereka akan termasuk didalam golongan orang-orang yang menganiaya diri mereka sendiri dan berisiko mendapat kitab prestasi dari sebelah kiri atau dengan tangan kiri.
Contoh terbaik ialah Khalifah Umar Abdul Aziz!
Bila manusia mula meninggalkan agama dengan bermacam-macam alasan diberikan maka ‘konsep’ amanah itu sendiri berubah.
Dewasa ini ianya adalah ‘profession’. Satu jawatan yang menjadi rebutan ramai dan yang cukup lumayan pulangannya.
Jawatan yang merupakan lubok emas yang cukup menguntungkan. Bukan sahaja kepada penjawat tetapi kepada keluarga dan sekutu-sekutunya.
Tidak perlu menunaikan hak-hak Allah dan Rasul-Nya. Tidak perlu berfikir tentang akhirat.
Perjalanan hidup mengikut nafsu dan memuaskan nafsu keluarga dan sekutu-sekutu sendiri.
Contoh terkini ialah mantan presiden Mesir. Dimana kekayaannya dianggarkan bernilai UD70 billion.
Berbalik kepada situasi di negara kita.
Mereka-mereka yang ditampuk pemerintahan waktu ini, adakah akan menerima pakai cadangan itu?
Tidak ada sesiapa di zaman ini, samada di negara kita atau dimana-mana bahagian di dunia ini yang akan melepaskan jawatan yang disandangnya. Kecualilah jika terdapat peruntukkan didalam perlembagaan negara berkenaan..
Jika tiada peruntukkan maka bagi orang-orang yang ‘waras’ tidak perlulah menyusahkan diri. Ikut sahaja perlembagaan, memerintahlah sehingga akhir hayat.
Memang, tidak nafikan ada pemimpin yang istiqomah memberikan yang terbaik untuk rakyat.
Mereka-mereka ini benar-benar berpegang dengan prinsip-prinsip agama yang mereka anuti. Fahami benar-benar amanah Allah dan mandat yang telah diberikan oleh rakyat.
Ada juga mereka-mereka yang berpegang dengan prinsip-prinsip yang didokong oleh parti mereka dan tidak menyimpang dari landasan itu.
Tetapi mereka-mereka ini merupakan ‘dinosaur’ pada zaman ini. Semakin pupus!
Samada tempuhnya lapan tahun atau dua penggal atau sehingga akhir hayat, mereka-mereka yang diberikan amanah ini perlu memikirkan sabda Nabi s.a.w. yang diriwayatkan oleh Imam Malik yang bermaksud:
“Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang kamu tidak akan sekalian sesat selagi mana kamu berpegang dengan keduanya iaitu kitab Allah dan Sunnah Nabi”.
By hook or by crook mereka terpaksa kerana imam atau pemimpin termasuk didalam kelompok yang amat berat dan sukar hisabnya di akhirat.
Wallahualam.
0 comments:
Catat Ulasan