Bismillah.
Assalamualaikum.
Negara dikejutkan dengan berita seorang calon wanita pro-M UM dilapor hilang.
Masturah Abu Bakar yang akan bertanding kerusi umum dalam pilihan raya kampus dilaporkan hilang semasa keluar untuk membeli tambahan kredit telefon.
Sebelum itu Masturah telah menerima kiriman SMS daripada seseorang yang tidak dikenali yang memberi amaran yang berbunyi "woi celaka jg sikit perangai kau, siapla kau lepas ni. Kau ingat kau bagus sangat".
Laporan tidak memberitahu samaada kejadian tersebut ada kaitan dengan pilihanraya kampus yang akan dilangsungkan.
Jika diteliti dari 'sequence’ kejadian, berkemungkinan terdapat unsur ‘foul play’ atau perbuatan khianat disebalik kehilangan tersebut.
Satu persoalan, adakah pilihanraya kampus semakin sengit sehingga ada tindakan yang tidak sewajarnya dilakukan terhadap pihak lawan?
Pusat-pusat pengajian tinggi diamanahkan untuk mengeluarkan insan-insan yang kompeten, berinovasi serta berakhlak mulia untuk memenuhi keperluan negara dan antarabangsa.
Mahasiswa dan mahasiswi yang dihasilkan, dilihat berpotensi menjadi pelapis kepada kepimpinan negara dan seterusnya memimpin negara di masa hadapan.
Tidaklah wajar jika ada insan-insan yang merupakan harapan ibubapa, masyarakat dan juga negara mengambil tindakan yang bertentang dengan undang-undang.
Jika benarlah kejadian itu didalangi oleh insan-insan berpotensi ini yang juga merupakan bakal pemimpin negara di masa hadapan, maka punahlah atau sia-sialah ‘harapan’ yang disandarkan kepada mereka.
Semoga mereka-mereka ini membuat U-turn dan kembali ke jalan yang lurus.
Kita doakan yang terbaik kepada Masturah Abu Bakar dan semoga beliau dibawah peliharaan Allah SWT selalu. Amin.
Wassalam.
0 comments:
Catat Ulasan