Bismillah.
Assalamualaikum.
Situasi di Libya semakin tegang. Pemimpin Libya sedang berusaha apa saja untuk mengekalkan kekuasaan.
Menarik jika kita perhatikan kata-kata dua tokoh berikut mengenai keadaan di Libya sekarang ini.
Kata-kata pemimpin Libya, Muammar Gaddafi1:
"Saya tidak akan berundur dari tanah ini dan akan mati sebagai seorang syahid. "Saya tetap tidak akan tunduk kepada desakan itu," kata Gaddafi dalam ucapannya.
Kata-kata Dr. Yusuf Al-Qaradawi2:
"Aku mengeluarkan fatwa sekarang supaya Gaddafi dibunuh ! Barangsiapa samada pegawai tentera, atau tentera biasa atau mana-mana individu yang mempunyai peluang untuk membunuhnya .. maka janganlah teragak-agak untuk membunuhnya! ianya adalah semata-mata untuk menyelamatkan rakyat Libya daripada kejahatan dan kezaliman lelaki yang gila ini! "...beliau seterusnya menambah " Haram kepada pegawai dan askar biasa untuk mentaati lelaki ini (Gaddafi) dalam perkara yang maksiat, kezaliman dan kerakusan terhadap rakyatnya sendiri!"
Presiden Muammar Gaddadi sedia mati syahid dan beliau menggunakan kereta kebal, pesawat perang dan askar upahan dalam usaha untuk mengekalkan kekuasaan dan mengekang pemberontakan yang semakin bertambah buruk.
Berperang dengan rakyat sendiri!
Jika Allah SWT menetapkan dia terbunuh dalam proses itu, adakah benar dia akan syahid?
Beliau telah memerintah Libya selama 42 tahun. Satu tempoh yang amat lama. Apa lagi yang dimahukan.
Seorang pemimpin bila kepimpinannya sudah tidak dapat diterima oleh rakyat, sewajarnya menerimanya dengan berlapang dada. Undur secara terhormat.
Kerana semestinya sebagai seorang muslim dia mencari kebaikkan di dunia terutamanya kebaikkan di akhirat.
Cuba kita hayati apa yang dikatakan oleh Khalifah Umar bin Abdul Aziz yang mendapat jawatan khalifah ke-8 Bani Umaiyyah menerusi wasiat khalifah sebelumnya3.
Katanya: “ Wahai manusia, sesungguhnya aku mendapat cubaan dengan urusan ini (khilafah), di mana aku tanpa diminta persetujuan terlebih dahulu, memintanya ataupun bermusyawwarah terlebih dahulu dengan kaum muslimin. Sesungguhnya, aku telah melepaskan bai’at yang ada di bahu kamu untukku. Untuk selanjutnya silakan pilih daripada kalangan kalian sendiri seprang khalifah yang kamu redai.”
Kata-kata rakyat beliau:
”Kami telah memilih tuan, wahai Amirul Mukminin. Kami reda terhadap tuan. Aturlah urusan kami dengan kurnia dan berkat Allah.”
Ada riwayat mengatakan Khalifah Umar bin Abdul Aziz dilihat didalam mimpi sedang didalam keadaan cemas. Dikatakan beliau sedang di hisab berkaitan dengan amanah yang diberikan Allah SWT kepada beliau semasa di dunia. Dan proses itu berlarutan melebihi 10 tahun akhirat.
Khalifah Umar bin Abdul Aziz dikatakan memerintah lebih kurang 2 tahun dan beliau sememangnya seorang pemimpin yang adil. Wallahualam.
Kita dikurniakan Allah SWT dengan akal fikran. Fikir-fikirkan.
Wassalam.
[Sumber: 1 (Utusan Malaysia), 2 (Bujang Susah, 3 (Buku “Belajar Dari Dua Umar”)]
0 comments:
Catat Ulasan