Bismillah.
Assalamualaikum.
Anak ketiga kami telah membeli sebuah buku bertajuk “1001 Soal Jawab Agama & Wanita” terbitan Ana Muslim Publications.
Diantara kenyataan didalam “Kata Pengantar” adalah seperti berikut:
”Oleh kerana di negara ini kebanyakkan mengamalkan Mazhab Syafie dan dibenarkan mengikuti fahaman Mazhab yang lain seperti Mazhab Hambali, Maliki dan Hanafi. Maka buku ini juga ada diantara jawapannya yang diberi mengikut Mazhab Hambali – sebagai penyelesaian masalah di dalam bab tertentu”.
Setelah kami nyatakan kenyataan diatas, kami ingin share dua pertanyaan dan jawapan yang diberikan dalam buku itu untuk kita buat ikhtibar.
1. Hukum Tentang Perayaan Hari Ibu
- Pertanyaan: Setiap tahun kami memiliki hari cuti pada hari tertentu dan itu dinamakan dengan Hari Ibu. Iaitu pada tanggal 21 Mac. semua orang berkumpul dan merayakan hari tersebut. Perkara seperti ini dibolehkan atau dilarang?
- Jawapan: Setiapa hari cuti dan perayaan yang berbeza dengan perayaan dalam syariah Islam adalah perkara baru yang diciptakan manusia, yang itu tidak dikenal pada masa orang-orang dahulu daripada kita yang Soleh. Selain itu, kemungkinan perkara tersebut meniru dari bukan Muslim. Oleh kerana itu, disamping sebagai sesuatu yang baru, mungkin juga itu sebuah perilaku yang mirip musuh Allah.
-
Hari perayaan syariah Islam telah banyak di kenal diantara orang Muslim. Iaitu Aidilfitri, Aidiladha dan Hari Raya Mingguan (Hari Jumaat). Tidak ada hari raya atau festival baru selain tiga macam tersebut. Setiap hari raya yang baru selain hari-hari tersebut ditolak sebagai bid’ah dan palsu dalam syariah Islam. Kerana Nabi s.a.w. pernah bersabda bermaksud:
”Setiap perilaku yang diada-adakan dalam urusan kita (Islam) yang bukan termasuk di dalamnya, maka perkara itu ditolak.” -
Begitulah perkara-perkara baru tersebut ditolak dan tidak akan diterima oleh Allah. Hadis lain menyebutkan bermaksud:
”Barang siapa melakukan perbuatan yang tidak terdapat dalam urusan kita (Islam), ia akan ditolak.” - Dari sini menjadi jelas, hari raya yang disebutkan oleh penanya yang terkenal dengan Hari Ibu tidak dibolehkan. Tidak dibolehkan pula segala perkara yang semacam itu, segala macam pertunjukan umum dan perayaan, kesenangan, memberi hadiah dan lainnya.
- Menjadi kewajipan bagi orang Islam untuk bangga dan menghargai agamanya. Ia seharusnya membatasi dirinya terhadap larangan Allah dan Rasul-Nya s.a.w., yang bererti akan menegakkan agamanya. Islam adalah agama yang diberikan Allah agar diikuti hamba-hamba-Nya. Tidak dapat ditambah-tambah atau dikurangkan. Selain itu, seorang Muslim harus tidak lemah yang mengikut setiap Tom, Dick, dan Harry (kebarat-baratan). Malahan keperibadian orang-orang tersebut seperti yang disebutkan oleh Allah, ia malah diikuti bukan pengikut, ia menjadi contoh dan bukan murid. Perkara ini seharusnya ditinggalkan, kerana hukum Allah telah sempurna dalam segala segi. Allah berfirman dalam Al-Quran:
- الْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ الْإِسْلَامَ دِينًا
- Ertinya:
”Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Kucukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku-redhai Islam itu jadi agama bagimu.” [Al-Ma’idah: 3] - Selain itu, ibu memiliki hak yang lebih daripada hanya satu hari dalam setahun sebagai perayaan untuknya. Sesungguhnya, perempuan memiliki hak terhadap anaknya, yang anak-anak tersebut akan peduli padanya, tunduk kepadanya, taat kepadanya dalam tiap sesuatu yang bukan dosa, pada setiap waktu dan tempat.
- (Syaikh Ibn Utsaimin)
2. Hukum Merayakan Hari Ulang Tahun
- Pertanyaan: Syaikh Abdul Aziz bin Baz ditanya: Apa hukum merayakan hari ulang tahun?
- Jawapan: Merayakan hari ulang tahun tidak ada dasarnya sama sekali di dalam syariat yang suci ini, bahkan termasuk perbuatan bid’ah, berdasarkan sabda Nabi s.a.w. bermaksud:
- “Barang siapa mengada-ada dalam perkara (agama) kita ini yang bukan bahagian darinya, maka perbuatan itu ditolak.”
- Dalam lafaz Imam Muslim dan diulas oleh Imam Al-Bukhari didalam Sahih-nya disebutkan bermaksud:
- “Barangsiapa mengerjakan suatu perbuatan (dalam agama) yang tidak ada perintah dari kami, maka perbuatan tersebut ditolak.”
- Yang telah diketahui bahawasanya Nabi s.a.w. tidak pernah mengadakan perayaan ulang tahun selama hidupnya, tidak pernah memerintahkan pun tidak ada dari sahabat yang melakukannya. Demikian pula para alkhulafaur rasyidun, para sahabat nabi semuanya tidak pernah mengerjakan perbuatan itu, padahal mereka adalah manusia paling tahu terhadap sunnah-sunnah Nabi dan manusia paling disukai Nabi serta paling gemar mengikut setiap apa yang diajarkan oleh Nabi. Jika perayaan ulang tahun disyariatkan, tentu mereka melakukannya. Demikian para ulama terdahulu, tidak ada yang mengerjakannya, tidak pula memerintahkannya.
- Dengan demikian boleh difahami bahawa perbuatan tersebut bukan dari syariat yang dibawa oleh Muhammad s.a.w. Kami bersaksi atas Allah s.w.t. dan semua kaum muslimin, seandainya Nabi s.a.w. mengerjakannya atau memerintahkannya, atau para sahabat melakukannya, nescaya kami akan mengerjakannya pula dan mengajak untuk mengerjakannya. Kerana kami, alhamdulillah paling senang mengikut sunnahnya dan mengagungkan perintahnya. Kita mohonkan kepada Allah agar tetap teguh dalam kebenaran dan selamat dari apa yang menyalahi syariat Allah yang suci, sesungguhnya Dia Maha Baik dan Maha Mulia.
Pada kami kita boleh menggunakan jawapan dari kedua-dua pertanyaan diatas untuk menjadi hujah kenapa kita menolak sambutan-sambutan hari Valentine dan hari-hari yang seangkatan dengannya.
Walaupun hari-hari tersebut pada permukaannya kelihatan baik, tetapi ianya tidak ada dalam syariat Islam.
Tentu ada hikmah atau sebab kenapa Nabi, khalifah yang empat dan para sahabat tidak merayakan perayaan pada hari-hari tertentu selain dari Hari-Hari Raya yang telah disebutkan. Wallahualam.
So….. Ya Allah ya Tuhan kami, kami meridhai Allah sebagai Tuhan kami; kami meridhai Islam sebagai Agama kami; dan kami meridhai Muhammad sebagai Nabi kami. Amin.
Wassalam.
0 comments:
Catat Ulasan