DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG

Segala puji bagi Tuhan Yang Menguasai Langit dan Bumi. Yang mengatur urusan makhluk. Selawat dan Salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Nabi dan Rasul Akhir Zaman dan juga kepada keluarga dan para sahabatnya dan pengikut-pengikutnya.

Selamat datang. Selamat membaca. Semoga terhibur.

Jazakallah Khairan Kathira.Assalamualaikum Wrt. Wbt

Khamis, Mac 31, 2011

BSK 187. Poco-Poco Haram

Senaman poco-poco haram – Mufti Perak
Harakahdaily

IPOH, 30 Mac: Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak yang bersidang pada 24-26 Januari 2011 lalu telah memperakukan supaya tarian atau senaman poco-poco diharamkan. 

Ia dibuat atas asas ianya mempunyai kaitan dengan kepercayaan agama juga pemujaan roh berdasarkan kajian yang menyatakan ianya sering diamalkan di Jamaica serta bercirikan agama Kristian.
 
 
"Mesyuarat mengambil keputusan bahawa pengharaman ini akan diwartakan," kata Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria dalam satu suratnya.

mufti_suratpoco2
Surat fatwa Mufti Perak itu dihantar kepada Pengerusi Persatuan Kakitangan Islam Malayan Banking (PKIMB) Perak.

pm_poco-poco
Sebelum ini media sentiasa sahaja menyiarkan aktiviti Perdana Menteri dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor yang sering melakukan senaman poco-poco ini khasnya di tempat awam.

Bahkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak juga pernah melakukan senaman ini di atas pentas bersama isteri dan pembesar negara yang lain. (gambar atas)

Bismillah.
Assalamualaikum.

Memang ramai yang meminati senaman poco-poco ini. Berkemungkinan kerana pergerakannya yang memang bergaya, menarik dan cukup santai.

Poco-poco ini telah menjadi pilihan dan kebiasaan semasa sessi latihan, seminar, kursus, team building dan sessi-sessi yang sewaktu dengannya dimana aktiviti luar diadakan. Sessi ini juga ada dilakukan di PLKN.

Mereka-mereka yang berkewajipan perlu memastikan senaman ini dikeluarkan dari senarai aktiviti-aktivit luar yang disediakan. Mungkin pergerakan senaman boleh ditukar kepada langkah-langkah tarian zapin atau inang atau diformulakan satu senaman berunsur 1Malaysia. Jika tidak tukarkan sahaja senaman poco-poco ini kepada ‘brisk walking’. Sambil berjalan boleh juga bersuai-kenal dan membina ‘rapport’.

Senaman poco-poco ini telah mendapat sambutan disetiap lapisan masyarakat. Yang Islam dan bukan Islam. Dari menteri hingga rakyat biasa.

Apa yang dibimbangi adalah berkemungkinan kerana telah terlalu ramai umat Islam yang serasi dengan senaman ini dan atas faktor kesihatan dan juga integrasi antara kaum, senaman ini akan di’harus’kan.

Kita doakan Jawatankuasa Fatwa Negeri  dan mufti Perak berpegang-teguh dengan keputusan yang telah dipersetujui.

Semoga umat Islam dihindari dari terjebak dengan perkara-perkara haram dan syubhah untuk menjamin kebaikkan dunia dan akhirat.

So….. Ya Allah ya Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri dan jika Engkau tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya termasuklah kami dikalangan orang-orang yang rugi. Amin.

Wassalam.

0 comments:

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Justin Bieber, Gold Price in India