DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG

Segala puji bagi Tuhan Yang Menguasai Langit dan Bumi. Yang mengatur urusan makhluk. Selawat dan Salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Nabi dan Rasul Akhir Zaman dan juga kepada keluarga dan para sahabatnya dan pengikut-pengikutnya.

Selamat datang. Selamat membaca. Semoga terhibur.

Jazakallah Khairan Kathira.Assalamualaikum Wrt. Wbt

Ahad, Oktober 31, 2010

BSK 122. Malaysia Perlu Angkasawan

Bismillah.

Assalamualaikum.

Cuba kita teliti dan renungkan cadangan Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha dibawah ini:

Negara perlu ada angkasawan wanita

30/10/2010 4:42pm

KOTA BHARU 30 Okt. - Angkasawan Negara, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha mencadangkan wanita dipilih sebagai angkasawan berikutnya bagi membuktikan bahawa semua pihak berpeluang ke angkasa lepas tanpa mengira jantina.

Beliau berkata, apa yang penting, misi angkasawan negara berikutnya perlu berbeza dengan misi yang dilakukannya sebelum ini, terutama kajian dalam bidang sains, teknologi dan pendidikan.

"Kita mesti hantar wanita negara kita ke angkasa lepas, tetapi hendaklah dalam bentuk objektif yang berbeza sekali daripada angkasawan pertama.

"Kita mesti menumpukan kepada bidang sains, teknologi dan pendidikan yang perlu kita kaji bila berada di sana," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah pada Seminar Pelajar dan Kerjaya Bersama Angkasawan Negara di sini hari ini, yang dihadiri lebih 1,000 pelajar.

Sheikh Muszaphar Shukor telah dipilih oleh Jawatankuasa Pemilihan Angkasawan Agensi Angkasa Persekutuan Rusia (Roscosmos) sebagai angkasawan pertama Malaysia untuk menyertai misi ke angkasa lepas pada 2007.

Pakar ortopedik dari Universiti Kebangsaan Malaysia itu berada selama 10 hari di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) dan telah menyempurnakan dua ujian berkaitan penghabluran protein yang membawa kepada aplikasi paten serta cap dagang. – Bernama [Utusan Online]

1 perangsang yang sememangnya cukup baik untuk anak-anak dan pelajar-pelajar negara kita. Dorongan yang akan memberi semangat kepada anak-anak kita dan pelajar-pelajar kita untuk mencari kecemerlangan didalam pelajaran terutama matapelajaran sains.

Semestinya kita ingat, keseimbangan kecemerlangan jasmani dan rohani. Baru kena dengan kata-kata “cemerlang, gemilang dan terbilang”.

IMG_0179

Manusia digalakkan untuk memerhatikan apa yang ada dilangit seperti bulan, matahari dan juga bintang-bintang. Kita diminta untuk memerhati,  merenung dan memikirkan untuk kita sedar hakikatnya bahawa semua itu adalah ciptaan Allah SWT yang Mahakuasa. Supaya kita menjadi insan yang sedar diri, yang kita ini tidak ada apa-apa kecuali dengan pertolongan Allah Taala. Allahuakbar.

“Katakanlah: Perhatikanlah apa-apa yang di langit dan di bumi. Tetapi tidak bermenafaat keterangan dan peringatan bagi kaum yang tidak beriman.” [Surah Yunus: ayat 101].

Tetapi, pada kami, negara kita ini belum lagi mampu untuk mengadakan program angkasawan sendiri. Program yang memerlukan banyak peruntukkan kewangan.

Dengan keadaan ekonomi rakyat yang tidak stabil, yang memerlukan sebanyak mana bantuan yang boleh. Keutamaan adalah untuk memperkukuh dan memakmurkan rakyat dahulu.

Tidak perlu kita membazirkan sumber-sumber yang ada hanya untuk membuktikan kepada jiran-jiran kita bahawa kita mempunyai angkasawan pertama di rantau ini.  Kita mempunyai angkasawan wanita pertama di rantau ini. Hanya kerana nak yang pertama, kemakmuran rakyat tergadai. Hanya kerana mengejar  ’angka’ pertama, kita ‘sawan’ dibuatnya.  Semestinya “rakyat didahulukan”. 

“Pada hari ini telah Aku sempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku redhai Islam itu menjadi agama (peraturan hidup) bagimu.” [Surah al-Maidah: ayat 3]

Dengan nikmat Islam, kehidupan kita lebih teratur dan dengan nikmat itu juga kita mendapat kebahagian di dunia dan terutamanya kebahagian di akhirat. Cuba kita fikir-fikirkan.

So….. semoga Allah SWT tambahi ilmu kita dan luaskan kefahaman kita, dilapangkan dada kita dan memudahkan urusan kita. Amin.

Wassalam.

Sabtu, Oktober 30, 2010

BSK 121. Sotong Paul Satu Putarbelit

Bismillah.

Assalamualaikum.

Satu putarbelit! Itulah yang diandaikan oleh seorang pengarah filem dari China. Jom-jom kita sama-sama baca:

China film confronts ‘truth’ behind oracle octopus

October 29, 2010

Paul the octopus died of natural causes earlier this week. — Reuters pic

BEIJING, Oct 29 — Shortly after the passing of the world’s beloved eight-legged soccer soothsayer, a Chinese film called “Kill Octopus Paul” is challenging the truth behind the oracle octopus who correctly predicted World Cup results.

Director Xiao Jiang’s fictional thriller follows a group of Chinese football enthusiasts who travel to South Africa to uncover an international betting cartel conspiracy.

The plot twists and turns as viewers find out that the legend of Paul, the visionary mollusc, was fabricated and manipulated to aid a match-fixing scheme and international betting ring.

“I really like soccer and I love the World Cup. But I know the World Cup had a lot of people betting on it,” said Xiao, after a media preview in Beijing yesterday.

“So when I started to think about making this movie, I wanted to film about people who because of betting encountered some sticky situations.”

English-born Paul made headlines across the globe after he correctly forecast how Germany would fare in seven matches, before his oracular abilities were challenged ahead of the final between Spain and the Netherlands. He picked Spain, the winner.

Before each game, two containers of food were placed in Paul’s tank, each one adorned with the flag of the teams that were about to compete. The container Paul chose first was seen as his pick.

While Xiao said she did not believe in Paul’s soothsaying abilities herself, his fame was key in gaining greater global interest for the World Cup.

“As far as I know, a record of Paul choosing 8 for 8 correctly does not exist. And an octopus cannot be as intelligent as a human being,” she added. “So this is a perfect plan, and this plan has fooled people all over the world. This is because people all over the world really like Paul because Paul is very cute.”

Paul died of natural causes this week at the Oberhausen Aquarium.

The movie will be released on November 30. — Reuters

Mungkin ada kebenaran seperti yang dikatakan dan dipertikaikan. Dalam dunia ini semuanya boleh. Semua untuk mendapatkan keuntungan.

So….. semoga Allah SWT curahkan kurnia hidayah-Nya kepada kita untuk melaksanakan amal perbuatan serta perilaku yang baik dan dijauhi-Nya perbuatan dan perilaku buruk dari kita. Amin.

Wassalam.

BSK 120. Kali Ketiga Durian Runtuh

Bismillah.

Assalamualaikum.

Jom kita baca berita ini:

Ansari jatuh laut lagi

Okt 29, 10 4:46pm

Selepas menjadi mangsa jeti runtuh Rabu lalu, calon PKR bagi pilihan raya kecil parlimem Batu Sapi, Ansari Abdullah jatuh lagi ke laut hari ini selepas pelantar yang disambung ke laluan di situ pula runtuh.

Insiden itu berlaku ketika Ansari melawat Kampung Gas, Sandakan tengahari tadi. Ia merupakan perkampungan nelayan yang dibina di atas tiang di laut.

Ansari berada di belakang Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menuju ke sebuah rumah apabila pelantar yang menyambung ke titi itu runtuh

Menurut pengarah komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad, selain Ansari, tiga orang lagi turut terjatuh ke laut apabila pelantar itu runtuh.

Khalid juga, katanya, hampur terjatuh. Bagaimanapun beliau sempat memegang tiang sebuah rumah sebelum pelantar itu runtuh.

Mereka yang jatuh itu mengalami cedera ringan. Ansari cedera di lutut dan dada.  [Malaysiakini]

Itulah yang dikatakan malang tak berbau. Sekali tu kira OK. Ini kali kedua! MB Selangor pun nyaris-nyaris terjun sekali.

Kami percaya saudara Ansari menganggap itu sebagai ujian dari Allah SWT. Jika dia redha, insya’allah Allah Taala akan jatuhkan pula “durian runtuh” kepada beliau pada hari pengundian nanti. Allahuakbar.

Bersabar sahajalah bakal YB.

So….. semoga Allah SWT limpahkan kesabaran kepada kita dan dikurniakan pertolongan kepada kita dalam segala keadaan. Amin.

Wassalam.

Jumaat, Oktober 29, 2010

BSK 119. Kun Fayakun!

Bismillah.

Assalamualaikum.

Jom kita sama-sama baca berita ini:

Gunung berapi Kamchatka Russia lepaskan awam debu

2010/10/29

MOSCOW: Dua gunung berapi di timur jauh Russia di wilayah Kamchatka meletus, Khamis (waktu tempatan), melepaskan debu yang banyak ke udara, sehingga mengakibatkan pesawat yang seharusnya melepasi kawasan itu mengubah laluan.

Gunung berapi Klyuchevskaya Sopka, adalah tertinggi di Eurasia dan paling aktif, meletus bersama-sama gunung berapi Shiveluch, 70 kilometer timur laut negara itu.

Jabatan Kementerian Situasi Kecemasan Russia di Kamchatka, berkata pesawat yang melalui kawasan itu sudah diarahkan mengubah haluan. – AFP [Berita Harian]

Gambar dibawah ini hanya ilustrasi sahaja.

No0858b

Negara jiran kita, baru sahaja  mengalami dua malapetaka baru-baru ini.

Pertama,  gempa  bumi  berukuran 7.2 pada skala Richter.

Kedua, letupan gunung berapi  dengan menghembus abu vulkanik setinggi 1,500 meter dan menurunkan hujan debu.

Kedua-dua malapetaka itu  mengorbankan banyak jiwa.

 

Kenapa malapetaka-malapetaka terjadi diseluruh dunia? 

Adakah kerana sememangnya umur dunia sudah terlalu tua? Adakah kerana manusia tidak lagi berpegang kepada agama Allah SWT? Islam tetapi tidak mahu melaksanakan hukum-hukum Allah SWT? Islam tetapi melaksanakan undang-undang buatan manusia? Islam tetapi suka riba? Islam tetapi suka maksiat? Islam tetapi …..

Persoalannya? Adakah kita di Malaysia yakin atau pasti kita terhindar dari malapetaka? Kerana kita tidak berada di kawasan gunung berapi atau jalur gempa bumi dunia atau kawasan taufan atau puting beliung?

Kita mungkin tidak lagi diancam bencana sedemikian, tetapi kita dilanda malapetaka lain. Kerosakan akidah, keruntuhan akhlak, gejala sosial, gejala dadah, murtad dan lain-lain. Cuba kita perhatikan keadaan negara kita ini. Ada masalah atau tidak?

Tetapi jangan kita ingat kita tidak akan sekali-kali ditimpa malapetaka seperti negara jiran kita. Cuba kita fikirkan ayat al-Quran yang bermaksud:

“Sesungguhnya perintah-Nya ketika Dia mengkehendaki (menciptakan) sesuatu, Dia akan berkata padanya, “Jadilah!” Maka jadilah sesuatu itu. [Surah Yasin: ayat 82]

Well kawan-kawan, kuasa ‘Kun Fayakun!’ Allah Taala cipta Nabi Adam A.S. dari tanah. Allah Taala cipta Nabi isa A.S. tanpa bapa. Dunia yang kita huni ini. Angin, udara dan segala sesuatu. Adakah nak rendam mana-mana negara di dunia ini dengan air masin satu masalah bagi Allah SWT?

kita ambil iktibar dengan apa yang terjadi di sekeliling kita. Kat seluruh dunia ini. Kita fikir-fikirkan bersama.

So….. semoga Allah SWT perbaiki keberkesanan perbuatan kita dalam segala urusan dan selamatkan kita dari kehinaan dunia dan azab akhirat. Amin.

Wassalam.

Khamis, Oktober 28, 2010

BSK 118. Ibu Oh Ibu

Bismillah.

Assalamualaikum.

Adakah kita sekarang ini hidup diakhir zaman? Jika kita peka dengan keadaan sekeliling, kita akan akur bahawa kita sememangnya sedang menjalani kehidupan diakhir zaman.

Dengan bencana alam yang sering terjadi di serata dunia. Gempa bumi, tanah runtuh, banjir, puting beliung, taufan dan sebagainya. Baru-baru ini terjadi letupan gunung berapi di negara jiran terdekat kita.

Disertai juga dengan keruntuhan akhlak dikalangan umat manusia. Sumbang mahram, penzinaan, pembunuhan, penipuan, mat rempit, bohsia, bohjan, penagihan dadah, ketagihan arak dan seribu satu macam lagi maksiat.

Cuba kita ikuti berita seorang ibu koma kerana ditumbuk oleh anaknya: Klik disini!

Ibu yang melahirkan kita, tergamakkah kita melakukan  sebegitu? Cuba kita hayati bait-bait lagu nyanyian allahyarham Sudirman Hj Arshad:

“Ayah dan ibu, ayah dan ibu, itulah permulaan kami, dapat melihat bulan dan matahari.”

Cuba pula kita renungkan tulisan Tuan Guru MB Kelantan dalam buku beliau Insan, Ingatlah!:

Bab 30: Aqidah yang cacat halang roh ke Sidratul Muntaha [MS 154-155]

Dipintu langit keenam, satu lagi amalan orang mukmin itu diperiksa, kali ini mengenai hal ehwal berbakti kepada dua ibu bapa. Sama ada dia anak yang soleh yang sentiasa berbakti kepada ibu bapa, atau anak yang derhaka yang sentiasa menyakiti hati orang tuanya. Mengabaikan kebajikan dan tidak mentaati perintahnya yang tidak bercanggah dengan hukum Islam.

IMG_0056a

Adakah dia seorang yang sentiasa mencari keredhaan kedua ibu bapanya, atau sebaliknya. Rasulullah S.A.W. pernah memperkatakan tentang alamat qiamat, iaitu ibu yang melahirkan tuannya. Apakah yang dimaksudkan dengan ibu yang melahirkan tuannya? Ia adalah kata sindiran kepada sikap anak yang derhaka, berlagak seperti tuan dengan memperhambakan ibunya.

Sebagaimana yang sering terjadi di zaman moden ini, di mana ibu-ibu sering dibebani tugas yang tidak sepatutnya, disuruh mengasuh cucu, disebabkan dia bekerja dan sebagainya, sukar untuk mendapatkan pengasuh atau pembantu rumah yang sesuai. Hati ibu merasa tertekan kerana dibebani dengan tugas seperti itu. Sikap anak itu bererti telah memperhambakan ibunya, itulah yang dimaksudkan ‘ibu yang melahirkan tuannya’, dalam ertikata anak sudah menjadi tuan, ibu menjadi orang suruhan.

Demikianlah Islam menitikberatkan soal berbakti kepada kedua ibu bapa sebaimana firman Allah Taala:

Yang bermaksud:

“Kami perintahkan kepada manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya, ibunya mengandungnya dengan susah payah (pula). Mengandungnya sampai menyapihnya (menyusukan hingga habis tempoh) adalah tiga puluh bulan.” (Surah al-Ahqaf ayat 15)

Dan firman-Nya lagi:

Yang bermaksud:

“Dan Tuhanmu telah memerintahkan kamu supaya kamu jangan menyembah selain dari Dia dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibu bapa. Jika seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan “ah” dan janganlah kamu membentak mereka, dan ucapkanlah perkataan yang mulia.” (Surah al-Isra ayat 23)

Diatas adalah tulisan tuan Guru MB Kelantan, cukup untuk memberi pengajaran kepada  kami dan juga berkemungkinan kepada kawan-kawan juga.

kita ambil iktibar dari berita diatas, agar kita terhindar dari melakukan perkara yang sama. Dan kita memuliakan kedua ibu bapa kita sesuai dengan ketetapan yang di gariskan oleh Allah SWT.

So….. semoga Allah SWT mengampuni segala dosa kesalahan kita dan dosa-dosa kesalahan ibu bapa kita, dan dikasihi-Nya ibu bapa kita sebagaimana mereka mengasihi kita semasa kita kecil. Amin.

Wassalam.

Rabu, Oktober 27, 2010

BSK 117. PRU 13 Kuasa Baru Putrajaya

Bismillah.

Assalamualaikum.

Adakah 1 kuasa baru akan bertapak di Putrajaya selepas PRU 13 nanti? Hanya Allah SWT yang maha mengetahui. Kita manusia hanya merancang Allah Taala yang melaksanakan.

Kita lihat dan perhatikan faktor-faktor yang ada disekitar kita. Di kesempatan ini kami kemukakan 2 faktor  yang sediada.

Faktor pertama, kami mulakan dengan rajah dibawah ini.

Perdana Menteri Timbalan Perdana Menteri
Tunku Abdul Rahman Abdul Razak Hussein
Abdul Razak Hussein Ismail Abd Rahman
Hussein Onn
Hussein Onn Dr. Mahathir Mohamed
Dr. Mahathir Mohamed

Musa Hitam
Ghafar Baba 
Anwar Ibrahim
Abdullah Ahmad Badawi

Abdullah Ahmad Badawi

Mohd Najib Abdul Razak
Mohd Najib Abdul Razak Muhyiddin Yassin
 
Rajah menunjukkan perdana menteri dan timbalan-timbalan mereka.
 
No0851
Ada 1 teori yang berlegar di negara kita yang dikatakan menjadi petunjuk siapa yang akan menjadi perdana menteri. Teori RAHMAN! Ianya diambil  sempena nama Tunku Abdul Rahman (perdana menteri pertama Malaysia) atau mungkin juga nama Tuanku Abdul Rahman (Yang di-Pertuan Agung Pertama Malaysia).
 
Jika diperhatikan dengan teliti, memang perdana menteri yang dilantik adalah mengikut abjad pangkal nama panggilan kebiasaan mereka. Abdul Razak, Hussein, Mahathir, Abdullah dan Najib. Mereka-mereka ini yang melengkapkan teori RAHMAN itu.
 
Sesiapa yang mempercayai teori ini akan mengatakan Najib adalah yang terakhir seperti ramalan tersebut. Najib adalah penutup sejarah teori itu dan akan ada lembaran sejarah baru akan dibuka. Sesiapa yang mempercayai teori ini akan bersetuju bahawa ada kuasa baru yang akan berkuasa di Putrajaya dalam waktu terdekat ini.
 
Faktor kedua adalah dari berita-berita yang disiarkan oleh akhbar-akhbar dan saluran-saluran TV arus perdana.
 
Tidak kira dalam akhbar-akhbar atau siaran-siaran TV, kurang sangat atau tidak ada lapuran tentang negeri-negeri Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan juga Kelantan.
 
Jika ada yang didisiarkan pun pasti yang tidak menyenangkan. Isu pasir sebagai contoh. Isu khinzir juga. Digembar-gemburkan, walaupun rakyat tahu ianya adalah masalah dan beban peninggalan.
 
Tidak ada kebaikan yang dilapurkan dilakukan oleh pemimpin-pemimpin yang menerajui Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan juga Kelantan. Samada kebaikan kepada negeri atau rakyat disana.
 
Negeri-negeri berkenaan didalam Malaysia juga tapi  dipinggirkan. Tidak ada keseimbangan dalam neraca keadilan. 
 
Tapi bila keluar lapuran audit negara, negeri-negeri itulah yang menunjukkan prestasi yang baik.
 
Adakah atau mungkin rakyat kena “read between the lines” bila membaca atau mendengar berita-berita yang disiarkan?
 
Jika orang ni kata A bererti ianya Z. Jika diberitahu NO sebenarnya  YES. Jika dikatakan BERPECAH ianya bererti BERSATU. Jika dikatakan DIPERTAHAN, well ,…..
 
Kita semua kenalah merenung dan berfikir sejenak dengan ikhlas dan kewarasan yang ada tentang isu kuasa dan kepimpinan ini. 1 isu yang amat penting dalam Islam. Fikir-fikirkan dengan minda terbuka.
 
Tapi kita  wajib percaya, hanya dengan izin Allah SWT segala sesuatu itu terjadi.
 
So….. semoga Allah SWT kurniakan kepada kita kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan dipeliharakan kita dari azab neraka. Amin.
 
Wassalam.

Selasa, Oktober 26, 2010

BSK 116. PRU 13 Angin Sepoi-Sepoi Berbisik

Assalamualaikum.

Bismillah.

No0851

Kedengaran angin sepoi-sepoi bahasa melintasi telinga kami, seolah-olah sayup-sayup berbisik-bisik PRU 13 dah dekat. Dah dekat sangat!

Berbisik-bisik lagi seakan-akan memberitahu ketibaan itu rentetan gempa berskala tinggi yang bersahut-sahutan diseluruh pelusuk negara. Bergegar dari Kelantan hingga ke Sabah. Berlegar-legar di 1Malaysia. Gegaran dirakamkan disaluran-saluran TV arus perdana:

"Walau berkecai tulang dan juga badan, walau bercerai jasad dari nyawa. Saudara dan saudari, walau apa pun yang terjadi, Putrajaya mesti kita pertahankan!"

Bertepuk sorak hulubalang-hulubalang dan srikandi-srikandi tonggak negara, pemuda-pemuda bersama-sama putera dan puteri harapan bangsa.

Berkiaslah seorang panglima muda tentang musang. Bingkas bangun menteri nikah kawin kerana terkejut lalu berkata “patik tidak ada kena mengena dalam soal ini. Patik tidak tahu langsung apa yang diperkatakan oleh panglima muda itu!”

Berkiaslah juga teman panglima muda tentang abu-abu terutamanya abu lahab. Bingkas bangun juga mereka-mereka  lalu berkata “kami tidak ada kena mengena dengan surah Al-Masad: ayat 1-5, yang bermaksud:

Binasalah kedua-dua tangan Abu lahab, dan binasalah ia bersama!
Hartanya dan segala yang diusahakannya, tidak dapat menolongnya.
Ia akan menderita bakaran api neraka yang marak menjulang.
Dan juga isterinya, seorang perempuan pemunggah kayu api. 
Di lehernya sejenis tali, dari tali-tali yang dipintal.

Kami ini Abu Lahab moden bukan Abu Lahab jahilliah. Panglima kena spesifik dengan kata-kata panglima.”

Bertempik pula panglima perdana “Bangun wahai saudagar mimpi! Kaki-kaki kamu tidak akan dapat berpijak di Putrajaya! Putrajaya akan dipertahan!”

Terdengar sayup-sayup 1 suara dikalangan rakyat jelata 1Malaysia “kami bukan mat jenin, kami akan tetap menjejakkan kaki-kaki kami disana.”

Bertempik lagi panglima perdana “jangan mimpi di siang hari, Putrajaya tetap hak kami. Dulu, kini dan selamanya.”

Terdengar sekali lagi suara dari rakyat 1Malaysia, kali ini serentak mereka menjerit “kami bermimpi di malam hari”.

Kepimpinan adalah satu isu yang amat penting. Tetapi siapa yang akan menetap di Putrajaya bukanlah kita yang menetapkannya. Kita cuma perlu menjalankan kewajipan kita.

Kita berdoa agar mereka-mereka yang adil akan diberi kesempatan untuk menerajui negara kita ini. Kita serahkan perkara itu kepada Allah SWT untuk menentukan. 

Allah SWT mengetahui segalanya. Dia yang mengatur kehidupan kita ini.

So….. semoga Allah SWT tunjukkan kepada kita perkara benar itu benar dan memandu kita supaya mengikutinya dan tunjukkan kita perkara yang batil itu adalah batil supaya kita meninggalkannya. Amin.

Wassalam.

Isnin, Oktober 25, 2010

BMK 3. Sambal Tumis Ikan

Bismillah.

Assalamualaikum.

Well, kami masak sambal tumis lagi. Sambal tumis ikan sardin dan kembong. Kami menyiang dulu ikan2 tu. Kenapa? Tak percaya? Perkara enteng saja tu!

OK, kami nak berikan resepi sambal tumis tu.

Bahan-bahan:

4 ekor ikan sardin >>  Dibersihkan, digaramkan dan diletak
1 ekor ikan kembung >>  kunyit serbuk dan di goreng garing
5 ekor ikan bilis }}}
2 tangkai cili merah }}}}
2 tangkai cili hijau }}}}}
3 tangkai cili padi }}}}}}}  semua bahan-bahan ini di blender
1/2 biji tomato }}}}}
1 biji bawang besar }}}}
2 ulas bawang putih }}}
Sedikit minyak masak  
1 sudu kecil sos tiram  
Garam dan gula  
1 cawan air  

Cara memasak:

1. Panaskan minyak masak dan tumis bahan2 yang diblender.
2. Masukkan 1 sudu kecil garam  dan 2 sudu kecil gula (sudu plastik KFC)
3. Masukkan sos tiram dan tumis hingga pecah minyak.
4. Masukkan air dan kacau sekali-sekala hingga kuah mendidih.
5. Masukkan ikan dan balik-balikan ikan hingga kuah kering.
6. Semasa proses 5, adjust rasa ikut selera (nak tawar, masin atau manis)

Simple je prosesnya. Kawan2 pun boleh lakukan. Kawan boleh! Tak le bergantung kat kedai mamak Deen ke, warung mak cik Peah ke, kedai kak Mah ke, warung ikan bakar abang Jem ke. Masak sendiri! Air tangan sendiri, air tangan isteri sendiri. Semua sendiri bukan orang punya. Hmm…..

Kawan2 boleh juga letakkan sos tiram atau serbuk perasa jika mahu. Ikut selera sendiri.

No0849

Kat nampak sedap sambal tumis tu! Sedap lagi menggiurkan!

Ada pertanyaan? Kenapa ada sekor ikan kembung? Well, kat dalam plastik tu wife dah letakkan sekor ikan tu, jadi kami masak aje le.

Lagi pun anak2 sekarang ni memilih sikit. Ada yang tak berminat dengan ikan sardin, ada yang tak suka ikan cencaru, ada yang tak makan ikan tongkol, ada2 je le. Naik lemak le tu!

So….. semoga kita semua menjadi hamba Allah SWT yang bersyukur dengan segala pemberian-Nya dan terpelihara dari sumber2 haram dan syubhat. Amin.

Wassalam.

Ahad, Oktober 24, 2010

BSK 115. Bajet 2011 Ada Ubahsuai Kediaman

Bismillah.

Assalamualaikum.

Ubahsuai kediaman RM65 juta! Adakah benar berita ini? Jom kita sama2 baca: Klik sini!

RM65 juta! 1 angka yang cukup banyak. Pertama yang datang kat fikiran kami, duit rakyat tu! Kediamanlah yanglah didudukilah sudahlah terlalu-lalulah tercukuplah amatlah  selesanyalah. Apa lagi yang hendak diubahsuai? Apa sebenar-benarnya yang hendak diubah?

Kalau menggunakan wang sendiri kami tidak akan ambil pusing. Ini duit rakyat! Tidak ke ada sekelumit rasa bersalah dihati penghuni2 kediaman itu?

Meminta rakyat mengubah cara hidup bila harga barang2 keperluan meningkat naik. Rakyat kata “we will follow you.”

Rakyat digesa mencari sumber pendapatan sampingan untuk menampung kehidupan seharian. Diberi kemudahan untuk mendapat lesen pasar malam. Rakyat bekerja siang malam! Rakyat kata “we will still follow you.”

Kalau dulu 2 sudu gula, sekarang 1 sudu. Kalau dulu 1 sudu gula, sekarang tak payah bergula. Kalau dulu tak bergula, sekarang gadai sudu. Yang diwarwarkan bagus untuk kesihatan. Rakyat kata “we will still follow you forever-ever.”

Sampai bila rakyat nak diamkan diri bila diperbodoh-bodohkan. Tak sedar-sedar lagi. Ish ish.

1Malaysia dipermain-mainkan. Duit rakyat didahulukan, digunakan sewenang-wenangnya. Tidak pernah terasa atau terfikir sedikit pun kesusahan rakyat. Rakyat  penat lelah bekerja. Gaji di potong PCB. Untuk apa? Untuk menampung mereka sekeluarga.

Itu pun mereka sekeluarga masih tidak sedar diri. Tidak ingat nasihat yang Allah SWT berikan kepada hamba-hamba Nya. Cuba kita renungkan ayat dibawah:

“Dan berikanlah kepada kerabatmu, dan orang miskin serta orang musafir akan haknya masing-masing; dan janganlah engkau membelanjakan hartamu dengan boros yang melampau.

Sesungguhnya orang-orang yang boros itu adalah saudara-saudara Syaitan, sedang Syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya.” [Surah Al-Israa’: Ayat 26-27]

Itu hendak membelanjakan harta sendiri! Ini kes boros harta rakyat! Ini kes jadi saudara-saudara siapa ni?

Cuba kita lihat apa yang ditulis oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam buku beliau Jnsan, Ingatlah!. Dalam bab 9 – Mati: Setiap sendi mengucapkan selamat tinggal [MS 47].

“Selain itu malaikat maut itu sentiasa menjenguk setiap manusia sebanyak 360 kali dalam sehari, sehingga malaikat maut itu sangat arif dan mengenali setiap insan.  Kerana terlalu kenal itu menyebabkan tidak pernah berlaku kesilapan, seperti hendak mencabut nyawa seseorang tetapi tercabut nyawa orang lain pula.

Sayangnya manusia tidak menyedari bahawa wajahnya sentiasa diintai oleh malaikat maut sebanyak 360 kali dalam sehari, bererti hampir setiap tiga minit malaikat maut menjengah wajah setiap penghuni dunia ini. Masing-masing menunggu giliran untuk menemui kematian. mati yang sering dilupakan akan datang pada bila-bila masa.”

Gambar0206A

Kita kena pegang hak2 kita. Kekadang kena lawan untuk hak2 itu. Well, dalam masa terdekat ini kita perlu sama-sama berubah dan perlulah sama-sama berani mengubah. Cuba fikir2kan.

So….. semoga Allah SWT pelihara diri kita, harta kita dan agama kita. Dan Allah SWT jadikan kita redha dengan penentuan-Nya dan diberikan keberkatan kepada kita pada perkara-perkara yang ditetapkan Nya. Amin.

Wassalam.

Sabtu, Oktober 23, 2010

BSK 114. Festival Busana Muslim Yang Tiada Nilai Islam

Bismillah.

Assalamualaikum.

Kami nak sambung sikit peristiwa selepas solat jumaat kat Masjid Negeri semalam. Lepas sahaja bacaan doa oleh iman, kedengaran suara memberi penerangan “Festival Busana Muslim (FBM)” yang di rasmikan oleh isteri perdana menteri Malaysia di Monaco Sporting Club, Monte Carlo. Beliau juga adalah salah seorang penganjur, penasihat dan juga penaung kepada FBM berkenaan.

Tapi apa yang mendukacitakan, fesyen pakaian yang digayakan itu sebetulnya melanggar prinsip Islam dalam berpakaian dan tidak selari dengan apa yang telah ditetapkan oleh Allah SWT.

Sudahlah tidak menutup aurat, salah satu pakaian yang di peragakan tertulis “Muhammad” dalam keadaan terbalik. Allahuakbar!

Sepanjang sessi penerangan itu, pihak Masjid Negeri telah memasang kaset bacaan al-Quran yang telah sedikit sebanyak menenggelamkan suara saudara kita yang memberi penerangan. Kenapa? Well, tepuk dada tanya iman.

Jom lihat gambar2 yang sempat kami rakamkan…..

No0845No0846No0847No0848

Walau pun terdapat gangguan, saudara-saudara kita ini tetap istiqomah dengan niat mereka. Yang sedang memberi penerangan dan juga yang sedang menyebarkan risalah terus berusaha. Semoga Allah SWT memberi ganjaran yang setimpal dengan usaha mereka. Insya’allah.

Diakhir sessi penerangan, dibacakan doa agar mereka2 yang berkenaan bertaubat (itu sebahagian yang kami dengar). Banyak lagi yang diminta.

Jom kita menghayati firman Allah SWT dan sabda Rasulullah S.A.W. dibawah ini.

Firman Allah SWT yang bermaksud:

“Bertaubatlah kamu wahai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.” [Surah an-Nur: Ayat 31]

Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud:

“Sesungguhnya Allah SWT akan menerima taubat hamba-Nya selama roh belum sampai ke ghar-gharah (hampir nazak).”

So….. semoga Allah SWT memperbaiki untuk kita agama kita yang memelihara urusan kita dan perbaiki dunia kita yang didalamnya kehidupan kita dan perbaiki akhirat kita iaitu tempat kembalinya kita. Amin.

Wassalam.

BSK 113. Belanjawan 2011 Di Khutbah Jumaat

Bismillah.

Assalamualaikum.

Semalam kami berkesempatan untuk bersolat jumaat di Masjid Negeri, Negeri Sembilan. Kami pergi dengan anak pertama. Jika seorang kami akan pergi ke Bukit Chedang.

Masjid

Kami akan cuba dapatkan saf depan jika boleh. Seronok rasanya bila dapat solat di saf depan tu.  Tapi kami pastikan kami tidak melangkah bahu jemaah lain.

OK, tajuk khutbah semalam  “Rakyat didahulukan”. Berkitar tentang pengagihan sumber kekayaan negara, harta dan sebagainya. Panjang lebar dan berpusing-pusing khutbah  yang diberikan. Rupa-rupanya jemaah ingin diberi penerangan secara percuma budget 2011 PM. Sepanjang yang kami ingat, tak pernah kami dengar belanjawan negara disogokkan kepada rakyat melalui khutbah jumaat. Allahuakbar.

Adakah akbar2 tidak lagi dapat berfungsi sebagai pemberi maklumat kepada rakyat?  Sampai terpaksa  gembar-gemburkan di masjid. Bukankah ini berpolitik di masjid? Sesuatu yang tidak disukai oleh pemerintah.

Heran juga, adakah rakyat tidak dapat menerima budget 2011 tu? Adakah orang Melayu tidak menerimanya? Itu persoalan sebenarnya!

Kami tahu Permata dapat RM111 juta dan SAR RM95 juta. Tapi yang pasti, bila membaca berita2 di internet, banyak komen yang kurang memberansangkan diberikan. Wallahualam.

“Dijadikan indah pada (pandangan) manusia, kecintaan kepada apa yang diingini, iaitu wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan (kenderaan berjenama), binatang-binatang ternak, dan sawah ladang, itulah kesenangan hidup di dunia; di sisi Allah tempat kembali yang baik.” [Surah Ali Imran: Ayat 14]

Lepas solat jumaat ada penerangan mengenai “festival busana muslim” di perkarangan masjid. Esok sahaja kami ceritakan. Tunggu…..

So….. semoga Allah SWT memudahkan urusan kita dan menjadikan kesukaran kita mudah dengan kehendak-Nya. Amin.

Wassalam.

Jumaat, Oktober 22, 2010

BSK 112. Putrajaya Mesti Dipertahan Cuba Fikir2kan

Bismillah.

Assalamualaikum.

Di hari Jumaat ni kami nak mengambil sedikit iktibar dari tulisan Tuan Guru MB Kelantan. Iktibar untuk diri kami dan juga mungkin untuk kawan2 juga. Kalau tidak pun sebagai renungan kita bersama. Jom kita ikuti…..

Dari buku “Insan, Ingatlah!”

Bab 2 – Manusia cerdik ialah mereka yang mengingati mati

Abdullah bin Umar radhiallahu ‘anhuma berkata, bahawa ketika dia sedang duduk-duduk di sisi Rasulullah S.A.W. lalu datang seorang lelaki memberi salam dan bertanya kepada Rasulullah: Siapakah yang lebih utama (lebih baik) dikalangan orang yang beriman?” Jawab Rasulullah S.A.W.: “orang yang lebih baik di kalangan orang beriman ialah mereka yang berakhlak mulia.” [P6]

Kemudian lelaki itu bertanya lagi: “Siapakah orang yang paling cerdik di kalangan orang yang beriman?” Jawab Nabi S.A.W.: “Orang yang paling cerdik ialah mereka yang banyak mengingati mati, dan banyak membuat persiapan untuk menghadapi mati.” [P7]

Demikianlah ukuran cerdik pada pandangan Islam jauh berbeza dengan tanggapan manusia ramai, kerana manusia ramai mengukur kecerdikan itu berdasarkan pencapaian mereka dalam akademik, serta kepakaran dalam cabang ilmu pengetahuan, termasuk juga para pengkaji dan saintis yang berjaya menghasilkan ciptaan baru dalam dunia teknologi canggih. Walaupun Islam tidak menafikan cabang-cabang ilmu tersebut, tetapi ia hanya akan lebih bernilai jika ia dapat membantu mempertingkatkan keimanan seseorang terhadap Allah Taala dan juga alam akhirat. [P8]

….. [Perenggan 9]

Orang yang banyak mengingati mati bererti akan sentiasa mengawasi diri dari melakukan dosa, kerana dosa akan membawa akibat buruk di alam barzakh dan lebih-lebih lagi di akhirat. setiap apa yang dilakukan akan sentiasa merujuk terlebih dahulu kepada hukum Allah Taala, bukan seperti pepatah Melayu ‘tepuk dada tanya selera’ yang membawa erti hidup di bawah dorongan nafsu. Sebaliknya orang yang sentiasa meningati mati itu akan sentiasa bertanya imannya sendiri, iaitu ‘tepuk dada tanya iman’. [P10]

….. [P11]

….. [P12]

Apatah pula jika dia seorang pemimpin negara, andainya dia tidak sentiasa mengingati mati atau tidak beriman dengan Allah Taala, nescaya tiada alasan untuk pemimpin tersebut bagi melaksanakan hukum Allah SWT, sebaliknya dia akan menggunakan kekuasaan untuk memuaskan nafsu bagi mengaut kekayaan dari harta negara dengan memperalatkan kekuasaan yang dimiliki, untuk kepentingan diri dan kelompoknya. [P13]

Cuba kita fikir2kan apa sebenarnya yang hendak disampaikan oleh Tuan Guru MB Kelantan itu. Pada kami ianya bertujuan untuk kebaikan kita di dunia dan juga kebaikan kita di akhirat. Renung2kan!

Jom2 kita baca pula ucapan PM kita: Klik sini!

No0828

Apa sebenarnya yang ingin sangat kita pertahankan? Adakah negara kita? Bangsa kita? Istana kita? Kekayaan kita? Kekuasaan kita? Isteri kita? Puak2 kita? Gaya hidup kita? Agama kita? Akhirat kita?

Betul seperti apa yang katakan oleh Tuan Guru “tepuk dada tanya iman”. Kita fikir2kan dan renung2kan apa sebenarnya yang kita inginkan sangat dalam hidup kita ini?

So….. semoga Allah SWT tidak memesongkan hati kita setelah kita diberi pertunjuk dan ditetapkan iman kita dengan iman yang sempurna. Amin.

Wassalam.

BMK 2. Ayam Percik Roti John & Co

Bismillah.

Assalamualaikum.

Hari tu kami sekeluarga menyediakan 2 jenis dish, well….. request dari anak ke 3. Nak makan sedap sikit sekali-sekala katakan. Semestinya sedap. Jom2 lihat…..

No0824

Ayam percik! Well, kalau ayam je tak syok le. Untuk lebih menambahkan selera, kami add kentang putar dan coleslaw.

Anak ke 2 yang memerap ayam dan prepare kentang putar. Dibantu oleh adik2nya.

Kami pulak prepare coleslaw. Jom kami tunjukkan cara kami buat coleslaw. Jom aje, bukan susah nak buat benda tu. Ish ish.

Bahan2:

Kubis sederhana 1/4 biji Di racik halus (saiz ikut suka kawan2)
Mayonis 2-3 sudu makan
Susu pekat manis 1/2 sudu makan

Cara membuat:

Letakkan semua bahan dalam bekas besar. Gaul hingga sebati. Siap! Boleh juga di tambah racikan atau hirisan lobah merah dan juga perahan lemon (jika suka). Sedap!

No0826

Roti john! Tak pulak kami buat checking kenapa namanya sedemikian.

Wife yang prepare dish ni.

Kami tambah potongan  tomato, coleslaw dan cili sos. Since kentang putar masih berbaki kami letakkan sebagai pasangan roti john tu.  Menyelerakan!

Mula2 kami sekeluarga makan ayam percik and co. Kami distribute sikit2 ayam kami kat anak2. Besor ayam tu! Kalau tak buat macam tu rasanya terlalu kekenyangan kami dibuatnya. Lepas tu baru kami bedal roti john and co.

Well, kalau kawan2 teringin nak makan cuba2 le buat sendiri. Kalau tak kawan2  pergi le pasar malam. Beli ayam percik dan roti john. Tambah le sikit2 side dish mengikut kreativiti sendiri. Mungkin tak seflavour masak sendiri, tapi tak le kempunan. Cuba2 le!

So….. semoga Allah SWT memberkati rezeki yang diberikan kepada kita dan di ampuni serta dirahmati kita semua. Amin.

Wassalam.

Khamis, Oktober 21, 2010

BSK 111. Galas Batu Sapi Kuala Nerang Raya

Bismillah.

Assalamualaikum.

Berturut-turut raya kat Malaysia ni! Mula-mula Hari Raya Aidil Fitri. Ziarah menziarah sanak saudara dan kawan-kawan, rumah terbuka  dan berpuasa enam. Hebat raya ini. Kurniaan Allah SWT.

Selepas mereka-mereka yang berwajib mengintai dan meneropong maka terlihat anak bulan di dua kawasan. Lalu di isytihar raya untuk kawasan Galas dan Batu Sapi. Seronok raya kat dua-dua kawasan ini. Menteri-menteri, orang besar-besar semua akan berziarah kat dua kawasan ini. PM pun berkemungkinan akan bertamu kat sini. Meriah!

Dengar-dengar ada sebuah mahkamah “initiate” satu lagi raya. Pihak berwajib sekali lagi kena mengintai dan meneropong anak bulan untuk penetapan raya.

Tetapi ada terdengar desas-desus mengatakan ada pihak yang hendak membuat rayuan agar anak bulan tidak di intai dan di teropong. Dah banyak sangat raya, kalau boleh tak hendak lagi raya. Kesian Kuala Nerang!

Berkemungkinan kerana terlalu banyak belanja yang diperlukan. Abang beca terbang ajaib pun dah tak larat nak hantar hadiah-hadiah bila raya-raya sebegini.  Kehabisan peruntukan dan yang terpenting kehabisan air liur kerana terlalu banyak berjanji.

Seperkara lagi, Hari Raya Aidil Adha pun dah round the corner.  Satu lagi hari raya kurniaan Allah SWT.

Takut jugak kami jika pak-pak menteri dan orang-orang besar ini kepenatan. Takut-takut ada lagi kawasan yang beraya. Allahuakbar.

No0844

Kami hendak ambil sedikit tulisan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam bukunya Insan, Ingatlah! di mukasurat 200-201.

Allah SWT memuliakan manusia dengan mengutus nabi dan para rasul yang ditugaskan membawa ajaran kebenaran, kerana akal semata-mata tidak menjadikan manusia mulia tanpa bimbingan wahyu. Dengan itu manusia dianjurkan agar beriman dan mengikuti ajaran yang benar itu, supaya manusia dapat mengekalkan kemuliaan hingga ke akhirat, untuk menukmati balasan gembira dengan penuh kebahagian di dalam syurga, dan terlepas dari menerima kehinaan dengan menerima azab neraka di akhirat kelak, seperti yang dikehendaki oleh para rasul itu.

Rasulullah S.A.W. bersabda yang maksudnya:

“Demi diriku yang berada di dalam genggaman-Nya, sesungguhnya di akhirat kelak Allah SWT akan menemui setiap orang dan bertanya kepada mereka: Bukankah Aku telah memuliakan kamu? dan Aku telah mengangkat di kalangan kamu para pembesar? Dan Aku telah mengurniakan pasangan hidup kamu? Dan telah Aku kerahkan semua benda, tumbuh-tumbuhan dan binatang untuk menjadi kemudahan kamu? Kemudian manusia ketika itu berkata: Bahkan sesungguhnya aku mengaku wahai Tuhan. Kemudian Tuhan bertanya lagi: Adakah kamu pernah berfikir bahawa kamu akan bertemu Aku di hari Mahsyar ini? Dan manusia mengaku: Tidak wahai Tuhan, sesungguhnya aku tidak pernah berfikir untuk bertemu Engkau. Kemudian Tuhan berfirman: Pada hari ini Aku akan melupakan kamu sebagaimana kamu melupakan Aku dahulu.”

Well, untuk kita sama2 merenung apa yang dihendak diberitahu dan disampaikan oleh Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat kepada kita. Jadi pandai2 lah kita memilih. Fikir2kan.

So….. semoga Allah SWT perbaiki untuk kita semua urusan kita dan tidak membiarkan kita walau seketika pun. Amin.

Wassalam.

Rabu, Oktober 20, 2010

BSK 110. Malu Minta Kerajaan Pertimbangkan Bonus Penjawat Awam

Bismillah.

Assalamualaikum.

Kami cukup teruja bila membaca komen yang diberikan berkaitan permohonan bonus untuk penjawat awam. Jom2 kita baca:

Malu presiden Cuepacs tidak bersyukur

Mohd Adlan Mohd Shariffuddin Okt 20, 10 9:47am

Sebagai kakitangan awam, saya berasa amat malu dengan tindakan presiden Cuepacs yang keras hati mahu kerajaan mempertimbangkan pemberian dua bulan bonus kepada penjawat awam di negara ini.

Sektor awam di Malaysia menghadapi kekangan kewangan yang ketara pada tahun 2010 mengakibatkan penurunan mendadak peruntukan bagi setiap sektor.

Sungguhpun demikian, kerajaan telah memberikan bonus kepada penjawat awam sempena Aidilfitri yang lalu sebanyak RM 500 dan satu lagi bonus bernilai RM 500 telah diumumkan akan diberikan pada Disember akan datang.

Perbuatan Cuepacs yang masih menuntut pemberian bonus sehingga dua bulan gaji adalah satu tindakan yang melampau dan di luar batas rasional. Benar, kerjaya dalam sektor awam tidak memberikan pendapatan lumayan berbanding swasta, dan pemberian bonus merupakan satu rahmat yang ditunggu oleh semua pihak.

Siapakah yang tidak mahu wang jatuh ke riba? Lebih-lebih lagi kakitangan awam yang berpendapatan rendah atau mereka yang menghitung-hitung bila gaji seterusnya akan masuk kerana kesempitan wang.

Namun, tidakkah lebih wajar Cuepacs memohon agar peruntukan yang turun mendadak tahun ini dipulihkan terlebih dahulu, atau ditambah mana yang perlu untuk memulihkan fungsi sektor awam yang 'sakit' akibat kekangan kewangan sebelum ini?

Tidakkah ramai kakitangan awam terjejas akibat pengurangan peruntukan untuk aktiviti, tuntutan perjalanan, bahkan pengurangan kursus-kursus berkaitan perkhidmatan? Tidakkah ini yang patut diutarakan dahulu?

Daripada menuntut bonus dalam bentuk wang ringgit saban tahun, Cuepacs seharusnya lebih proaktif memperjuangkan kebajikan penjawat awam.

Saya khuatir kami kakitangan awam akan dipandang serong oleh sektor swasta, yang sekali gus akan merendahkan martabat penjawat awam dek kerana segelintir pihak yang tidak merasa cukup dengan pendapatan sendiri.  [Dari MalaysiaKini]

Kami bukan seorang kakitangan awam. Tetapi kami terasa terkedu juga bila seorang penjawat awam berasa malu bila presiden sendiri mahu meminta bonus dari kerajaan untuk ahli2 nya. Untuk kebaikan ahli2 jugak. Berkemungkinan saudara Mohd Adlan ini seorang penjawat awam yang berpangkat tinggi atau masih bujang. Wallahualam.

Pada hemat kami presiden Ceupacs tu lebih tahu apa yang dimahukan oleh ahli. Beliau juga lebih peka dengan belanjawan yang baru dibentangkan.  Telah meneliti peruntukan2 yang diagihkan oleh kerajaan. Mungkin ada ruang yang diperhatikan boleh membantu penjawat2 awam. Tak ada salah jika kita berusaha. 

Perbelanjaan menguruskan keluarga semakin meningkat. Dengan kenaikkan harga barang2 keperluan, saiz keluarga dan pembesaran anak2. Memang memerlukan peruntukan yang banyak. Tak payah lah kami elaborate dengan lebih lanjut mengenai kos2 yang terbabit. Sesiapa yang berkeluarga akan menghadapi nya.

Kerana kos yang bertambah, suami isteri yang bekerja, sanggup untuk mencari sumber lain untuk menutup lubang2 yang ada.  Kerja part time atau berniaga.  Berkemungkinan juga melakukan aktiviti berkenaan hujung minggu dan cuti umum. Kami dapat merasakan kepenatan mereka2 ini.

Risiko kepada keluarga memang tinggi. Anak2 terabai. Keciciran. Masalah sosial. Semua masalah timbul. Allahuakbar.

Pada pendapat kami  tidak ada beza penjawat awan atau pekerja di sektor swasta. Pekerja tetap pekerja. Adakah penjawat awam curi tulang atau bekerja sambil lewa semasa bertugas? Adakah pekerja2 di sektor swasta semuanya bertanggungjawap? Sektor swasta ada KPI, begitu juga perkhidmatan awam. Adakah sektor swasta sahaja yang layak mendapat bonus? Tentunya tidak!

No0834

Isu pembaziran,  pecah amanah dan rasuah di perkhidmatam awam perlu dihapuskan. Ini boleh menjimatkan kos2 pembelian dan sebagainya. Adakah kerana kesempitan wang, ada yang sanggup melakukan penipuan dan sebagainya? Berkemungkinan. Lapuran audit negara perlu mendapat penelitian yang sewajarnya oleh kementerian2 yang terbabit. Perbelanjaan berhemah perlu dipraktikkan untuk penjimatan kos.

Pada kami pihak kerajaan perlu menimbang permintaan berkenaan. Keutamaan semestinya kepada penjawat awam. Sebagai majikan, kerajaan semestinya peka dengan masalah yang dihadapi oleh pekerja2. Jangan ambil mudah keperluan pekerja. Jangan sampai mereka2 ini beralih angin pada PRU 13 nanti.

Apa2 pun pada kami penjawat2 awam pun perlu dihargai perkhidmatan yang mereka berikan. Sama seperti di sektor swasta.

So…..semoga kita semua dihindari Allah SWT dari kelemahan dan kemalasan dan dilindungi Nya dari belenggu hutang dan kekasaran orang. Amin.

Wassalam.

Selasa, Oktober 19, 2010

BSK 109. Palestin Sampai Bila Perundingan

Bismillah.

Assalamualaikum.

Adakah wajar pendirian Presiden Mahmoud Abbas berhubung dengan isu Palestin. Jom kita sama2 baca…..

Abbas: Palestin sedia gugur tuntutan

RAMALLAH 18 Okt. - Pihak Palestin bersedia menggugurkan semua tuntutan ke atas Israel apabila mereka menubuhkan negara Palestin di wilayah yang diduduki oleh rejim Zionis itu semasa Perang Asia Barat 1967.

Presiden Palestin, Mahmoud Abbas berkata demikian semalam sebagai mengulas satu tuntutan yang telah lama dibangkitkan oleh Israel.

Beliau tidak menyebut secara khusus tuntutan-tuntutan yang hendak digugurkan tetapi salah satu tuntutan utama pihak Palestin ialah hak pelarian Palestin untuk pulang ke kampung halaman mereka di wilayah Israel, selepas mereka diusir oleh Israel semasa perang tersebut.

Abbas dalam wawancara dengan televisyen Israel juga berkata, rundingan dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu masih menjadi keutamaannya tetapi beliau akan menimbangkan pilihan lain jika rundingan gagal kerana Israel terus meluaskan kawasan penempatan haram Yahudi di wilayah Palestin.

Rundingan langsung dilancarkan semula oleh pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama bulan lepas, tetapi terhenti tidak lama kemudian disebabkan keengganan Israel untuk melanjutkan tempoh pembekuan kegiatan pembinaan perumahan haram Yahudi di wilayah Palestin.

Abbas berkata, tidak ada gunanya berunding selagi pendatang haram Yahudi terus merampas semakin banyak tanah Palestin.

Penduduk Palestin mahu menubuhkan sebuah negara di Tebing Barat, Genting Gaza dan timur Baitulmaqdis, yang ditawan oleh Israel pada perang 1967.

Israel sudah berundur dari Genting Gaza tetapi kira-kira setengah juta rakyat Israel mendirikan penempatan haram di kawasan lain yang ditawan daripada Palestin semasa perang.

Netanyahu mahu Palestin mengiktiraf Israel sebagai sebuah negara Yahudi dan awal minggu ini berkata, beliau mungkin melanjutkan tempoh pembekuan kegiatan pembinaan penempatan Yahudi jika Israel mendapat pengiktirafan tersebut.

Kata Abbas, Israel dan Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) mengiktiraf satu sama lain pada 1993 dan pengiktirafan sedemikian sudah memadai. – AP

[Utusan Malaysia Online]

Sudah banyak rundingan diantara pihak Palestin dan rejim Yahudi laknatullah tu, semua tidak boleh digunapakai. Sampai bila kah lagi pemimpin Palestin mahu mengadakan perundingan? Presiden Mahmoud Abbas  semestinya biasa mendengar atau membaca ayat2 al-Quran berhubung dengan sifat Yahudi laknatullah? Adakah beliau tidak peka atau prihatin?

Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu (Muhammad) hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemauan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. [Surah Al-Baqarah: Ayat 120]

Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani menjadi pemimpin-pemimpin(mu); sebahagian mereka adalah pemimpin bagi sebahagian yang lain. Barangsiapa diantara kamu mengambil mereka menjadi pemimpin, maka sesungguhnya orang itu termasuk golongan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim. [Surah Al-Maa’idah: Ayat 51]

Presiden Palestin itu mendapat pendidikan di Syria dan juga Mesir. Mendapat pencapaian setaraf PhD di Moscow. Berpendidikan tinggi tak semestinya kita boleh membelakangkan ayat2 Allah SWT. Kita tidak memperdulikan lagi amaran2 Allah SWT. Allahuakbar!

Perundingan dengan kelompok2 Islam dan bergabung dengan mereka untuk menghadapi Yahudi laknatullah adalah 1 permulaan. Tapi puak2 ni tidak mahu duduk semeja. Ada kepentingan tersendiri.

Adakah kita sedar bahawa kita qkan ditanya oleh Allah SWT tentang segala tindak tanduk kita didunia ini. Pemimpin2 dunia Islam akan disoal berkaitan dengan ikhtiar mereka untuk membantu Islam, Palestin dan Al-Aqsa. Apa agaknya jawapan2 dari mereka2 ini. Kita orang awam pun akan ditanya tentang kepimpinan yang kita pilih. Apa agaknya jawapan yang akan kita berikan pulak. Allahuakbar!

No0805

Marilah kita sama2 fikirkan

So….. semoga kita semua dikurniakan Allah SWT kekuatan dan keikhlasan untuk membantu Islam dan membantu kepimpinan yang mencintai Islam. Amin.

Wassalam.

BSK 108. Program Angkasawan Kedua Negara

Bismillah.
Assalamualaikum.
Adakah program angkasawan ke 2 akan diteruskan? Jom2 kita baca…..
Program Angkasawan Kedua diteruskan jika cukup peruntukan
17/10/2010 12:22pm
KUCHING 17 Okt. - Kerajaan melalui Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) akan meneruskan program angkasawan kedua negara ke angkasa lepas jika mempunyai peruntukan kewangan yang mencukupi dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10), kata timbalan menterinya, Datuk Fadillah Yusof.
Beliau berkata, ketika ini tumpuan lebih kepada 12 projek di bawah Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) dan dalam RMK-10 tidak ada peruntukan yang spesifik diberikan dalam program angkasawan kedua negara.
"Harap program angkasawan kedua negara dapat diteruskan dalam tempoh lima tahun (dalam RMK-10), bergantung kepada peruntukan kewangan dan kita harap mendapat pendapatan lebih baik selepas pelaksanaan 12 NKEA," katanya di sini hari ini.
Sebelum ini, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha telah dipilih oleh Jawatankuasa Pemilihan Angkasawan Agensi Angkasa Persekutuan Rusia (Roscosmos) sebagai angkasawan pertama Malaysia untuk misi ke angkasa lepas tahun 2007.
Doktor bedah ortopedik dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu berada selama 10 hari di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) dan telah menyempurnakan dua uji kaji berkaitan penghabluran protein yang membawa kepada aplikasi paten dan cap dagang. – Bernama
[Dari Utusan Online]
Cuba kita perhatikan data2 berikut:

Angkasawan program

Main article: Angkasawan program
Sheikh Muszaphar and three other finalists were selected at the beginning of 2006 for the Malaysian Angkasawan spaceflight program. The program arose after Russia agreed to transport one Malaysian to the ISS as part of a multi-billion purchase of 18 Russian Sukhoi Su-30MKM fighter jets by Malaysia. After completing initial training at Star City in Russia, Sheikh Muszaphar and Faiz Khaleed were selected to undergo an 18-month training program in Russia, at the end of which Sheikh Muszaphar was chosen as the prime crew member, while Faiz Khaleed served as back-up.[11] Following the final medical tests and training examinations, on September 17, it was announced that Sheikh Muszaphar would be flying on the Soyuz TMA-11 mission.[12]
During a NASA news conference with the Expedition 16 crew on July 23, 2007, and news conferences following his selection, Sheikh Muszaphar said he hoped to be able to take various live cell cultures to study during his flight.[1][13]
Terminology
Flying as a guest of the Russian government,[14] Sheikh Muszaphar's role aboard Soyuz and the ISS is referred to as a spaceflight participant in English-language Russian Federal Space Agency and NASA documents and press briefings.[4][15][16][17]
Speaking to Malaysian media outlets, Alexander Karchava, the Russian ambassador to Malaysia, stated that Sheikh Muszaphar is a "fully-fledged cosmonaut".[18] In an interview with the Malaysian Star newspaper, Robert Gibson, a retired NASA astronaut, shared his opinion that Sheikh Muszaphar is fully qualified as an astronaut, and as such, he should be called one. Gibson also said he regarded Sheikh Muszaphar as a peer.[19]
[Dari En.Wikipedia.Org]
Space
Berkenaan dengan program angkasawan Malaysia, adakah negara kita sememangnya memerlukan program itu? Pada hemat kami ianya bukanlah priority. Mungkin selepas mencapai Wawasan 2020 baru kita semak semula program tu.
Pada kami biar je peruntukan program tu (jika ada) diberikan sebagai bonus atau tambahan pemberian kepada kakitangan kerajaan. Sebagai balasan kepada sumbangan  yang diberikan oleh mereka. Berbaloi juga.
Lebih penting dan baik jika program memakmurkan rakyat diadakan. Seperti memastikan harga barang2 asas tidak naik. Harga minyak tidak naik dan tol2 di mansuhkan. Agar rakyat dapat hidup dengan selesa dan aman.
So….. semoga kita semua dikurniakan Allah SWT dengan pemimpin2 yang tunduk patuh lagi bertaqwa kepada Allah SWT dan segala perintah Nya. Amin.
Wassalam.
Wassalam.

Sabtu, Oktober 16, 2010

BSK 107. Bajet 2011 Permata SAR

Bismillah.
Assalamualaikum.
Perpatah melayu ada berbunyi “tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu?”. Itu le yang boleh kita katakan kepada sorang hamba allah tu. Jom kita sama2 baca…..
Bajet: 'Rosmah' dapat RM111 juta, SAR RM95 juta
Dzulfikar Mashoor
KUALA LUMPUR, 15 Okt: Program Permata yang dipopularkan oleh Datin Seri Rosmah Mansor, isteri kepada Perdana Menteri turut mendapat manfaat dari Bajet 2011.
Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Menteri Kewangan I mengumumkan sebanyak RM111 juta diperuntukkan bagi agenda Permata memperkasa pendidikan awal negara.
Peruntukan itu meliputi projek pembinaan Fasa II Kompleks Sekolah Permata Pintar, membina 32 Pusat Anak Permata Negara (PAPN) serta membiayai operasi 52 PAPN yang telah siap.
Peruntukan itu turut meliputi program Permata yang lain seperti Permata Pintar, Seni, Insan dan Remaja.
Walaupun Rosmah tidak mempunyai sebarang jawatan rasmii dalam kerajaan, khususnya Kementerian Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta Kementerian Pelajaran Malaysia tetapi program Permata yang diuruskannya nampaknya seakan mendapat bajet  'istemewa'.
Ini kerana, pertadbiran Najib hanya memperuntukan RM95 juta sebagai bantuan perkapita untuk sekolah-sekolah agama rakyat (SAR) rendah dan menengah.
[Dari Harakah Daily]
Walau pun tak ada jawatan resmi dalam kerajaan tapi ….. dia tu isteri perdana menteri. Itu pun 1 kerjaya masakini. Kawan2 pernah dengar tak kata2 ni “kalau suami pengurus, isteri pengurus besar”. Rasanya betul kata2 tu. Well, siapa yang lebih berkuasa?
Akhir zaman ni SAR dan seumpamanya tak begitu menarik minat atau menyentuh hati manusia. Tak commercial, tak international gitu. Hmm…..
Akhir zaman ni manusia mencari nama. Jika boleh nama tu nak sentiasa bermain dibibir rakyat. Entah!
No0823
Kami pun selalu juga jumpa first lady kat negara kita ni. Anak2 perempuan yang beriya-iya sangat nak jumpa. Ish ish. Tapi cuma masa dah dekat2 raya je. Hehe. Pergi Butik First Lady! Haha. Jangan marah! Mereka berkenan dengan baju2 kat sana. Apasal plak sampai isu first lady ni? Entah! Ish ish.
Walau apa pun kami berharap pemimpin2 yang diberi amanah untuk memimpin negara akan benar2 memberi yang terbaik kepada  rakyat. Baik dibalas baik. Buruk dibalas buruk. Bukan kita yang balas. Allah SWT yang membalasnya. Oleh itu berhati-hatilah dengan keputusan yang diambil.
So….. semoga kita semua termasuk didalam golongan hamba2 Allah SWT yang mementingkan dan mengutamankan hak. Hak Allah SWT dan hak manusia. Amin.
Wassalam.

Jumaat, Oktober 15, 2010

BSK 106. KWSP, Khazanah Beli PLUS RM23 Billion

Bismillah.

Assalamualaikum.

KWSP akan membuat pelaburan lagi? Alahai! Kami ada share kat KWSP ni!

KWSP, Khazanah beli PLUS RM23 bilion

October 15, 2010

KUALA LUMPUR, 15 Okt — Dua dana kerajaan Malaysia akan membeli operator lebuh raya utara-selatan, PLUS Expressways membabitkan urus niaga bernilai RM23 bilion, lapor akhbar bisnes Edge hari ini.

Menurut laporan itu, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan  Khazanah Nasional akan membentuk organ tujuan khas untuk mengambil alih aset dan liabiliti PLUS pada harga RM4.60 sesaham.

KWSP sudah pun memiliki 12.3 peratus saham dalam PLUS manakala Khazanah pula 55.2 peratus.

Pegawai-pegawai dari KWSP, Khazanah dan PLUS tidak dapat dihubungi untuk reaksi awal.

Urus niaga saham PLUS di Bursa Malaysia telah digantung selama dua hari bermula semalam sementara menanti pengumuman daripada pemegang saham. — Reuters

[Sumber dari Malaysian Insider]

Adakah KWSP ini dikategorikan sebagai “dana kerajaan” seperti yang dilapurkan? Kalau betul “fuuyoo”! [KWSP adalah Syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC)]. Kena faham tu.

Kita lihat dulu % dividend yang telah diberikan kepada pencarum:

Tahun

%

1952-1959

2.50

1960-1962

4.00

1963

5.00

1964

5.25

1965-1967

5.50

1968-1970

5.75

1971

5.80

1972-1973

5.85

1974-1975

6.60

1976-1978

7.00

1979

7.25

1980-1982

8.00

1983-1986

8.50

1987-1994

8.00

1995

7.50

1996

7.70

1997-1998

6.70

1999

6.84

2000

6.00

2001

5.00

2002

4.25

2003

4.50

2004

4.75

2005

5.00

2006

5.15

2007

5.80

2008

4.50

2009

5.65

2010

?

Nak tau camno peratus dividend to di kira? Klik sini!

Tak tau nak cakap apa sebenarnya. Paham2 le yang KWSP tu memang lubuk duit. Tapi kalau selalu dikeruk, boleh muflis juga dibuatnya. Jika kita protes, dilabel sebagai anti pembangunan. Tak sokong plan pembangunan negara. Ada2 je salahnya kita ni.

Protes ke tak protes ke, kami rasa KWSP terpaksa sebut “I will follow you”. Macam dipukau gitu. Nak kata kerbau dicucuk hidung rasanya kurang manis.

Kalau dari segi kutipan tol kami rasa PLUS tak akan rugi. Ada sugar daddy akan top up jika kutipan tidak mencapai sasaran.

No0822

Tak kami tak pasti samada pencarum KWSP akan mendapat pulangan lumayan dengan pelaburan terbaru ini. Dapat telur emas atau telur busuk, kita tunggu dan lihat % dividend yang akan dicadangkan oleh KWSP di tahun2 mendatang.

Tapi kami sebagai rakyat terasa juga bahana dengan kenaikan kadar tol. Macam kerap sangat revision nya. Seperkara lagi, duit yang akan dibayar oleh sugar daddy tu pun dari poket rakyat juga.

Jika dividend tinggi sebahagian rakyat untung dan sebahagian rakyat rugi. Pencarum mungkin untung berbanding yang bukan pencarum. Kena betul dengan slogan “Dari rakyat untuk rakyat”.  Macam tak kena je!

Jadi siapa sebenarnya yang betul2 untung dalam perkara ini? Cuba kawan2 fikir2kan.

So….. semoga kita semua dikurniakan Alah SWT dengan pendapatan yang halal dan keberkatan rezeki, Amin.

Wassalam.

BSK 105. Umno Ti”ada” Rancangan Ke Sarawak

Bismillah.

Assalamualaikum.

Setiausaha agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengakui bahawa ada pihak yang cuba menubuhkan Umno di Sarawak, namun usaha seperti itu tidak akan berhasil kerana penubuhan parti itu di negeri berkenaan tidak akan diluluskan oleh Umno pusat.

Nak baca berita penuh? Klik sini!

Betul ke? Susah kami hendak mempercayai penafian tersebut. Jika telah diakui ada pihak yang cuba atau mahu menubuhkan Umno disana, semesti sudah ada pertemuan diantara seseorang di pusat dengan seseorang di sana. Ingat perkataan “perpaduan”? Masih dinyanyikan lagu tu sekarang ni.

Selalunya, bila ada berita penafian dilakukan, sebenarnya perancangannya sudah ada atau dah bermula. Jika tidak takkan majlis hari raya oleh badan penaja Umno Sarawak boleh diadakan. Mesti ada “approval” dari jari2 gatal di pusat.

Setahu kami CM Sarawak sekarang ni pun dikatakan tak menentang jika Umno nak bertapak di sana. Kira dah diberi lampu hijau tu. Untuk berita penuh! Klik je sini!

No0817

Zaman sekarang ni mana ada istilah “malu2 kucing”. Istilah yang masih digunakan ialah “siapa cepat dia dapat”. Ada peluang, sambar! Lambat lepas!

Umno sebenarnya sedang mencari kekuatan sekarang ni. Kekuatan ini diperlukan untuk menghadapi PRU 13 nanti. Jika Umno bertapak di Sarawak, kekuatan parti tu akan bertambah. Iaitu dengan kemasukkan ahli2 komponen BN dan parti2 lain dalam Umno. Secara tak langsung MP Umno akan bertambah, seperti apa yang berlaku di Sabah. Kekuasaan Umno akan meliputi Sabah dan Sarawak. Kami berkeyakinan pengundi2 di Malaysia Timur masih boleh dimanipulasi dengan agak mudah berbanding Semenanjung. Secara tak langsung Umno tidak perlu sangat bergantung nyawa kepada komponen2 lain dalam BN. Erti kata lain, Pas tidak diperlukan lagi oleh Umno.

Itu cuma andaian kami sahaja. Mungkin jadi mungkin tak jadi. Tapi kami lebih berat kepada Umno akan masuk ke Sarawak dalam waktu terdekat ini. Cuma itu alternatif yang mereka ada. Fikir2kan.

So….. semoga kita semua ditakdirkan Allah SWT memilih kebenaran, memihak kebenaran dan bersama kebenaran. Amin.

Wassalam.

Khamis, Oktober 14, 2010

BSK 104. Lucut Gelaran “Datuk” Tinggal Atok

Bismillah.

Assalamualaikum.

Presiden Perkasa dah tak ber “datuk” lagi. Yang boleh panggil dia datuk sekarang ni cucu2 dia je. Tapi selalunya cucu2 panggil atok je. Panggilan manja. Jom2 baca…..

Istana Kelantan lucut gelaran ‘Datuk’ Ibrahim Ali

TERKINI @ 04:00:51 PM 13-10-2010

October 13, 2010

KUALA LUMPUR, 13 Okt — Istana Kelantan menarik balik pingat yang membawa “Datuk”, yang dikurniakan kepada Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas, berkuat kuasa hari ini.

Turut dilucutkan gelaran “Datuk” ialah bekas setiausaha kerajaan negeri Datuk Wan Hashim Wan Daud dan dua yang lain.

Menurut Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan Datuk Mohd Aiseri Alias, dua lagi individu adalah kerabat Istana Kelantan iaitu Tengku Mohamed Shafie Tengku Ibrahim, 65, dan Tengku Abu Bakar Tengku Mansor, 45.

Pengelola Istana Datuk Abdul Halim Hamad memberitahu The Malaysian Insider bahawa Sultan Muhammad V melucutkan gelaran kedua-dua mereka.

Wan Hashim sebelum ini mendakwa dirinya sebagai setiausaha sulit kepada Sultan Ismail Petra ketika krisis Istana Kelantan.

Sumber memberitahu The Malaysian Insider Ibrahim sudah dimaklumkan mengenai keputusan itu dan beliau menerimanya dengan terbuka.

“Datuk Ibrahim Ali tak kecewa. Dan, beliau berkata akan terus melahirkan kesetiaan kepada baginda Sultan,” katanya.

Dalam pada itu, laporan Bernama memetik Mohd Aiseri sebagai berkata, Sultan Muhammad V menarik balik anugerah dan darjah kebesaran daripada empat individu termasukgelaran Datuk kepada Ibrahim, 59, dan Wan Hashim Wan Daud, 64.

Ketika mengumumkan perkara itu pada satu sidang akhbar di Kota Baru hari ini, beliau bagaimanapun tidak menjelaskan sebab penarikan balik itu dibuat.

“Penarikan balik ini adalah hak Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad Kelima Al Sultan Kelantan yang dijalankan menurut hemah dan budi bicara,” kata Mohd Aiseri.

[Diambil dari The Malaysian Insider]

Tak kisah le samada hendak di panggil dengan “saudara ke” “encik ke” “YB ke”, terpulang kepada kesedapan lidah yang nak menyapa.

Mungkin ada negeri2 lain yang nak beri kurniaan? Atau kerajaan persekutuan ke? Terus Tan Sri! Mana tau rezeki manusia.

Well, nak beri , nak tarik balik adalah hak pemberi menurut hemah dan budibicara.

No0819

Nak terima penarikan tu dengan hati terbuka ke atau hati tertutup ke, mana le kita tahu. Dalam hati dia!

Well, umum mengetahui Yang Berhormat tu memang kuat memperjuangkan hak2 bangsa Melayu. Terima sahaja! Buat slumberland je!

Walau apa pun pada pendapat kami, keperkasaan beliau sedikit sebanyak terjejas juga. Mungkin terasa janggal sikit nak duduk bersebelahan dengan Tun rasanya. Wallahualam.

So….. semoga kita semua dihindari Allah SWT dari sikap mengejar perhiasan dunia tetapi kita di kurniakan Allah SWT dengan sifat sayangkan akhirat. Amin.

Wassalam.

BMK 1. Sambal Tumis Kacang Panjang

Bismillah.

Assalamualaikum.

Sekarang ni since banyak masa, sarapan, lunch dan dinner semua cukup. Kekadang tu cuma, tak pasti nak masak apa. Pening nak mencari idea lauk apa yang nak dimasak. Wife buntu, kami lagi le.

Well, 1 hari tu, kami dan anak ke 2 team up untuk masak tengahari. Jom2 ikut…..

No0803

Masakan yang kami sediakan. Sambal tumis kacang panjang. Kami nak share cara2 kami buat dish tu. Haha. Nak ke tidak ni? First time kami buat offer ni! Nak2! Gitu le baru kawan2. Hehe. Simple je masakan ni. Simply simple! Semua orang boleh cuba. Yang jarang ke dapur pun boleh cuba. Yang tak ada dapur pun boleh buat2 cuba. Jom…..

Bahan2:

1

5 tangkai kacang panjang Dipatah-patahkan 1 inci

2

1 biji bawang besar }

3

2 ulas bawang putih }

4

1/2 biji tomato }

5

2 biji cili merah } Di blend bahan 2-7

6

1 biji cili padi }

7

10 ekor ikan bilis }

8

1/4 kiub ikan bilis  

9

Garam dan gula  

10

Minyak masak  

11

Air  

Cara memasaknya:

1

Panaskan minyak. Tumis bahan2 yang diblend dan kiub ikan bilis hingga pecah minyak.

2

Masukkan kacang panjang. Kacau hingga kacang panjang layu.

3

Masukkan air ikut citarasa.

4

Masukkan garam dan gula secukup rasa.

5

Masak hingga kuah mendidih.

Well, kawan2 nak cuba, boleh cuba. Kalau takut nak cuba, cuba2 je lah. Mana tahu pekenan pulak dengan taste bud kawan2. Selamat mencuba! Kata2 ikhlas dari kami tu.

Masakan kedua plak dari anak ke 2. Tak de resepinya. Cuma dia yang tahu. Tapi pasal ayam mengayam ni memang kesukaan dia. Cuma jangan ayam masak kari. Huhu, Menangis dia. Jom2 kami tunjukkan…..

No0804

Ayam goreng bumbu! Tak tau le bumbu apa yang diperap kat ayam tu. Tapi rasanya, memang marvelous. Memang sampai menjilat jari selalunya. Tak pe, lain kali kami mintakan resepi untuk sharing session dengan kawan2. OK kaaan?

Homemade atau home cooking ni memang OK. Masakan simply simple je,  tapi bersih lagi menyelerakan. Cuba2 le.

So….. semoga kita semua dihindari Allah SWT dari sifat malas dan dikurniakan sifat suka berusaha untuk kebaikan keluarga. Amin.

Wassalam.

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Justin Bieber, Gold Price in India