DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG

Segala puji bagi Tuhan Yang Menguasai Langit dan Bumi. Yang mengatur urusan makhluk. Selawat dan Salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Nabi dan Rasul Akhir Zaman dan juga kepada keluarga dan para sahabatnya dan pengikut-pengikutnya.

Selamat datang. Selamat membaca. Semoga terhibur.

Jazakallah Khairan Kathira.Assalamualaikum Wrt. Wbt

Selasa, Oktober 12, 2010

BSK 102. Keselamatan Keutamaan

Bismillah.

Assalamualaikum.

Kami sering juga terbaca kat akhbar2 tentang anak2 ditinggal kat dalam kereta sementara ibu atau ayah pergi ke kedai atau seumpamanya.

Pagi semalam semasa kami kat klinik di Seremban 2, ada kejadian seumpama itu terjadi.  Wife kami yang berada kat pasaraya berdekatan beritahu ada budak kecil terkunci kat dalam kereta.

No0798

Kami sempat merakan gambar diatas. Ceritanya, suami isteri bangsa Malaysia ni nak beli makanan kat restoran tu. Ditinggalkan anak kecil mereka kat dalam kereta. Rasanya 3 atau 4 tahun umurnya. Tak dikunci le kereta tu! Bila balik kat kereta didapati kereta dah berkunci. Tak tau le anak mereka ni terkunci atau sengaja mengunci pintu kereta berkenaan. Kalau sengaja tentu dia marah kerana ditinggalkan sorang2. Anak2 sekarang ni kan manja2 sikit. Ish ish.

Puas dipujuk oleh ibu dan ayah nya, ditunjukkan signal camno nak tarik tombol kunci keatas, tak mahu jugak dia unkunci kereta tu. Slumberland je duduk kat dalam kereta. Kawan2 boleh lihat kereta berkenaan sedang dikerumuni oleh rakyat 1 Malaysia yang sedia memberi bantuan. Ada yang menyompel dengan screwdriver , ada yang menekan-nekan tombol pintu luar. Tak jugak terbuka. Budak tu masih slumberland lagi kat dalam kereta. Lebih 1 jam gak baru pintu kereta tu dapat dibuka. Kami tak tau siapa yang berjaya membukanya. Alhamdulillah.

Jangan sekali-kali tinggalkan anak2 kecil dalam kereta keseorangan walau pun seketika. Ada kata perpatah “malang tak berbau”. Betul tu!

Kanak2 tu mungkin tertekan tutup butang penghawa dingin. Jika diwaktu tengahari boleh membawa mudarat kerana kepanasan dan kekurangan udara. Kanak2 tu boleh juga secara tak sengaja terbuka pintu kereta, mengundang mereka2 yang tidak bertanggungjawap melarikan kereta. Tidak mengunci kereta pun mengundang kecelakaan. Kanak2 tu juga mungkin tertolak brek tangan kat kereta tu. Kena pulak parking kat tempat tinggi. Wassalam!

Banyak kemungkinan yang boleh terjadi atau berlaku. Kemungkinan yang mengundang kemudaratan. Ngeri kami nak bayangkan! Jika sayangkan anak2 dan juga keluarga, sentiasa beringat-ingat dan berhati-hati. Utamakan keselamatan kita sekeluarga. Untuk kebahagian kita semua. Sesal dulu pendapatan, sesal kemudian tak berguna.

So….. semoga kita semua dikurniakan Allah SWT dengan sifat tanggung jawap yang membawa kepada kebaikan kita di dunia dan di akhirat. Insya’allah.

Wassalam. 

0 comments:

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Justin Bieber, Gold Price in India