DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG

Segala puji bagi Tuhan Yang Menguasai Langit dan Bumi. Yang mengatur urusan makhluk. Selawat dan Salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Nabi dan Rasul Akhir Zaman dan juga kepada keluarga dan para sahabatnya dan pengikut-pengikutnya.

Selamat datang. Selamat membaca. Semoga terhibur.

Jazakallah Khairan Kathira.Assalamualaikum Wrt. Wbt

Sabtu, Oktober 09, 2010

BSK 98. Wang Ehsan Warga Emas Pulau Mutiara

Bismilah.
Assalamualaikum.

Isu wang ehsan yang diberikan oleh Kerajaan Pulau Pinang kepada warga emas kat negeri tu rasa tak habis lagi ceritanya. Kenapa isu tu susah sangat nak diselesaikan? Sedih bila membaca isu tersebut masih dimainkan di Utusan Malaysia. Jom2 baca.....

60 lagi warga emas pulangkan wang ehsan

08/10/2010 4:08pm

BALIK PULAU 8 Okt. - Seramai 60 lagi warga emas yang menerima wang ehsan sebanyak RM100 daripada kerajaan negeri, hari ini bertindak memulangkan semula wang itu kerana sumbernya diragui mereka.

Antara mereka ialah Abdullah Aziz, 61, seorang pesara polis yang berkata tindakan kerajaan negeri memberi wang hasil perjudian iaitu daripada kegiatan Kelab Lumba Kuda Pulau Pinang kepada warga emas adalah sesuatu yang memalukan.

"Tindakan kerajaan negeri itu adalah bertentangan dengan ajaran Islam kerana ia adalah wang haram dan sebagai seorang yang beragama Islam adalah wajar saya memulangkan semula duit itu.

"Kami (warga emas) rasa tertipu dan memulangkan wang ini kerana tidak mahu bersubahat dan merasakan Ketua Menteri (Lim Guan Eng) tidak menghormati prinsip Islam dan maruah diri kami,” katanya yang sangat kecewa dengan perkara berkenaan.

Beliau yang bertugas sebagai bilal di sebuah masjid di sini berkata demikian pada satu sidang akhbar yang diadakan Paduka Ayahanda Pertubuhan Kebangsaan Warisan Ketuanan Melayu Malaysia (Pewaris) cawangan Pulau Pinang, Sabaruddin Ahmad di sini hari ini.

Turut hadir pada sidang akhbar berkenaan ialah Anggota Dewan Undangan Negeri Teluk Bahang yang juga Ketua UMNO bahagian Balik Pulau Datuk Dr Hilmi Yahya.

Seorang lagi penerima, Lebar Ahmad, 69, berkata tindakan beliau dan rakan- rakannya memulangkan wang berkenaan adalah atas kerelaan hati dan bukan dipaksa oleh mana-mana pihak.

"Makcik tak mau dah ambik duit macam ni (wang haram) kerana ia akan jadi darah daging dan biarlah susah daripada terima duit haram,” katanya.

Sementara itu, Sabaruddin berkata pihaknya menganjurkan majlis berkenaan bagi memudahkan warga emas di sekitar Balik Pulau menyerahkan semula wang ehsan berkenaan.

"Majlis ini dibuat bukan atas dasar politik sebaliknya atas permintaan warga emas yang mahu memulangkan semula wang haram itu dan Pewaris juga ingin mengingatkan Ketua Menteri agar lebih peka, prihatin dan menghormati prinsip-prinsip Islam memandangkan beliau kini menjadi pemerintah dalam negara yang majoriti penduduknya beragama Islam,”katanya.

- Bernama
[Dari Utusan Online]

Bukankah sudah diterangkan oleh mereka2 yang berpengetahuan agama berkenaan dengan isu tersebut. Panjang lebar diterangkan kenapa mereka2 itu boleh menerima wang tersebut. Tak faham kami kenapa ada orang politik yang masih nak jadi "champion" berhubung dengan isu tersebut. Aduhai!

Penjelasan 1
Klik sini! 

Penjelasan 2
Klik sini!

Jika pak cik2 dan mak cik2 warga2 emas tu terkeliru, kenapa yang terpelajar pulak mengelirukan. Allahuakbar. Kenapa tak dapatkan pendapat dari pejabat agama atau mereka2 yang boleh mengeluarkan fatwa untuk menyelesaikan isu ini. Adoi!

Isu ni nampak kecil, tapi impak pada bukan Islam besar. Di satu pihak orang yang berpengetahuan agama mengatakan boleh ambik, orang politik pulak kata bagi balik. Alahai!

Tapi pada kami, mereka2 yang mengaku muslim perlu peka dengan isu2 yang mahu mereka mainkan. Jika isu itu diluar bidang pengetahuan mereka, tolong jangan besar2kan isu berkenaan. Harubiru jadinya!

So..... semoga kita semua dihindari Allah SWT dari termasuk didalam golongan mereka2 yang terkeliru lagi mengelirukan. Amin.

Wassalam.

0 comments:

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Justin Bieber, Gold Price in India