Bismillah.
Assalamualaikum.
Adakah kita sekarang ini hidup diakhir zaman? Jika kita peka dengan keadaan sekeliling, kita akan akur bahawa kita sememangnya sedang menjalani kehidupan diakhir zaman.
Dengan bencana alam yang sering terjadi di serata dunia. Gempa bumi, tanah runtuh, banjir, puting beliung, taufan dan sebagainya. Baru-baru ini terjadi letupan gunung berapi di negara jiran terdekat kita.
Disertai juga dengan keruntuhan akhlak dikalangan umat manusia. Sumbang mahram, penzinaan, pembunuhan, penipuan, mat rempit, bohsia, bohjan, penagihan dadah, ketagihan arak dan seribu satu macam lagi maksiat.
Cuba kita ikuti berita seorang ibu koma kerana ditumbuk oleh anaknya: Klik disini!
Ibu yang melahirkan kita, tergamakkah kita melakukan sebegitu? Cuba kita hayati bait-bait lagu nyanyian allahyarham Sudirman Hj Arshad:
“Ayah dan ibu, ayah dan ibu, itulah permulaan kami, dapat melihat bulan dan matahari.”
Cuba pula kita renungkan tulisan Tuan Guru MB Kelantan dalam buku beliau Insan, Ingatlah!:
Bab 30: Aqidah yang cacat halang roh ke Sidratul Muntaha [MS 154-155]
Dipintu langit keenam, satu lagi amalan orang mukmin itu diperiksa, kali ini mengenai hal ehwal berbakti kepada dua ibu bapa. Sama ada dia anak yang soleh yang sentiasa berbakti kepada ibu bapa, atau anak yang derhaka yang sentiasa menyakiti hati orang tuanya. Mengabaikan kebajikan dan tidak mentaati perintahnya yang tidak bercanggah dengan hukum Islam.
Adakah dia seorang yang sentiasa mencari keredhaan kedua ibu bapanya, atau sebaliknya. Rasulullah S.A.W. pernah memperkatakan tentang alamat qiamat, iaitu ibu yang melahirkan tuannya. Apakah yang dimaksudkan dengan ibu yang melahirkan tuannya? Ia adalah kata sindiran kepada sikap anak yang derhaka, berlagak seperti tuan dengan memperhambakan ibunya.
Sebagaimana yang sering terjadi di zaman moden ini, di mana ibu-ibu sering dibebani tugas yang tidak sepatutnya, disuruh mengasuh cucu, disebabkan dia bekerja dan sebagainya, sukar untuk mendapatkan pengasuh atau pembantu rumah yang sesuai. Hati ibu merasa tertekan kerana dibebani dengan tugas seperti itu. Sikap anak itu bererti telah memperhambakan ibunya, itulah yang dimaksudkan ‘ibu yang melahirkan tuannya’, dalam ertikata anak sudah menjadi tuan, ibu menjadi orang suruhan.
Demikianlah Islam menitikberatkan soal berbakti kepada kedua ibu bapa sebaimana firman Allah Taala:
Yang bermaksud:
“Kami perintahkan kepada manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya, ibunya mengandungnya dengan susah payah (pula). Mengandungnya sampai menyapihnya (menyusukan hingga habis tempoh) adalah tiga puluh bulan.” (Surah al-Ahqaf ayat 15)
Dan firman-Nya lagi:
Yang bermaksud:
“Dan Tuhanmu telah memerintahkan kamu supaya kamu jangan menyembah selain dari Dia dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibu bapa. Jika seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan “ah” dan janganlah kamu membentak mereka, dan ucapkanlah perkataan yang mulia.” (Surah al-Isra ayat 23)
Diatas adalah tulisan tuan Guru MB Kelantan, cukup untuk memberi pengajaran kepada kami dan juga berkemungkinan kepada kawan-kawan juga.
kita ambil iktibar dari berita diatas, agar kita terhindar dari melakukan perkara yang sama. Dan kita memuliakan kedua ibu bapa kita sesuai dengan ketetapan yang di gariskan oleh Allah SWT.
So….. semoga Allah SWT mengampuni segala dosa kesalahan kita dan dosa-dosa kesalahan ibu bapa kita, dan dikasihi-Nya ibu bapa kita sebagaimana mereka mengasihi kita semasa kita kecil. Amin.
Wassalam.
0 comments:
Catat Ulasan