Bismillah.
Assalamualaikum.
Adakah 1 kuasa baru akan bertapak di Putrajaya selepas PRU 13 nanti? Hanya Allah SWT yang maha mengetahui. Kita manusia hanya merancang Allah Taala yang melaksanakan.
Kita lihat dan perhatikan faktor-faktor yang ada disekitar kita. Di kesempatan ini kami kemukakan 2 faktor yang sediada.
Faktor pertama, kami mulakan dengan rajah dibawah ini.
Perdana Menteri | Timbalan Perdana Menteri |
Tunku Abdul Rahman | Abdul Razak Hussein |
Abdul Razak Hussein | Ismail Abd Rahman Hussein Onn |
Hussein Onn | Dr. Mahathir Mohamed |
Dr. Mahathir Mohamed | Musa Hitam |
Abdullah Ahmad Badawi | Mohd Najib Abdul Razak |
Mohd Najib Abdul Razak | Muhyiddin Yassin |
Rajah menunjukkan perdana menteri dan timbalan-timbalan mereka.
Ada 1 teori yang berlegar di negara kita yang dikatakan menjadi petunjuk siapa yang akan menjadi perdana menteri. Teori RAHMAN! Ianya diambil sempena nama Tunku Abdul Rahman (perdana menteri pertama Malaysia) atau mungkin juga nama Tuanku Abdul Rahman (Yang di-Pertuan Agung Pertama Malaysia).
Jika diperhatikan dengan teliti, memang perdana menteri yang dilantik adalah mengikut abjad pangkal nama panggilan kebiasaan mereka. Abdul Razak, Hussein, Mahathir, Abdullah dan Najib. Mereka-mereka ini yang melengkapkan teori RAHMAN itu.
Sesiapa yang mempercayai teori ini akan mengatakan Najib adalah yang terakhir seperti ramalan tersebut. Najib adalah penutup sejarah teori itu dan akan ada lembaran sejarah baru akan dibuka. Sesiapa yang mempercayai teori ini akan bersetuju bahawa ada kuasa baru yang akan berkuasa di Putrajaya dalam waktu terdekat ini.
Faktor kedua adalah dari berita-berita yang disiarkan oleh akhbar-akhbar dan saluran-saluran TV arus perdana.
Tidak kira dalam akhbar-akhbar atau siaran-siaran TV, kurang sangat atau tidak ada lapuran tentang negeri-negeri Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan juga Kelantan.
Jika ada yang didisiarkan pun pasti yang tidak menyenangkan. Isu pasir sebagai contoh. Isu khinzir juga. Digembar-gemburkan, walaupun rakyat tahu ianya adalah masalah dan beban peninggalan.
Tidak ada kebaikan yang dilapurkan dilakukan oleh pemimpin-pemimpin yang menerajui Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan juga Kelantan. Samada kebaikan kepada negeri atau rakyat disana.
Negeri-negeri berkenaan didalam Malaysia juga tapi dipinggirkan. Tidak ada keseimbangan dalam neraca keadilan.
Tapi bila keluar lapuran audit negara, negeri-negeri itulah yang menunjukkan prestasi yang baik.
Adakah atau mungkin rakyat kena “read between the lines” bila membaca atau mendengar berita-berita yang disiarkan?
Jika orang ni kata A bererti ianya Z. Jika diberitahu NO sebenarnya YES. Jika dikatakan BERPECAH ianya bererti BERSATU. Jika dikatakan DIPERTAHAN, well ,…..
Kita semua kenalah merenung dan berfikir sejenak dengan ikhlas dan kewarasan yang ada tentang isu kuasa dan kepimpinan ini. 1 isu yang amat penting dalam Islam. Fikir-fikirkan dengan minda terbuka.
Tapi kita wajib percaya, hanya dengan izin Allah SWT segala sesuatu itu terjadi.
So….. semoga Allah SWT kurniakan kepada kita kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan dipeliharakan kita dari azab neraka. Amin.
Wassalam.
0 comments:
Catat Ulasan