Bismillah.
Assalamualaikum.
Di hari Jumaat ni kami nak mengambil sedikit iktibar dari tulisan Tuan Guru MB Kelantan. Iktibar untuk diri kami dan juga mungkin untuk kawan2 juga. Kalau tidak pun sebagai renungan kita bersama. Jom kita ikuti…..
Dari buku “Insan, Ingatlah!”
Bab 2 – Manusia cerdik ialah mereka yang mengingati mati
Abdullah bin Umar radhiallahu ‘anhuma berkata, bahawa ketika dia sedang duduk-duduk di sisi Rasulullah S.A.W. lalu datang seorang lelaki memberi salam dan bertanya kepada Rasulullah: Siapakah yang lebih utama (lebih baik) dikalangan orang yang beriman?” Jawab Rasulullah S.A.W.: “orang yang lebih baik di kalangan orang beriman ialah mereka yang berakhlak mulia.” [P6]
Kemudian lelaki itu bertanya lagi: “Siapakah orang yang paling cerdik di kalangan orang yang beriman?” Jawab Nabi S.A.W.: “Orang yang paling cerdik ialah mereka yang banyak mengingati mati, dan banyak membuat persiapan untuk menghadapi mati.” [P7]
Demikianlah ukuran cerdik pada pandangan Islam jauh berbeza dengan tanggapan manusia ramai, kerana manusia ramai mengukur kecerdikan itu berdasarkan pencapaian mereka dalam akademik, serta kepakaran dalam cabang ilmu pengetahuan, termasuk juga para pengkaji dan saintis yang berjaya menghasilkan ciptaan baru dalam dunia teknologi canggih. Walaupun Islam tidak menafikan cabang-cabang ilmu tersebut, tetapi ia hanya akan lebih bernilai jika ia dapat membantu mempertingkatkan keimanan seseorang terhadap Allah Taala dan juga alam akhirat. [P8]
….. [Perenggan 9]
Orang yang banyak mengingati mati bererti akan sentiasa mengawasi diri dari melakukan dosa, kerana dosa akan membawa akibat buruk di alam barzakh dan lebih-lebih lagi di akhirat. setiap apa yang dilakukan akan sentiasa merujuk terlebih dahulu kepada hukum Allah Taala, bukan seperti pepatah Melayu ‘tepuk dada tanya selera’ yang membawa erti hidup di bawah dorongan nafsu. Sebaliknya orang yang sentiasa meningati mati itu akan sentiasa bertanya imannya sendiri, iaitu ‘tepuk dada tanya iman’. [P10]
….. [P11]
….. [P12]
Apatah pula jika dia seorang pemimpin negara, andainya dia tidak sentiasa mengingati mati atau tidak beriman dengan Allah Taala, nescaya tiada alasan untuk pemimpin tersebut bagi melaksanakan hukum Allah SWT, sebaliknya dia akan menggunakan kekuasaan untuk memuaskan nafsu bagi mengaut kekayaan dari harta negara dengan memperalatkan kekuasaan yang dimiliki, untuk kepentingan diri dan kelompoknya. [P13]
Cuba kita fikir2kan apa sebenarnya yang hendak disampaikan oleh Tuan Guru MB Kelantan itu. Pada kami ianya bertujuan untuk kebaikan kita di dunia dan juga kebaikan kita di akhirat. Renung2kan!
Jom2 kita baca pula ucapan PM kita: Klik sini!
Apa sebenarnya yang ingin sangat kita pertahankan? Adakah negara kita? Bangsa kita? Istana kita? Kekayaan kita? Kekuasaan kita? Isteri kita? Puak2 kita? Gaya hidup kita? Agama kita? Akhirat kita?
Betul seperti apa yang katakan oleh Tuan Guru “tepuk dada tanya iman”. Kita fikir2kan dan renung2kan apa sebenarnya yang kita inginkan sangat dalam hidup kita ini?
So….. semoga Allah SWT tidak memesongkan hati kita setelah kita diberi pertunjuk dan ditetapkan iman kita dengan iman yang sempurna. Amin.
Wassalam.
0 comments:
Catat Ulasan