Bismillah.
Assalamualaikum.
Ubahsuai kediaman RM65 juta! Adakah benar berita ini? Jom kita sama2 baca: Klik sini!
RM65 juta! 1 angka yang cukup banyak. Pertama yang datang kat fikiran kami, duit rakyat tu! Kediamanlah yanglah didudukilah sudahlah terlalu-lalulah tercukuplah amatlah selesanyalah. Apa lagi yang hendak diubahsuai? Apa sebenar-benarnya yang hendak diubah?
Kalau menggunakan wang sendiri kami tidak akan ambil pusing. Ini duit rakyat! Tidak ke ada sekelumit rasa bersalah dihati penghuni2 kediaman itu?
Meminta rakyat mengubah cara hidup bila harga barang2 keperluan meningkat naik. Rakyat kata “we will follow you.”
Rakyat digesa mencari sumber pendapatan sampingan untuk menampung kehidupan seharian. Diberi kemudahan untuk mendapat lesen pasar malam. Rakyat bekerja siang malam! Rakyat kata “we will still follow you.”
Kalau dulu 2 sudu gula, sekarang 1 sudu. Kalau dulu 1 sudu gula, sekarang tak payah bergula. Kalau dulu tak bergula, sekarang gadai sudu. Yang diwarwarkan bagus untuk kesihatan. Rakyat kata “we will still follow you forever-ever.”
Sampai bila rakyat nak diamkan diri bila diperbodoh-bodohkan. Tak sedar-sedar lagi. Ish ish.
1Malaysia dipermain-mainkan. Duit rakyat didahulukan, digunakan sewenang-wenangnya. Tidak pernah terasa atau terfikir sedikit pun kesusahan rakyat. Rakyat penat lelah bekerja. Gaji di potong PCB. Untuk apa? Untuk menampung mereka sekeluarga.
Itu pun mereka sekeluarga masih tidak sedar diri. Tidak ingat nasihat yang Allah SWT berikan kepada hamba-hamba Nya. Cuba kita renungkan ayat dibawah:
“Dan berikanlah kepada kerabatmu, dan orang miskin serta orang musafir akan haknya masing-masing; dan janganlah engkau membelanjakan hartamu dengan boros yang melampau.
Sesungguhnya orang-orang yang boros itu adalah saudara-saudara Syaitan, sedang Syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya.” [Surah Al-Israa’: Ayat 26-27]
Itu hendak membelanjakan harta sendiri! Ini kes boros harta rakyat! Ini kes jadi saudara-saudara siapa ni?
Cuba kita lihat apa yang ditulis oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam buku beliau Jnsan, Ingatlah!. Dalam bab 9 – Mati: Setiap sendi mengucapkan selamat tinggal [MS 47].
“Selain itu malaikat maut itu sentiasa menjenguk setiap manusia sebanyak 360 kali dalam sehari, sehingga malaikat maut itu sangat arif dan mengenali setiap insan. Kerana terlalu kenal itu menyebabkan tidak pernah berlaku kesilapan, seperti hendak mencabut nyawa seseorang tetapi tercabut nyawa orang lain pula.
Sayangnya manusia tidak menyedari bahawa wajahnya sentiasa diintai oleh malaikat maut sebanyak 360 kali dalam sehari, bererti hampir setiap tiga minit malaikat maut menjengah wajah setiap penghuni dunia ini. Masing-masing menunggu giliran untuk menemui kematian. mati yang sering dilupakan akan datang pada bila-bila masa.”
Kita kena pegang hak2 kita. Kekadang kena lawan untuk hak2 itu. Well, dalam masa terdekat ini kita perlu sama-sama berubah dan perlulah sama-sama berani mengubah. Cuba fikir2kan.
So….. semoga Allah SWT pelihara diri kita, harta kita dan agama kita. Dan Allah SWT jadikan kita redha dengan penentuan-Nya dan diberikan keberkatan kepada kita pada perkara-perkara yang ditetapkan Nya. Amin.
Wassalam.
0 comments:
Catat Ulasan