DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG

Segala puji bagi Tuhan Yang Menguasai Langit dan Bumi. Yang mengatur urusan makhluk. Selawat dan Salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Nabi dan Rasul Akhir Zaman dan juga kepada keluarga dan para sahabatnya dan pengikut-pengikutnya.

Selamat datang. Selamat membaca. Semoga terhibur.

Jazakallah Khairan Kathira.Assalamualaikum Wrt. Wbt

Isnin, Oktober 11, 2010

BFK 110. Piza Simply Simple

Bismillah.

Assalamualaikum.

Malam semalam kami makan simple je. Petangnya kami dah makan nasi goreng, jadi malam yang ringan je. Wife dan anak ke 2 buat piza. Berat? Tak! Jom2 ikut kami…..

No0790

Ni piza yang pertama. Sekeping roti sandwish , diletakkan atasnya hirisan sosej, bawang kuning dan tomato dipotong dadu. Di spray dengan mayonis dan sos cili kemudian diletakkan cheese diatas bahan2 tadi. Dibakar dalam oven. Hmm…..No0794 

 

Ha….. piza ke 2. Yang ni lebih simple. Sekeping roti sandwish juga, diletakkan hirisan sosej, disembur mayonis dan cili sos, ditutup dengan hirisan cheese. Kemudian di bakar dalam oven. Ok gak…..

 

 

No0797

 

Yang ke 3 ni lagi simply simple, 2 keping roti sandwish, 1 di buat lubang kat tengah.  Ditangkupkan, dengan roti yang berlubang diatas. . Pecahkan telur dan tuang dalam lubang yang dibuat. Bakar dalam oven. Bila dah masak siram dengan mayonis dan cili sos. Ok!

Antara 3 tu, paling kami suka piza yang pertama. Terasa pedas2 manis gandingan sos cili, tomato dan bawang kuning diblend dengan kelemakan cheese dan mayonis bila kesemua bahan2 sedang dikisar dalam mulut. Hmm….. kawan2 nak cuba? Buat le sendiri! Kan simply simple je. Haha.

So….. semoga kita semua dikurniakan Allah SWT dengan rahmat Nya yang membawa kebaikan di dunia dan di akhirat. Amin.

Wassalam.

0 comments:

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Justin Bieber, Gold Price in India