DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG

Segala puji bagi Tuhan Yang Menguasai Langit dan Bumi. Yang mengatur urusan makhluk. Selawat dan Salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Nabi dan Rasul Akhir Zaman dan juga kepada keluarga dan para sahabatnya dan pengikut-pengikutnya.

Selamat datang. Selamat membaca. Semoga terhibur.

Jazakallah Khairan Kathira.Assalamualaikum Wrt. Wbt

Khamis, Oktober 21, 2010

BSK 111. Galas Batu Sapi Kuala Nerang Raya

Bismillah.

Assalamualaikum.

Berturut-turut raya kat Malaysia ni! Mula-mula Hari Raya Aidil Fitri. Ziarah menziarah sanak saudara dan kawan-kawan, rumah terbuka  dan berpuasa enam. Hebat raya ini. Kurniaan Allah SWT.

Selepas mereka-mereka yang berwajib mengintai dan meneropong maka terlihat anak bulan di dua kawasan. Lalu di isytihar raya untuk kawasan Galas dan Batu Sapi. Seronok raya kat dua-dua kawasan ini. Menteri-menteri, orang besar-besar semua akan berziarah kat dua kawasan ini. PM pun berkemungkinan akan bertamu kat sini. Meriah!

Dengar-dengar ada sebuah mahkamah “initiate” satu lagi raya. Pihak berwajib sekali lagi kena mengintai dan meneropong anak bulan untuk penetapan raya.

Tetapi ada terdengar desas-desus mengatakan ada pihak yang hendak membuat rayuan agar anak bulan tidak di intai dan di teropong. Dah banyak sangat raya, kalau boleh tak hendak lagi raya. Kesian Kuala Nerang!

Berkemungkinan kerana terlalu banyak belanja yang diperlukan. Abang beca terbang ajaib pun dah tak larat nak hantar hadiah-hadiah bila raya-raya sebegini.  Kehabisan peruntukan dan yang terpenting kehabisan air liur kerana terlalu banyak berjanji.

Seperkara lagi, Hari Raya Aidil Adha pun dah round the corner.  Satu lagi hari raya kurniaan Allah SWT.

Takut jugak kami jika pak-pak menteri dan orang-orang besar ini kepenatan. Takut-takut ada lagi kawasan yang beraya. Allahuakbar.

No0844

Kami hendak ambil sedikit tulisan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam bukunya Insan, Ingatlah! di mukasurat 200-201.

Allah SWT memuliakan manusia dengan mengutus nabi dan para rasul yang ditugaskan membawa ajaran kebenaran, kerana akal semata-mata tidak menjadikan manusia mulia tanpa bimbingan wahyu. Dengan itu manusia dianjurkan agar beriman dan mengikuti ajaran yang benar itu, supaya manusia dapat mengekalkan kemuliaan hingga ke akhirat, untuk menukmati balasan gembira dengan penuh kebahagian di dalam syurga, dan terlepas dari menerima kehinaan dengan menerima azab neraka di akhirat kelak, seperti yang dikehendaki oleh para rasul itu.

Rasulullah S.A.W. bersabda yang maksudnya:

“Demi diriku yang berada di dalam genggaman-Nya, sesungguhnya di akhirat kelak Allah SWT akan menemui setiap orang dan bertanya kepada mereka: Bukankah Aku telah memuliakan kamu? dan Aku telah mengangkat di kalangan kamu para pembesar? Dan Aku telah mengurniakan pasangan hidup kamu? Dan telah Aku kerahkan semua benda, tumbuh-tumbuhan dan binatang untuk menjadi kemudahan kamu? Kemudian manusia ketika itu berkata: Bahkan sesungguhnya aku mengaku wahai Tuhan. Kemudian Tuhan bertanya lagi: Adakah kamu pernah berfikir bahawa kamu akan bertemu Aku di hari Mahsyar ini? Dan manusia mengaku: Tidak wahai Tuhan, sesungguhnya aku tidak pernah berfikir untuk bertemu Engkau. Kemudian Tuhan berfirman: Pada hari ini Aku akan melupakan kamu sebagaimana kamu melupakan Aku dahulu.”

Well, untuk kita sama2 merenung apa yang dihendak diberitahu dan disampaikan oleh Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat kepada kita. Jadi pandai2 lah kita memilih. Fikir2kan.

So….. semoga Allah SWT perbaiki untuk kita semua urusan kita dan tidak membiarkan kita walau seketika pun. Amin.

Wassalam.

0 comments:

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Justin Bieber, Gold Price in India