DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG

Segala puji bagi Tuhan Yang Menguasai Langit dan Bumi. Yang mengatur urusan makhluk. Selawat dan Salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Nabi dan Rasul Akhir Zaman dan juga kepada keluarga dan para sahabatnya dan pengikut-pengikutnya.

Selamat datang. Selamat membaca. Semoga terhibur.

Jazakallah Khairan Kathira.Assalamualaikum Wrt. Wbt

Rabu, Oktober 20, 2010

BSK 110. Malu Minta Kerajaan Pertimbangkan Bonus Penjawat Awam

Bismillah.

Assalamualaikum.

Kami cukup teruja bila membaca komen yang diberikan berkaitan permohonan bonus untuk penjawat awam. Jom2 kita baca:

Malu presiden Cuepacs tidak bersyukur

Mohd Adlan Mohd Shariffuddin Okt 20, 10 9:47am

Sebagai kakitangan awam, saya berasa amat malu dengan tindakan presiden Cuepacs yang keras hati mahu kerajaan mempertimbangkan pemberian dua bulan bonus kepada penjawat awam di negara ini.

Sektor awam di Malaysia menghadapi kekangan kewangan yang ketara pada tahun 2010 mengakibatkan penurunan mendadak peruntukan bagi setiap sektor.

Sungguhpun demikian, kerajaan telah memberikan bonus kepada penjawat awam sempena Aidilfitri yang lalu sebanyak RM 500 dan satu lagi bonus bernilai RM 500 telah diumumkan akan diberikan pada Disember akan datang.

Perbuatan Cuepacs yang masih menuntut pemberian bonus sehingga dua bulan gaji adalah satu tindakan yang melampau dan di luar batas rasional. Benar, kerjaya dalam sektor awam tidak memberikan pendapatan lumayan berbanding swasta, dan pemberian bonus merupakan satu rahmat yang ditunggu oleh semua pihak.

Siapakah yang tidak mahu wang jatuh ke riba? Lebih-lebih lagi kakitangan awam yang berpendapatan rendah atau mereka yang menghitung-hitung bila gaji seterusnya akan masuk kerana kesempitan wang.

Namun, tidakkah lebih wajar Cuepacs memohon agar peruntukan yang turun mendadak tahun ini dipulihkan terlebih dahulu, atau ditambah mana yang perlu untuk memulihkan fungsi sektor awam yang 'sakit' akibat kekangan kewangan sebelum ini?

Tidakkah ramai kakitangan awam terjejas akibat pengurangan peruntukan untuk aktiviti, tuntutan perjalanan, bahkan pengurangan kursus-kursus berkaitan perkhidmatan? Tidakkah ini yang patut diutarakan dahulu?

Daripada menuntut bonus dalam bentuk wang ringgit saban tahun, Cuepacs seharusnya lebih proaktif memperjuangkan kebajikan penjawat awam.

Saya khuatir kami kakitangan awam akan dipandang serong oleh sektor swasta, yang sekali gus akan merendahkan martabat penjawat awam dek kerana segelintir pihak yang tidak merasa cukup dengan pendapatan sendiri.  [Dari MalaysiaKini]

Kami bukan seorang kakitangan awam. Tetapi kami terasa terkedu juga bila seorang penjawat awam berasa malu bila presiden sendiri mahu meminta bonus dari kerajaan untuk ahli2 nya. Untuk kebaikan ahli2 jugak. Berkemungkinan saudara Mohd Adlan ini seorang penjawat awam yang berpangkat tinggi atau masih bujang. Wallahualam.

Pada hemat kami presiden Ceupacs tu lebih tahu apa yang dimahukan oleh ahli. Beliau juga lebih peka dengan belanjawan yang baru dibentangkan.  Telah meneliti peruntukan2 yang diagihkan oleh kerajaan. Mungkin ada ruang yang diperhatikan boleh membantu penjawat2 awam. Tak ada salah jika kita berusaha. 

Perbelanjaan menguruskan keluarga semakin meningkat. Dengan kenaikkan harga barang2 keperluan, saiz keluarga dan pembesaran anak2. Memang memerlukan peruntukan yang banyak. Tak payah lah kami elaborate dengan lebih lanjut mengenai kos2 yang terbabit. Sesiapa yang berkeluarga akan menghadapi nya.

Kerana kos yang bertambah, suami isteri yang bekerja, sanggup untuk mencari sumber lain untuk menutup lubang2 yang ada.  Kerja part time atau berniaga.  Berkemungkinan juga melakukan aktiviti berkenaan hujung minggu dan cuti umum. Kami dapat merasakan kepenatan mereka2 ini.

Risiko kepada keluarga memang tinggi. Anak2 terabai. Keciciran. Masalah sosial. Semua masalah timbul. Allahuakbar.

Pada pendapat kami  tidak ada beza penjawat awan atau pekerja di sektor swasta. Pekerja tetap pekerja. Adakah penjawat awam curi tulang atau bekerja sambil lewa semasa bertugas? Adakah pekerja2 di sektor swasta semuanya bertanggungjawap? Sektor swasta ada KPI, begitu juga perkhidmatan awam. Adakah sektor swasta sahaja yang layak mendapat bonus? Tentunya tidak!

No0834

Isu pembaziran,  pecah amanah dan rasuah di perkhidmatam awam perlu dihapuskan. Ini boleh menjimatkan kos2 pembelian dan sebagainya. Adakah kerana kesempitan wang, ada yang sanggup melakukan penipuan dan sebagainya? Berkemungkinan. Lapuran audit negara perlu mendapat penelitian yang sewajarnya oleh kementerian2 yang terbabit. Perbelanjaan berhemah perlu dipraktikkan untuk penjimatan kos.

Pada kami pihak kerajaan perlu menimbang permintaan berkenaan. Keutamaan semestinya kepada penjawat awam. Sebagai majikan, kerajaan semestinya peka dengan masalah yang dihadapi oleh pekerja2. Jangan ambil mudah keperluan pekerja. Jangan sampai mereka2 ini beralih angin pada PRU 13 nanti.

Apa2 pun pada kami penjawat2 awam pun perlu dihargai perkhidmatan yang mereka berikan. Sama seperti di sektor swasta.

So…..semoga kita semua dihindari Allah SWT dari kelemahan dan kemalasan dan dilindungi Nya dari belenggu hutang dan kekasaran orang. Amin.

Wassalam.

0 comments:

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Justin Bieber, Gold Price in India