Bismillah.
Assalamualaikum.
Presiden Perkasa dah tak ber “datuk” lagi. Yang boleh panggil dia datuk sekarang ni cucu2 dia je. Tapi selalunya cucu2 panggil atok je. Panggilan manja. Jom2 baca…..
Istana Kelantan lucut gelaran ‘Datuk’ Ibrahim Ali
TERKINI @ 04:00:51 PM 13-10-2010
October 13, 2010
KUALA LUMPUR, 13 Okt — Istana Kelantan menarik balik pingat yang membawa “Datuk”, yang dikurniakan kepada Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas, berkuat kuasa hari ini.
Turut dilucutkan gelaran “Datuk” ialah bekas setiausaha kerajaan negeri Datuk Wan Hashim Wan Daud dan dua yang lain.
Menurut Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan Datuk Mohd Aiseri Alias, dua lagi individu adalah kerabat Istana Kelantan iaitu Tengku Mohamed Shafie Tengku Ibrahim, 65, dan Tengku Abu Bakar Tengku Mansor, 45.
Pengelola Istana Datuk Abdul Halim Hamad memberitahu The Malaysian Insider bahawa Sultan Muhammad V melucutkan gelaran kedua-dua mereka.
Wan Hashim sebelum ini mendakwa dirinya sebagai setiausaha sulit kepada Sultan Ismail Petra ketika krisis Istana Kelantan.
Sumber memberitahu The Malaysian Insider Ibrahim sudah dimaklumkan mengenai keputusan itu dan beliau menerimanya dengan terbuka.
“Datuk Ibrahim Ali tak kecewa. Dan, beliau berkata akan terus melahirkan kesetiaan kepada baginda Sultan,” katanya.
Dalam pada itu, laporan Bernama memetik Mohd Aiseri sebagai berkata, Sultan Muhammad V menarik balik anugerah dan darjah kebesaran daripada empat individu termasukgelaran Datuk kepada Ibrahim, 59, dan Wan Hashim Wan Daud, 64.
Ketika mengumumkan perkara itu pada satu sidang akhbar di Kota Baru hari ini, beliau bagaimanapun tidak menjelaskan sebab penarikan balik itu dibuat.
“Penarikan balik ini adalah hak Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad Kelima Al Sultan Kelantan yang dijalankan menurut hemah dan budi bicara,” kata Mohd Aiseri.
[Diambil dari The Malaysian Insider]
Tak kisah le samada hendak di panggil dengan “saudara ke” “encik ke” “YB ke”, terpulang kepada kesedapan lidah yang nak menyapa.
Mungkin ada negeri2 lain yang nak beri kurniaan? Atau kerajaan persekutuan ke? Terus Tan Sri! Mana tau rezeki manusia.
Well, nak beri , nak tarik balik adalah hak pemberi menurut hemah dan budibicara.
Nak terima penarikan tu dengan hati terbuka ke atau hati tertutup ke, mana le kita tahu. Dalam hati dia!
Well, umum mengetahui Yang Berhormat tu memang kuat memperjuangkan hak2 bangsa Melayu. Terima sahaja! Buat slumberland je!
Walau apa pun pada pendapat kami, keperkasaan beliau sedikit sebanyak terjejas juga. Mungkin terasa janggal sikit nak duduk bersebelahan dengan Tun rasanya. Wallahualam.
So….. semoga kita semua dihindari Allah SWT dari sikap mengejar perhiasan dunia tetapi kita di kurniakan Allah SWT dengan sifat sayangkan akhirat. Amin.
Wassalam.
0 comments:
Catat Ulasan