Bismillah.
Assalamualaikum.
Rakyat tentu teruja dengan kerapnya ADUN dan MP keluar dari parti yang dianggotai dan mengistihar diri mereka sebagai Bebas. Malang sekali kerana kebanyakkan dari mereka adalah dari PKR.
Seperti yang telah diketahui ahli parlimen Padang Serai, N Gobalakrishnan dari PKR adalah ahli Bebas yang terbaru.
Seorang pemimpin tertinggi parti yang memerintah berkata:
"Tidak ada kena mengena dengan BN. Sudah tentu, dia ahli politik yang bijak.
"Bukan sahaja (dia) nampak kegagalan dalam Pakatan tetapi juga berfikiran rasional dan mampu melihat kebaikan dan tanggungjawab kerajaan sekarang. Ini pasti kerana berfikir secara bijak... apa orang kata tak ada guna menyokong Anwar," katanya.
Kenyataan dibuat pada sidang media di masjid pekan Air Panas, Labis selepas menyampaikan bantuan kepada mangsa banjir.
Persoalannya adakah benar “katak-katak” (ungkapan terkini) ini ahli-ahli politik yang bijak?
ADUN dan AP yang keluar menyatakan hilang kepercayaan kepada kepimpinan parti, hubungan antara parti mereka dengan komponen dalam Pakatan terutamanya DAP adalah penyebab utama mereka menjadi Bebas.
Baru-baru ini PKR mengulangi pendiriannya bahawa tindakan wakil rakyatnya keluar parti, adalah didorong oleh insentif mewah yang tidak mungkin mereka perolehi jika kekal di dalam parti itu.
Setiausaha agung PKR, Saifuddin Nasution menyifatkannya sebagai satu godaan yang mendorong mereka menjadi mangsanya.
PKR 'menyerang balas' dengan mendakwa bekas rakan seperjuangan mereka, ahli parlimen Bebas dari Padang Serai, N Gobalakrishnan telah dibayar untuk meninggalkan parti pembangkang dan menyerang kepimpinannya.
Ada kebenarankah kenyataan Saifuddin itu?
Jika dilihat dari saf kepimpinan tertinggi PAS dan juga DAP kita akan dapati mereka-mereka ini hidup cara sederhana sekali. Kebanyakkannya tidak terikat dengan mana-mana pihak dan tidak pula diikat oleh mana-mana pihak.
Saf kepimpinan PKR pula seperti bursa saham “bercampur-campur”. Ada yang dari ahli-ahli BN, aktivis pelajar, NGO, suri rumah dan lain-lain.
Jika dilihat dari ketiga-tiga parti komponen didalam Pakatan, boleh dikatakan ahli PKR sahaja yang sudah terbiasa hidup dalam kemewahan.
Itulah masalah besar PKR. Kemewahan! Sanggup menggadai apa sahaja.
Dan benarlah kenyataan Saifuddin!
Isu kepimpinan dan hubungan kerjasama antara PAS, PKR dan DAP tidak ada kena mengena dengan acara “lompat-lompat” ini.
Itu adalah alasan murahan sahaja.
Isunya sebenarnya adalah telur dan RM!
Bijak memang bijak!
Ada yang nak beli telur? Pakage 2 biji!
Wassalam.
0 comments:
Catat Ulasan