DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG

Segala puji bagi Tuhan Yang Menguasai Langit dan Bumi. Yang mengatur urusan makhluk. Selawat dan Salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Nabi dan Rasul Akhir Zaman dan juga kepada keluarga dan para sahabatnya dan pengikut-pengikutnya.

Selamat datang. Selamat membaca. Semoga terhibur.

Jazakallah Khairan Kathira.Assalamualaikum Wrt. Wbt

Rabu, Mac 09, 2011

April Fool–Masihkah Ada Orang Islam Amalkan

Bismillah.

Assalamualaikum.

Bulan April akan tiba lagi. Bila tiba 1 April, mereka-mereka yang nakal akan mengenakan rakan-rakan dengan berbagai muslihat. Tujuan untuk gurauan dan suka-suka dan juga sebagai bahan ketawa.

1 April setiap tahun dikaitkan dengan April Fool Day. Tetapi tahukah mereka asal-usul hari April Fool itu?

April Fool adalah lanjutan daripada peristiwa kejatuhan pemerintahan Islam di Andalus atau Sepanyol.

Islam memasuki negara itu dari Afrika Utara semasa Sepanyol dibawah pemerintahan Raja Roderik. Beliau adalah seorang pemerintah yang terkenal dengan kekejaman dan kezaliman terhadap rakyatnya sendiri.

Panglima Tariq bin Ziyyad memerangi pemerintah Sepanyol itu atas arahan Gabenor Islam di Afrika Utara dari kerajaan Bani Ummayyah ketika itu.

Tindakkan itu diambil apabila seorang bangsawan Sepanyol datang mengadap Gabenor Islam itu memohon dan merayu agar dibebaskan rakyat Sepanyol dari penderitaan yang ditanggung oleh mereka.

No1257

Dikatakan Tariq bin Ziyyad membawa 12,000 tentera menyeberangi selat yang memisahkan Arika dan Eropah dan mendarat di suatu tempat yang sekarang ini dikenali dengan nama Gibraltar.

Semua kapal yang membawa tentera Islam diarahkan dibakar oleh Panglima Tariq bin Ziyyad.

Ini untuk memastikan tentera-tentera beliau fokus dengan matlamat mereka ke Sepanyol.

Tentera-tentera Islam berjaya menewaskan tentera Raja Roderik yang jauh lebih besar jumlahnya dan lebih canggih kelengkapan ketenteraannya.

Bermulalah pemerintahan Islam di Sepanyaol atau dikenali dengan nama Andalus oleh umat Islam.

Islam memerintah Andalus antara tahun 714 M hingga 1492 M, kira-kira 778 tahun. Satu jangkamasa yang lama.

Islam menggalakkan umatnya mencari dan menimba ilmu pengetahuan.

Lantaran itu khalifah-khalifah yang memerintah Andalus memberikan pendidikan percuma kepada setiap golongan masyarakat. Dan mereka menggalakkan budaya menulis dan membaca.

Pemerintah Islam telah menjemput ilmuan dari seluruh pelusuk dunia datang ke  Andalus untuk mengadakan perbincangan dan juga perbahasan  dalam ilmu pengetahuan.

Dengan sokongan pemerintah, Andalus menjadi tumpuan dunia. menjadi permata yang bersinar dalam bidang ilmu pengetahuan.

Dizaman kegemilangannya Andalus adalah tempat tumpuan ilmuan dari serata dunia. Menjadi pusat sains dan seni. Pusat ilmu pengetahuan dunia dizaman itu.

Kenapa Andalus jatuh?

Bila pemerintah dan rakyat meminggirkan al-Quran dan sunnah Nabi maka mereka menyimpang jauh dari jalan yang benar. Maka hilanglah ‘berkat’ kurniaan Allah SWT.

Maksiat berleluasa dan mereka tenggelam didalam kemewahan.

Dengan ertikata lain, mereka sayangkan dunia dan melupakan akhirat.

Mereka mengikut hawa nafsu dan pujukkan Iblis lalu melupakan sunnah Nabi dan al-Quran.

Dengan itu Allah SWT menghantar seorang musuh Islam dengan pengikut-pengikutnya untuk menghancurkan mereka.

Raja Ferdinand menyerang Andalus dan mengalahkan pemerintah Islam terakhir disana.

Selepas pemerintah Islam diusir dari bumi Andalus, pihak Kristian telah melakukan kekejaman melampau terhadap umat Islam yang masih tinggal disana.

Orang-orang Islam dibunuh dengan kejam. Ada juga yang dipaksa memeluk agama Kristian.

Musuh-musuh Islam membakar dan mencemar rumah ibadat. Mereka membakar buku-buku ilmuan Islam dan menghapuskan kesan dan tinggalan Islam dari bumi Andalus.

Walaupun demikian masih ramai lagi orang-orang Islam yang bersembunyi di sekitar Andalus selepas peristiwa pembunuhan beramai-ramai itu.

No1256

Pemerintah Kristian telah membuat muslihat dengan menjanjikan keampunan kepada orang Islam yang masih berada di Andalus. Dan orang Islam akan diberi kapal untuk membawa mereka ke negara lain.

Tiada tindakkan yang akan diambil terhadap mereka-mereka yang bersetuju dengan tawaran itu.

Umat Islam diberi satu tarikh untuk berkumpul di pelabuhan, menaiki kapal dan dibawa keluar dari Andalus.

Tiba hari yang ditetapkan, orang-orang Islam beramai-ramai berhimpun di pelabuhan. Mereka dibenarkan menaiki kapal yang disediakan.

Bila orang Islam terakhir telah menaiki kapal….. kapal-kapal itu dibakar! Matilah kesemua orang Islam samada terbakar, lemas atau dibunuh. Disaksikan oleh musuh-musuh Islam diketika itu. Inna lillah wa inna 'ilayhi raji'un.

Tarikh yang ditetapkan oleh pihak Kristian untuk melaksanakan peristiwa kejam itu adalah pada 1 April. 

Berkemungkinan diberi julukan April Fool kerana mereka beranggapan orang Islam Andalus bodoh kerana mudah percaya dengan janji musuh Islam.

Apa iktibar yang boleh diambil dari peristiwa itu?

Pertama kali kapal dibakar, orang-orang Islam menduduki bumi Andalus dan membina negara Islam berlandaskan hukum-hukum al-Quran dan sunnah Nabi.

Kali kedua kapal dibakar, orang Islam dibinasakan kerana mereka menyimpang dari hukum-hukum al-Quran dan sunnah Nabi.

Pengajaran penting yang dapat diambil  ialah orang-orang Islam Andalus telah lalai dan menyimpang jauh dari al-Quran dan Sunnah Nabi. Mereka menerima balasan dari kecuaian mereka itu. Allahuakbar.

1 April 2011 akan menjelma tidak lama lagi.

Tetapi adakah kita sebagai orang Islam tergamak untuk merayakan apa yang dinamakan April Fool Day itu? Adakah ianya sudah menjadi satu amalan atau budaya orang Islam?

Wassalam.

0 comments:

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Justin Bieber, Gold Price in India