Bismillah.
Assalamualaikum.
Minggu ini kami dan wife ke kedai dan pasaraya untuk membeli barangan ‘stok’ bulanan. Kami akan ke kedai-kedai tertentu yang telah kami ‘pajak’.
Kedai-kedai yang biasa kami kunjungi adalah dua di Bukit Cheedang dan dua di Seremban 2. Sementara pasaraya cuma dua sahaja iaitu di Seremban 2.
Kenapa kami kesana? Harga mahal disini lebih rendah dari yang lain-lain. Satu faktor lagi berdekatan dengan kediaman kami.
Telur sememangnya terdapat didalam senarai barang yang perlu dibeli. Bukan sahaja didalam senarai kami tetapi majoriti pengguna. Jika kita perhatikan harga telur sekarang sememangnya mahal.
Harga telur gred C sekitar RM9.75 dan pernah melepasi RM10++ untuk 30 biji. Jika ada promosi harga disekitar RM8.75 ke RM9++. Saiz telur gred ini semakin mengecil.
Kami beli satu sarang telur gred D dengan harga RM8.99 disebuah pasaraya.
Susu pekat manis kami beli yang termurah sekali. Harga sekarang ialah RM2.35 setin. Bulan lepas harganya dibawah RM2.00 setin.
Salah satu yang didalam senarai ialah kicap. Kami beli kicap masin. Kurang minat dengan kicap manis. Harga RM4.35 untuk botol besar. Jika dulu pengeluar ada meletakkan harga di label kicap tetapi sekarang tiada lagi.
Kami juga telah lama menggunakan santan kotak. Dulu sebagai alternatif jika ketiadaan kelapa parut. Tetapi sekarang kena gunakan selalu. Harga kelapa parut sekarang RM2++ sebiji.
Pengguna lain pun sudah bertukar kepada santan kotak. Berkemungkinan besar harga akan meningkat sedikit masa lagi.
Kami belum pergi ke harga barangan seperti beras, tepong, gula, ikan, sayuran dan lain-lain lagi.
Sebagai rakyat kami sememangnya merasai kemahalan harga barangan keperluan sekarang ini. Memang mahal gila!
Apakah sebagai rakyat kita tidak boleh mengecapi harga barangan keperluan yang sederhana harganya?
Adakah harga barangan keperluan sememangnya ditentukan oleh teori permintaan dan pengeluaran?
Benarkah kerajaan tidak ada kuasa atau cara atau ikhtiar untuk mengekang harga pasaran?
Tepuklah dada dan fikir-fikirkan.
So….. Ya Allah ya Tuhan kami, limpahkanlah kesabaran kepada kami. Ya Allah, Tuhan Pemilik Hari Perhitungan, Engkau jua yang kami sembah dan kepada-Mu jua kami memohon pertolongan.
Wassalam.
0 comments:
Catat Ulasan