DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG

Segala puji bagi Tuhan Yang Menguasai Langit dan Bumi. Yang mengatur urusan makhluk. Selawat dan Salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Nabi dan Rasul Akhir Zaman dan juga kepada keluarga dan para sahabatnya dan pengikut-pengikutnya.

Selamat datang. Selamat membaca. Semoga terhibur.

Jazakallah Khairan Kathira.Assalamualaikum Wrt. Wbt

Jumaat, Mac 11, 2011

BBK 43. Abdul Aziz Bin Abdullah Bin Baz–Pelajaran Keempat Belas

Bismillah.

Assalamualaikum.

Jumaat ini kami akan berkongsi Pelajaran Keempat belas. Kita lihat dulu topik pelajaran-pelajaran lepas.

Pelajaran Pertama - Surah Al-Fatihah.
Pelajaran Kedua – Ma’na dan Syarat La Ilaha Illa Allah.
Pelajaran Ketiga – Rukun Iman.
Pelajaran Keempat – Pembagian Tauhid dan Syirik.
Pelajaran Kelima – Rukun Islam.
Pelajaran Keenam – Syarat2 Shalat.
Pelajaran Ketujuh – Rukun2 Shalat.
Pelajaran Kelapan – Kewajiban2 Shalat.
Pelajaran Kesembilan – Bacaan Tasyahud.
Pelajaran Kesepuluh – Sunnah2 Shalat.
Pelajaran Kesebelas – Hal2 Yang Membatalkan Shalat.
Pelajaran Keduabelas – Syarat2 Wudhu’
Pelajaran Ketigabelas – Hal2 Yang Wajib dan Sunnah Dalam Wudhu’

Pel 14a

Hal-hal yang membatalkan wudhu’ ada enam:

1. Sesuatu yang keluar dari dua jalan (dubur dan kemaluan).
2. Sesuatu najis yang keluar dari tubuh.
3. Hilang akal (tidak sadar) disebabkan oleh tidur atau lain-lainnya.
4. Menyentuh kemaluan ataupun dubur dengan tangan tanpa pembatas.
5. Makan daging unta.
6. Riddah (keluar dari Agama Islam) – Semoga Allah SWT melindungi kita dan seluruh kaum muslimin dari hal itu.

Catatan Penting:
1. Adapun memandikan jenazah, maka yang benar adalah bahawa ia (memandikan jenazah) tidak membatalkan wudhu’. Hal ini adalah pendapat kebanyakan Ulama, karena tidak adanya dalil yang menyatakan hal itu (yakni bahwa batal wudhu’ karena memandikan jenazah). Kecuali jika orang yang memandikan jenazah itu menyentuh kemaluan si mayit dengan tangannya tanpa membatas, maka ia wajib wudhu’. Dan yang wajib bagi orang yang memandikan jenazah adalah tidak menyentuh kemaluan si mayit, melainkan dengan pembatas.

2. Demikian pula halnya dengan menyentuh wanita (atau bersentuhan dengan wanita), sama sekali tidak membatalkan wudhu’, baik sentuhan tersebut disertai dengan syahwat ataupun tidak disertainya, selama ia (kemaluannya) tidak mengeluarkan sesuatu.

Hal ini adalah pendapat yang paling benar dari dua pendapat Ulama, karena Rasulullah saw pernah mencium sebagian isteri-isteri beliau, kemudian beliau shalat tanpa berwudhu’ lagi.

Adapun firman Allah SWT dalam dua ayat di surah An-Nisa’ dan Al-Ma’idah (yang mencantumkan nash):
أَوْ لَامَسْتُمُ النِّسَاءَ [Surah An-Nisa’: ayat 43 & surah Al-Ma’idah: ayat 6]
Artinya: “Atau kamu telah menyentuh perempuan”.
Maka yang dimaksudkan dengan (nash tersebut) adalah jima’ (bersetubuh), menurut pendapat terkuat dari dua pendapat para Ulama. Ini adalah pendapat Ibnu ‘Abbas r.a dan banyak Ulama Salaf dan Khalaf.

Wallahu Waliyyut-Taufiq (Dan hanya Allah yang berkuasa memberi taufiq).

********************************************************************************

Disini, kita diajar perkara yang membatalkan wudhu’ diantaranya ialah:

1. Keluar sesuatu dari salah satu dua jalan iaitu qubul atau dubur.
2. Tidur yang tidak tetap punggungnya.
3. Hilang akal oleh mabuk, pitam atau sakit.
4. Bersentuh kulit lelaki dengan perempuan yang sudah baliqh dan bukan mahram tanpa alas atau lapik.
5. Menyentuh kemaluan (hadapan atau sekitar kawasan punggung) dengan tapak tangan tanpa alas atau lapik samada perempuan, lelaki atau diri sendiri.

Itu sahaja yang ingin kami share kali ini. Semoga ianya dapat refresh ingatan kawan-kawan dan terutamanya diri kami sendiri yang selalu sibuk dengan urusan dunia..

So….. semoga Allah SWT bukakan pintu hati kita sebagaimana orang-orang yang arif, dikurniakan kepada kita kefahaman nabi-nabi dan ilham para malaikat yang hampir dengan-Nya, semua itu dengan rahmat-Nya wahai Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Amin.

Wassalam.

0 comments:

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Justin Bieber, Gold Price in India