DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG

Segala puji bagi Tuhan Yang Menguasai Langit dan Bumi. Yang mengatur urusan makhluk. Selawat dan Salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Nabi dan Rasul Akhir Zaman dan juga kepada keluarga dan para sahabatnya dan pengikut-pengikutnya.

Selamat datang. Selamat membaca. Semoga terhibur.

Jazakallah Khairan Kathira.Assalamualaikum Wrt. Wbt

Selasa, Mac 01, 2011

BFK 135. Piknik Di Sempana Alam Buana

Bismillah.

Assalamualaikum.

Fuhh! Memenatkan juga bila terpaksa berkereta setiap hari. Dari hari Rabu, 23/2/11 hingga semalam, Isnin, 28/2/11. Destinasi kami KUIS (Bangi), UiTM (Segamat) dan UNISEL (Bestari Jaya). 

Rabu ke KUIS mengambil anak kedua.

Khamis ke UiTM pula mengambil anak ketiga. Anak pertama naik KTM dari Bestari Jaya pada hari Khamis tu juga. Kami ambil kat bandar Seremban je.

Hari Jumaat rest.

Sabtu berkereta lagi. Hantar anak pertama balik ke Unisel. Anak yang memandu bila ke Unisel.

Selalunya kami tak lama di Bestari Jaya a.k.a. Batang Berjuntai, pergi pagi dan sebelum Zohor dan sampai rumah. Kekadang je makan tengahari dengan anak pertama disana.

Dari Unisel, kami yang memandu balik ke rumah.

Hari Ahad kami ke Kolej Sempana Alam Buana (SAB). Menghantar anak ketiga pulang ke tempat penginapan beliau di UiTM.

Selalunya kami akan singgah makan di sebuah kedai berhampiran bandar Segamat tapi kali ini kami membawa bekal. Sesekali nak piknik kat kawasan kolej. Seronok juga,

No1244No1242

Ini le kolej tempat kediaman anak kami. Hijau gitu. Sejuk mata memandang. Bersih persekitarannya.

No1243

Kat gazebo ini le kami berpiknik. Anak ketiga kami kat sebelah kanan tu. Sedang berkemas. Kami dah siap makan masa tu.

Famili kat sebelah tu baru nak mula. Famili tu melawat anak perempuan mereka yang belajar kat sana. Mereka dari Port Dickson.

Tak sempat nak berbual dan berborak. Masing2 sedang lapar. Nak berbual pun rasanya tak selesa.

No1241No1240No1239

Ala kadar je persiapan wife.

Kat atas sekali tu kobis dan lobak merah a.k.a. carrot, goreng tumis sahaja. Tengah tu pulak udang masak lemak.

Paling bawah tu, apa yang kami nak makan. Ada juga telur goreng dadar.

Sedap semuanya. Lagi2 bila dah lapar dan sememangnya waktu makan. Angin sepoi2 bertiup pulak.

Kalau lama lagi kat situ boleh tergolek jugak di gazebo tu, zzzzz…..

Semalam, Isnin kami ke KUIS. Hantar anak kedua balik dan daftar masuk ‘short semester’.

Sampai sana dalam jam 9.00 am. Turunkan anak di auditoriam untuk urusan pendaftaran dan kami tunggu di tempat letak kereta berhadapan kafe.

Jam 1.30 pm baru siap proses pendaftaran. Bergegas balik ke Seremban untuk ambil anak bongsu dari sekolah.

Petang kami ke KUIS sekali lagi. Kali ini mengambil kunci dan urusan mengangkut barang2 masuk ke dorm.

Selesai urusan anak2. Hari ni kira boleh rilek.

Hari ini tak kemana. Sedang tunggu ‘courier’ dari Segamat. Ada dokumen yang dihantar oleh peguam dari sana. Katanya sampai pagi ini. Betul ke?

So….. Ya Allah ya Tuhan kami, kami serahkan urusan kami kepada-Mu. Sesungguhnya Engkau Maha Melihat akan hamba-hamba Mu. Amin.

Wassalam.

0 comments:

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Justin Bieber, Gold Price in India