DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG

Segala puji bagi Tuhan Yang Menguasai Langit dan Bumi. Yang mengatur urusan makhluk. Selawat dan Salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Nabi dan Rasul Akhir Zaman dan juga kepada keluarga dan para sahabatnya dan pengikut-pengikutnya.

Selamat datang. Selamat membaca. Semoga terhibur.

Jazakallah Khairan Kathira.Assalamualaikum Wrt. Wbt

Jumaat, Mac 11, 2011

BFK 137. 1Pagi Dari 1Cermin Depan 1Kancil

Bismillah.

Assalamualaikum.

Setiap pagi kami akan menghantar anak keempat ke sekolah. Dah masuk bulan ketiga ni. Hmmm…..

Seronok juga keluar pagi-pagi ni. Dapat melihat bermacam-macam gaya pemanduan yang professional. Mantap!

Kami nak berkongsi gambar-gambar di satu pagi ini. Bukanlah gambar-gambar menarik. Cuma biasa-biasa sahaja. Jom…..

No1260

Dipersimpangan Taman Bukit Kaya. Kanan ke Sekolah St. Paul. Kiri ke Hospital Pakar KPJ.

No1258

Dipersimpangan Jalan Labu Lama. Kanan ke SMAP dan Nilai. Kiri ke Kolej Pengurusan Astin. Selepas lampu isyarat ini ada simpang kiri masuk Highway PLUS hala ke Johor Bahru. Keatas lagi (selepas melintas highway) simpang Highway Plus hala ke Kuala Lumpur pula.

No1261

Ini pulak persimpangan ke Taman Bukit Kepayang. Kiri ke Tesco, Taman Oakland dan Taman Bukir Cheedang. Kanan dan U-Turn ke Taman Bukit Kepayang dan Restoran Empayer Siew Pau.

Terus ke hadapan akan ke Jaya Jusco dan Taman-taman Seremban 2. Ada juga simpang kanan ke LBJ dan KLIA. Juga Port Dickson.

No1262

Jalan menuju ke Kepayang Heights. Pemandu kereta dari arah Seremban 2 ke pusat bandar membuat U-Turn walaupun ada papan tanda melarang berbuat demikian. Semua nak cepat, nak kejar masa katakan.

No1255

Jalan besar di taman kami. Lengang lagi. Kebanyakkan penduduk bekerja di sekitar Seremban. Rasanya!

No1263

Ini….. jalan kat depan rumah kami. Dah sampai rumah!

Semua gambar-gambar tu semasa perjalanan balik dari SMK Methodist (ACS). Semasa lampu isyarat merah. Ada juga persimpangan yang tertinggal. Lampu hijau camno nak ambil gambar. Bahayakan diri sendiri dan pemandu lain nanti.

Tetapi yang pasti, di pagi hari begini memang jam. Pemandu menunjukkan aksi celok-mencelok. Samada pemandu van sekolah, bas sekolah, ibu-ibu dan bapa-bapa yang menghantar anak dan juga pekerja yang mahu ke opis dan Terminal 1. Termasuk kami? Huhu.

Kenapa tak ada gambar semasa perjalanan pergi?

Well….. anak duduk kerusi sebelah. Tak ada tempat nak letak handphone. Waktu tu masih terlalu gelap. dan kamera handphone pun tak secanggih mana.

Itu sahaja yang dapat kami kongsi.

So….. Ya Allah ya Tuhan kami, dengan nama Allah, puji-pujian bagi Allah yang mempermudahkan ini untuk kami, padahal kami tidak ada kesanggupan untuk menundukkannya dan bahawasanya kami pasti kembali kepada Tuhan kami. Amin.

Wassalam.

0 comments:

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Justin Bieber, Gold Price in India