DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG

Segala puji bagi Tuhan Yang Menguasai Langit dan Bumi. Yang mengatur urusan makhluk. Selawat dan Salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Nabi dan Rasul Akhir Zaman dan juga kepada keluarga dan para sahabatnya dan pengikut-pengikutnya.

Selamat datang. Selamat membaca. Semoga terhibur.

Jazakallah Khairan Kathira.Assalamualaikum Wrt. Wbt

Jumaat, Mac 18, 2011

BBK 44. Abdul Aziz Bin Abdullah Bin Baz–Pelajaran Kelima Belas

Bismillah.

Assalamualaikum.

Kita telah tiba ke pelajaran yang kelima belas hari ini. Syaikh Yang Mulia itu membicarakan tentang apa yang disyari’atkan bagi setiap muslim.

Seperti biasa, mari kita melihat dulu topik yang telah dikongsi pada minggu-minggu terdahulu.

Pelajaran Pertama - Surah Al-Fatihah.
Pelajaran Kedua – Ma’na dan Syarat La Ilaha Illa Allah.
Pelajaran Ketiga – Rukun Iman.
Pelajaran Keempat – Pembagian Tauhid dan Syirik.
Pelajaran Kelima – Rukun Islam.
Pelajaran Keenam – Syarat2 Shalat.
Pelajaran Ketujuh – Rukun2 Shalat.
Pelajaran Kelapan – Kewajiban2 Shalat.
Pelajaran Kesembilan – Bacaan Tasyahud.
Pelajaran Kesepuluh – Sunnah2 Shalat.
Pelajaran Kesebelas – Hal2 Yang Membatalkan Shalat.
Pelajaran Keduabelas – Syarat2 Wudhu’.
Pelajaran Ketigabelas – Hal2 Yang Wajib dan Sunnah Dalam Wudhu’.
Pelajaran Keempatbelas – Hal2 Yang Membatalkan Wudhu’.

No1270

Berakhlak dengan akhlak yang disyari’atkan bagi setiap muslim, seperti:

1. Jujur.
2. Bertanggung jawab.
3. Menjaga kesucian.
4. Malu.
5. Berani.
6. Dermawan.
7. Menepati janji.
8. Menjauhi seluruh yang diharamkan Allah.
9. Berlaku baik dengan para tetangga.
10. Membantu orang-orang yang memerlukan bantuan, sesuai kemampuan.

Dan akhlak-akhlak lainnya yang dijelaskan dalam Al-Quran dan As-Sunnah sebagai akhlak yang disyari’atkan.

Ringkas sahaja apa yang dibicarakan oleh Syaikh Yang Mulia itu.

***********************************************************************************

Tetapi yang perlu kita fikirkan disini adalah samada kita mampu melakukan apa yang disyari’atkan itu.

Kita berada di satu waktu yang mencabar. Di waktu manusia bertungkus-lumus mencari rezeki untuk menyara diri sendiri dan keluarga.

Di zaman dimana semua sumber rezeki direbut, samada yang halal, haram atau syubhah.

Semua sibuk mencari kemewahan dunia. Lupa dan lalai mencari keredaan Allah SWT.

Mari kita berdoa dan meminta semoga Allah SWT tunjuki hati kita kejalan yang lurus, iaitu jalan orang-orang yang telah Dia berikan nikmat kepada mereka dimana mereka itu bukan orang-orang yang dimurkai dan bukan juga orang-orang yang sesat.

So….. semoga Allah SWT bukakan pintu hati kita sebagaimana orang-orang yang arif, dikurniakan kepada kita kefahaman nabi-nabi dan ilham para malaikat yang hampir dengan-Nya, semua itu dengan rahmat-Nya wahai Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Amin.

Wassalam.

0 comments:

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Justin Bieber, Gold Price in India