DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG

Segala puji bagi Tuhan Yang Menguasai Langit dan Bumi. Yang mengatur urusan makhluk. Selawat dan Salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Nabi dan Rasul Akhir Zaman dan juga kepada keluarga dan para sahabatnya dan pengikut-pengikutnya.

Selamat datang. Selamat membaca. Semoga terhibur.

Jazakallah Khairan Kathira.Assalamualaikum Wrt. Wbt

Jumaat, Mac 04, 2011

Berkecuali tak semestinya biarkan pembaziran

Bismillah.

Assalamualaikum.

Panglima Tentera Darat, Jeneral Datuk Seri Zulkifeli Mohd Zin menyatakan pasukan tentera hanya bertanggungjawab menjaga keamanan dan kedaulatan negara.

Beliau meminta agar jangan heret pasukan tentera ke kancah politik.

Beliau juga menggesa semua pihak berhenti mempolitikkan isu pembelian kelengkapan ketenteraan dan aset pertahanan negara kerana tindakan sedemikian dikhuatiri boleh menjejaskan keselamatan negara.

Gesaan beliau berikutan dakwaan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua bahawa pembelian enam kapal peronda luar pesisir (OPC) oleh Kementerian Pertahanan dengan kos RM6 bilon, lebih mahal daripada negara lain.

Berkecuali tidak semesti membuat panglima-panglima tentera membiarkan atau merelakan pembaziran.

Sebagai rakyat Malaysia kita sememangnya mahukan angkatan tentera yang kuat dan hebat. Rakyat akan merasa selamat dengan kemantapan anggota-anggota tentera itu sendiri dan juga kecanggihan kelengkapan-kelengkapan ketenteraan yang dimiliki.

Itu selaras dengan Islam yang meminta pemerintah menyediakan kelengkapan ketenteraan yang hebat, canggih dan terkini untuk menggerunkan musuh.

Tetapi perintah itu tidak pula menghalalkan pemimpin atau pemerintah melakukan  pembaziran.

Negara lain membeli kapal yang sama dengan harga yang lebih murah. Bermakna kita boleh mendapatkannya dengan harga yang lebih kurang sama. Kenapa kita membelinya dengan harga yang mahal?

Dimana letaknya kebijaksanaan pihak yang berwajib dalam isu ini?

No0984

Perlu diingat, dana yang akan digunakan adalah milik rakyat. Wang rakyat!

Jika wang rakyat perlu dibelanjakan untuk keperluan negara sekali pun ianya semesti dibahaskan dengan sewajarnya oleh wakil-wakil rakyat yang dipilih.

Perlu diambil perhatian keperluan dan kemampuan negara. Yang penting diambil kira ialah tahap ekonomi rakyat.

Banyak contoh kepimpinan dalam dunia Islam yang kita boleh ambil dalam isu menangani wang rakyat. Salah satunya adalah seperti yang ditunjukkan oleh Khalifah Umar bin Abdul Aziz.

Diriwayatkan bahawa setiap malam Khalifah Umar bin Abdul Aziz melaksanakan urusan pentadbiran kerajaan. Memikirkan hal ehwal rakyat dan negara.

Pada satu malam anak beliau mendatangi beliau kerana ingin berbicara dengan Khalifah Umar bin Abdul Aziz.  

Khalifar Umar bin Abdul Aziz memadamkan lilin yang sedang digunakan dan bertanya kepada anaknya samada perkara yang hendak dibicarakan itu berhubung dengan urusan negara atau urusan keluarga.

Anak beliau hairan dengan pertanyaan ayahandanya dan menyoal balik maksud pertanyaan ayahandanya.

Khalifah Umar bin Abdul Aziz menerangkan dengan jelas bahawa jika yang ingin dibicarakan adalah urusan keluarga maka beliau akan memasang lilin yang lain dan bukan lilin yang digunakan tadi.

Anaknya bertanya, kenapa perlu dilakukan sedemikian. Ayahandanya menjelaskan, lilin yang digunakan tadi adalah milik negara yang dibiayai oleh wang rakyat. Hanya boleh digunakan untuk urusan negara dan rakyat sahaja.

Lilin yang satu lagi adalah milik beliau sendiri yang dibeli dengan wang beliau juga. Ianya untuk kegunaan peribadi dan keluarga.

Diriwayatkan juga bahawa dalam pemerintahan Khalifah Umar bin Abdul Aziz yang singkat itu tiada serigala yang memakan binatang ternakan. Dan tiada rakyat yang mahu menerima zakat.

Itu adalah keberkatan yang diberikan Allah SWT kepada negara yang dipimpin oleh pemimpin yang adil.

Tidak rugi jika kita mengambil contoh kepimpinan Khalifah Umar bin Abdul Aziz kerana ianya mendatangkan kebaikkan kepada kita di dunia dan yang utama mendatangkan kebaikkan kepada pemimpin yang adil di akhirat kelak.

Ianya juga akan memastikan negara maju dan rakyat dapat bersama-sama menikmati kemajuan dan kemewahan negara.

Wallahualam.

Wassalam.

0 comments:

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Justin Bieber, Gold Price in India