Bismillah.
Assalamualaikum.
Ini adalah lanjutan dari posting terdahulu kami iaitu BFK 121. Celcom Strategy bertarikh 24/11/2010.
Kami telah menamatkan langganan broadband dengan Celcom pada 23/11/2010.
Bil terakhir yang kami terima berjumlah RM46.65 bertarikh 03/01/2011. Kami tidak bercadang untuk membuat rayuan atau bayaran diketika itu. Masih ada perasaan marah bila mengingati kembali kami dipermainkan.
Ingatkan nak buat dek aje buat sementara waktu.
Rupa-rupanya, pada 1Pagi kami menerima sepucuk surat bertarikh 26/01/2011 dari sebuah syarikat guaman beralamat di Subang Jaya.
Mereka mewakili Celcom Mobile Sdn Bhd dan meminta kami membuat bayaran kepada anakguam mereka di dalam tempoh masa EMPAT BELAS (14) HARI dari tarikh notis diberikan.
Walaupun jumlah tertunggak dibawah RM50.00 tetapi tindakkan susulan Celcom memang pantas. Siap dengan tindakkan undang-undang akan diambil sekiranya tidak membuat bayaran.
Kami email syarikat guaman ini. Minta mereka baca posting kami pada 24/11/2010. Lepas tu kami memohon jasabaik mereka untuk meminta anakguam mereka ketepikan atau “waived” bil terakhir yang kami terima. Email kami hantar pada 31/01/2011.
Ingatkan dapat le waiver dari Celcom.
Pada 1Pagi ni kami menerima sepucuk surat bertarikh 09/03/2011. Kali ini surat dari sebuah syarikat pemungut hutang atau “debt collector”. Syarikat yang beralamat di Diamond Square Business Centre, Off Jalan Gombak.
Mereka mengaku telah dilantik oleh Celcom Mobile Sdn Bhd untuk menguruskan segala hal ehwal akaun pelanggan Celcom. Mereka menyatakan sekiranya kami masih tidak menjelaskan jumlah tunggakkan tersebut dalam tempoh Tujuh (7) hari dari tarikh surat peringatan ini, pihak mereka akan mengambil tindakan terhadap kami. Segala kos dan tindakan dari pihak mereka terhadap kami kelak adalah tanggungan pihak kami.
Pada 18/03/2011, wife menjawab 1panggilan di talipon bimbit kami (kami pergi solat Jumaat masa tu) dimana pemanggil menyatakan jumlah tertunggak perlu dibayar selewat-lewatnya pada 25/03/2011.
Memang pantas tindakkan Celcom. Kami mengakuinya. Sanggup berbuat apa sahaja untuk mendapatkan jumlah tertunggak. Mungkin RM0.01 pun tindakkan yang sama akan mereka ambil.
Kami ada menghantar email ke Celcom Customer Service meminta Celcom pertimbangan untuk ketepikan bayaran tunggakkan itu. Jawapan menghampakan.
Kami bukanlah jenis yang terlalu berkira. Kami cuma meminta Celcom memberi kami sedikit pelepasan kerana pihak mereka tidak berpegang dengan janji yang diberikan kepada kami, seorang pelanggan. Itu sahaja.
Sebagai salah satu syarikat besar yang memberikan kemudahan SMS percuma kepada PM, untuk PM mengucapkan Selamat Tahun Baru kepada rakyat Malaysia berbangsa Cina takkan RM46.65 menjadi isu besar.
Kami merasai tertipu dan dipermainkan, tidakkah patut kami menerima sedikit perhatian dari pengurusan Celcom?
Amatlah malangnya rakyat Malaysia. Bukankah PM telah berkata 1Malaysia, Rakyat didahulukan. Mungkin kesilapan dipihak kami, barangkali PM berkata 1Malaysia, PM didahulukan. Ya, mungkin juga kami tersilap dengan falsafah PM itu. Keliru! Siapa yang didahulukan.
Overall, ini yang dapat kami katakan kepada Celcom. Bila sahaja terlihat promoter atau wakil Celcom dimana-mana hati kami berdetik berkata “PENIPU”.
Semoga mereka semua berpegang dengan kata-kata mereka agar syarikat yang mereka wakili tidak terlungkup dimasa terdekat.
So….. Ya Allah ya Tuhan kami, wahai Pemerintah Hari Perhitungan, Engkau jua yang kami sembah dan kepada Mu jua kami memohon pertolongan. Amin.
Wassalam.
0 comments:
Catat Ulasan