DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG

Segala puji bagi Tuhan Yang Menguasai Langit dan Bumi. Yang mengatur urusan makhluk. Selawat dan Salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Nabi dan Rasul Akhir Zaman dan juga kepada keluarga dan para sahabatnya dan pengikut-pengikutnya.

Selamat datang. Selamat membaca. Semoga terhibur.

Jazakallah Khairan Kathira.Assalamualaikum Wrt. Wbt

Rabu, November 24, 2010

BFK 121. Celcom Strategy

Bismillah.

Assalamualaikum.

Pagi semalam kami ke Celcom Centre, Seremban. Nak dapatkan penerangan berkenaan dengan broadband yang kami subscribe lebih kurang tiga bulan lepas.

Kisahnya macam ni.

Ada satu team untuk Celcom buat promosi di Tesco, Seremban. Bila ada promosi kami pun bertanya faedah apa yang pelanggan dapat. Salah seorang dari kumpulan itu berkata, cuma perlu bayar RM38 sahaja sebulan untuk pakage biasa yang berharga RM68. Kami bertanya lagi, berapa lama pelanggan dapat kemudahan tu. Jawapan yang diberi, satu tahun, lepas tu baru kena bayar RM68 seperti biasa. Anniversary katanya lagi.

No0935

Memandangkan kami diberitahu yang hari tu hari terakhir promosi dan memang menarik pakagenya, kami pun subscribe. 

Bil untuk tiga bulan pertama memang RM38 tetapi bil untuk bulan keempat dah RM68. Lain macam je.

Pagi semalam kerana ada urusan di Seremban kami pun melapangkan masa ke Celcom Centre. Gambar kat bawah ni.

No0934

Mula-mula kami bertanya kat pegawai yang berlegar-legar kat ruang depan. Katanya mungkin tersilap fakta. Diambil nombor untuk berjumpa seorang pegawai di kaunter.

Berjumpa dengan pegawai kaunter, katanya berkemungkinan salah fakta diberikan oleh ajen Celcom semasa promosi. Selepas berbincang kami diminta mengisi ‘CUSTOMER COMPLAINT FORM’. Selepas melengkapkan borang, kami diminta mengambil nombor lagi untuk berjumpa seorang lagi pegawai kaunter.

Berjumpa dengan pegawai kaunter kedua, kami diberitahu, bukan kami seorang sahaja yang datang membuat ‘complaint’. Ada ramai dah yang berbuat demikian. Promosi harga RM38 sebenarnya hanya untuk tiga bulan sahaja. Celcom tidak akan memberi diskaun hingga satu tahun jika pelanggan diberi fakta yang salah oleh ajen Celcom. Pelanggan perlu membayar RM68 selepas bulan ketiga. Jika pelanggan  ada butiran tentang siapa yang ditemui semasa promosi di Tesco, mungkin ‘complaint’ boleh dipanjangkan lagi.

Adakah itu marketing strategy Celcom?

Siapa yang untung jika pelanggan paksa rela meneruskan subscribe broadband berkenaan? Jika 100 pelanggan sunscribe, dan separuh meneruskan membayar RM68, tidak kah berbaloi strategy tu. Itu baru contoh 100 pelanggan. Jika lebih?

Bukan semua pelanggan mahu bertekak kerana perkara sebegini. Di TV pun ada membuat promosi agar rakyat melanggani broadband. Mungkin kerana Celcom dikatakan memberikan serbis yang terbaik, pelanggan paksa rela meneruskan langganan.

Tapi semalam kami menghentikan langganan. Kami sebenarnya merasai dipermainkan dan tertipu. Jika kami teruskan melanggan dan setiap kali kami menggunakan broadband Celcom itu, berkemungkinan hati akan berdetik kerana menyumpah seranah. Nauzubillahi min zalik!

Kawan-kawan ambil iktibar dari peristiwa itu. Kena selalu berhati-hati.

So….. semoga Allah SWT melimpahkan kesabaran kepada kita dan kita menyerahkan urusan kita hanya kepada Nya. Amin.

Wassalam.

0 comments:

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Justin Bieber, Gold Price in India