DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG

Segala puji bagi Tuhan Yang Menguasai Langit dan Bumi. Yang mengatur urusan makhluk. Selawat dan Salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Nabi dan Rasul Akhir Zaman dan juga kepada keluarga dan para sahabatnya dan pengikut-pengikutnya.

Selamat datang. Selamat membaca. Semoga terhibur.

Jazakallah Khairan Kathira.Assalamualaikum Wrt. Wbt

Selasa, Mei 03, 2011

Bersama Memerangi Jenayah Segmen 1

Bismillah.
Assalamualaikum.

Kami ingin berkongsi tips yang diperolehi dari pamplet edaran Rakan Cop Negeri Sembilan “Bersama Memerangi Jenayah”.

Ada 6 segmen dan dikesempatan ini kami akan berkongsi segmen yang pertama dahulu. Jom…..

#######################################################

MENCEGAH CURI KENDERAAN

TEMPAT-TEMPAT DI MANA KECURIAN SERING BERLAKU


1. Di tepi-tepi jalan.
2. Di tempat letak kenderaan awam.
3. Di hadapan rumah.
4. Di tempat letak kereta seperti pusat membeli belah, hotel, stesen LRT dan taman tema (Theme Park).

Kereta
1. Pastikan kereta berkunci bila meninggalkannya.
2. Pasangkan kunci tambahan di bahagian-bahagian penting seperti stereng, gear, roda dan cluth.
3. Pasang alat penggera (alarm).
4. Letakkan kereta (parking) di tempat yang mudah dilihat, terang dan tidak terpencil.
5. Pastikan kunci kereta tidak dibuat salinan semasa diservis atau dicuci.
6. Jangan serahkan kunci kereta kepada joki kereta.
7. Ukir nombor pendaftaran di cermin dengan “sandblasting”.
8. Elakkan meletak kenderaan bersebelahan dengan kenderaan yang lebih besar seperti lori atau bas kerana ini akan memudahkan pencuri mencuri (terlindung dari pandangan orang).
9. Siap sedia dengan kunci kereta apabila menuju kereta.

No1331

Motorsikal
1. Letak motorsikal di tempat-tempat yang dikhaskan.
2. Pastikan motorsikal anda berkunci bila meninggalkannya.
3. Jangan tinggalkan motorsikal di tempat yang sunyi dan gelap.
4. Jika perlu ukirkan nombor pendaftaran motorsikal di bahagian-bahagian penting atau lengkapkan dengan isyarat pencegah kecurian.

#######################################################

Disini kami ingin juga memberi sedikit nasihat. Tips diatas boleh dibaca dan diketahui oleh segala jenis pembaca. Yang berniat baik begitu juga sebaliknya.

Oleh itu kita mantapkan lagi usaha-usaha keselamatan kita dengan membaca surah-surah dari Al-Quran, contoh seperti 3 Qul dan ayat Kursi. Kemudian kita tawakal kepada Allah SWT.

Kita umat Islam digalakkan berdoa kepada Allah SWT. Kita boleh berdoa untuk keselamatan harta kita kerana doa itu senjata anugerah Allah SWT kepada orang mukmin.

Banyak doa-doa memohon perlindungan yang boleh kita amalkan seperti contoh “Aku berlindung dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna dari kemurkaanNya dan dari seksaNya yang amat pedih, dan dari kejahatan hamba-hambaNya dan dari kejahatan godaan syaitan dan dari kedatangan mereka”.

Gunakanlah senjata yang Allah SWT kurniakan kepada kita disetiap ketika. Insya’allah selamat.

Dilain kesempatan kami akan berkongsi segmen kedua pula. Insya’allah.

Wassalam.

0 comments:

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Justin Bieber, Gold Price in India