Bismillah.
Assalamualaikum.
Pada kesempatan ini kami akan berkongsi Segmen Keempat dengan kawan-kawan yang budiman.
Sebelum itu mari kita recap dahulu segmen-segmen terdahulu:
Segmen 1 - Mencegah Curi Kenderaan
Segmen 2 - Pecah Rumah
Segmen 3 – Ragut
Mari kita ke segmen keempat…..
=========================================================
ROGOL
APAKAH LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN DARI MENJADI MANGSA ROGOL?
- Sentiasa gunakan jalan yang sentiasa dilalui oleh orang ramai, jangan mengikut jalan yang dekat tetapi gelap dan sunyi.
- Cuba berada di tempat yang sibuk dengan orang ramai.
- Berpakaian dengan sempurna, kerana pakaian yang menjolok mata atau memberahikan menarik perhatian perogol.
- Jangan mudah terpengaruh untuk bersiar-siar, makan / minum, menonton wayang atau menghadiri majlis sosial dengan orang yang tidak dikenali / baru dikenali.
- Jangan layan teguran atau pelawaan untuk minum air semasa berada di dalam bas, teksi atau keretapi.
- Elakkan balik rumah larut malam dan berseorangan.
- Jika ketinggalan bas, teksi atau keretapi jangan tumpang kenderaan atau tidur di perhentian bas.
- Biasakan diri bersiar-siar atau berjogging dalam kumpulan.
- Ibubapa dan penjaga janganlah menyuruh anak-anak perempuan kecil pergi ke kedai untuk membeli barang berseorangan.
- Jerit minta tolong jika anda diganggu oleh lelaki yang tidak dikenali.
- Gunakan kekerasan seperti meronta, mencakar dengan kuku atau menggigit badan perogol untuk melepaskan diri.
- Lapor kepada Polis dengan segera apabila anda diganggu.
BAGAIMANA BOLEH BERLAKU?
- Perogol biasanya menyerang mangsa berseorangan di tempat sunyi.
- Menerima pelawaan seseorang untuk bersiar-siar, bermalam di hotel atau rumah tumpangan dan sebagainya.
- Makanan atau minuman yang mengkhayalkan atau tidak sedarkan diri.
- Mempercayai bomoh yang berjanji menyembuhkan penyakit dengan hubungan seks.
BAGAIMANA MENGELAKKANNYA
- Pastikan tiada orang lain di dalam kereta ketika anda hendak memandu sendirian.
- Sentiasa berwaspada ketika menuju ke kereta di tempat letak kereta yang terbuka.
- Ketika hendak menggunakan pengangkutan awam, pastikan ada penumpang wanita lain bersama.
- Berwaspada apabila melihat orang yang mencurigakan di sekitar kawasan kemudahan awam (tandas, stesen bas dan sebagainya).
- Pastikan anda berteman ketika memasuki lif di tempat-tempat yang sunyi dan terpencil.
JIKA BERLAKU ANCAMAN ROGOL
- Undang-undang membenarkan hak mempertahankan diri daripada rogol dengan menggunakan kekerasan ke atas penyerang (perogol) sehingga boleh menyebabkan luka parah atau kematian ke atasnya.
- Bertenang dan jangan kelam kabut jika diugut atau diserang.
- Tidak lakukan sebarang tindakan yang terburu-buru.
- Sekiranya anda membuat keputusan untuk melawan, pastikan anda benar-benar menguasai keadaan. Anda boleh gunakan tangan dan kaki ataupun sebarang benda yang ada pada anda seperti beg tangan, payung, kunci dan sebagainya untuk melawan.
- Camkan muka dan tanda-tanda yang ada pada penjenayah itu serta pakaiannya dan juga nombor kenderaan yang digunakannya.
- Untuk membantu penyiasatan polis, anda dinasihatkan supaya tidak membasuh badan atau pakaian yang dipakai sewaktu kejadian sebelum membuat laporan polis.
=========================================================
Banyakkan berdoa meminta perlindungan dari Allah SWT, contoh:
”Ya Allah ya Tuhan kami, kami berlindung dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna dari kemurkaanNya dan dari seksaNya yang amat pedih dan dari kejahatan hamba-hambaNya dan dari kejahatan godaan syaitan dan dari kedatangan mereka.”
”Ya Allah ya Tuhan kami, dengan nama Allah, tiada sesuatu pun boleh memberi mudarat kepada kami di bumi dan juga di langit dengan berkat namaNya, dan Allah Amat Mendengar lagi Amat Mengetahui.”
Semoga kita sekeluarga sentiasa dibawah perlindungan Allah SWT dalam segala keadaan.
Wassalam.
0 comments:
Catat Ulasan