Bismillah.
Assalamualaikum.
Hari ini kami nak share segmen 2 pulak. Sebelum itu kita recap dulu tajuk segmen terdahulu…..
Segmen 1 – Mencegah Curi Kenderaan
OK. Jom kita ikuti segmen 2 …..
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
PECAH RUMAH
BAGAIMANA BOLEH BERLAKU?
1. Dengan mengumpil pintu atau tingkap.
2. Menggunakan jerjak besi pintu dan tingkap.
3. Memotong mangga (ibu kunci).
4. Memasuki melalui bumbung rumah / siling yang terbuka.
5. Tingkap yang terbuka.
SEBAB-SEBAB BERLAKU PECAH RUMAH
1. Tidak memberitahu jiran dan polis apabila meninggalkan rumah kosong.
2. Tidak muafakat sesama jiran untuk mengawasi kediamaan masing-masing.
3. Meletakkan barang yang bernilai di sekitar atau dalam rumah yang dapat dilihat dari luar.
4. Menunjukkan tanda rumah tidak dihuni seperti langganan akhbar dan roti yang tidak dihentikan.
5. Kedudukan rumah yang terpencil serta struktur rumah yang memudahkan penjenayah memasukinya.
6. Membiarkan pintu atau tingkap yang terbuka, terdedah tanpa pengawasan atau ditutup tanpa berkunci.
7. Menggunakan kunci, mangga atau rantai yang mudah diumpil, dipotong atau dibuka dengan kunci tiruan.
8. Keadaan rumah seperti bumbung, tingkap, dinding dan sebagainya yang memudahkan penjenayah memasukinya.
9. Selain dari kelalaian penghuni, kedudukan dan keadaan rumah yang boleh mendorong penjenayah untuk melakukan jenayah seperti kedudukannya yang terpencil atau barang-barang berharga terdedah.
CARA PENCEGAHAN
1. Memaklumkan balai polis terdekat tentang alamat rumah, tarikh dan masa anda tidak berada di rumah. Tinggalkan maklumat secukupnya bagi memudahkan pihak jiran atau polis memaklumkan sebarang kejadian kepada anda.
2. Memasang alat-alat keselamatan tambahan pada pintu utama seperti lubang pandangan, mangga dan selak keselamatan.
3. Jangan tinggalkan sebarang nota yang boleh membantu pemecah rumah bertindak.
4. Sentiasa pasangkan lampu bila keluar rumah.
5. Pastikan pintu, tingkap dan pintu pagar berkunci sebelum meninggalkan rumah atau tidur.
6. Memelihara anjing boleh membantu mengawal rumah.
7. Pasangkan sistem penggera keselamatan yang baik untuk rumah / bangunan.
8. Sekiranya bercadang bercuti lama, hentikan langganan akhbar atau roti supaya tidak meninggalkan tanda rumah tiada berpenghuni.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Tips yang baik dan praktikal dan boleh digunapakai oleh kita semua.
Selain itu kita umat Islam dianjurkan berdoa, membaca surah-surah al-Quran dan mengamalkan zikir untuk memohon perlindungan Allah SWT dari segala macam bala dan musibah.
Kita melakukan demikian bukan sahaja untuk kebaikan kita sekeluarga tetapi juga untuk mereka-mereka disekeliling kita. Saudara-mara kita, jiran-jiran kita dan ahli-ahli kariah kita.
Bila kita mengamalkan apa yang dianjurkan, insya’allah kebaikkan bukan sahaja kita yang perolehi tetapi mereka-mereka yang disekeliling kita juga akan mendapat tempiasnya.
Cumanya, dalam kehidupan kita yang sentiasa sibuk, jiran-jiran sebelah rumah pun kita tidak pasti siapa.
Cuba-cubalah kita, walau bagaimana sibuk sekali pun bertegur sapa dan beramah dengan jiran-jiran. Tak kisah Melayu, India, Cina atau lain-lain.
Cuba-cubalah sesekali turun ke surau atau masjid kat kariah kita. Insya’allah banyak kebaikkannya.
Wassalam.
0 comments:
Catat Ulasan