Bismillah.
Assalamualaikum.
PRU13 akan diadakan tidak lama lagi. Itulah desas-desusnya. Samada Pakatan mahupun Barisan sedang bersiapsiaga untuk menghadapinya.
Kelakar juga memikirkannya kerana PM yang juga Presiden Umno dan Pengerusi BN belum mendapat ilham untuk mulut beliau mengumumkan tarikhnya.
Whateverlah!
Kami ingin berkongsi suatu kisah, untuk kita sama-sama fikirkan relevansinya kepada kita sebagai seorang pengundi berdaftar.
Mari kita hayati kisah itu…..
*******************************************************************************************
KENYANGKAN PERUT RAKYAT
Suatu ketika Utbah bin Farqad, gabenor Azerbaijan pada masa pemerintahan Umar bin Khattab ditawarkan makanan oleh rakyatnya.
Suatu kebiasaan yang lazim pada masa itu.
Dengan senang hati, gabenor menerimanya seraya bertanya: “Apa nama makanan ini?”
“Namanya habish, ianya dibuat daripada minyak sapi dan kurma,” jawab salah seorang daripada mereka.
Gabenor segera menjamah makanan itu. Sejenak kemudian bibirnya menguntumkan senyum.
“Subhanallah!” Betapa manis dan enak makanan ini. Tentu kalau makanan ini kita kirim kepada Amirul Mukminin Umar bin Khattab di Madinah, dia pasti akan gembira,” ujar Utbah.
Kemudian dia memerintahkan rakyatnya supaya membuat makanan tersebut yang lebih enak.
Setelah makanan tersedia, gabenor memerintahkan anak buahnya supaya berangkat ke Madinah dan membawa habish untuk Khalifah Umar bin Khattab.
Dua utusan segera berangkat ke Madinah.
Mereka menyerahkan makanan khas Azerbaijan itu kepada Umar bin Khattab.
Khalifah segera membuka dan merasanya.
“Makanan apa ini?” Tanya Umar.
“Makanan ini namanya habish. Makanan paling lazat di Azerbaijan,” jawab salah seorang utusan.
“Apakah seluruh rakyat Azerbaijan dapat menikmati makanan ini?” Tanya Umar lagi.
“Tidak. Tidak semua boleh menikmatinya,” jawab utusan itu gugup.
Wajah khalifah langsung merah petanda sedang marah.
Dia segera memerintahkan kedua-dua utusan itu supaya membawa kembali habish ke negerinya.
Kepada gabenornya, dia menulis surat’
‘………. makanan semanis dan selazat ini bukan dibuat daripada wang ayah dan ibumu. Kenyangkan perut rakyatmu dengan makanan ini sebelum engkau mengenyangkan perutmu.’
Kata-kata Umar bin Khattab:
“Aku orang pertama yang merasa lapar kalau rakyat kelaparan dan orang terakhir yang merasa kenyang kalau mereka kenyang.”
[Sumber: Belajar Dari Dua Umar terbitan Anbakri Publika Sdn Bhd] Terima kasih.
*******************************************************************************************
Kisah-kisah para sahabat boleh kita jadikan ikhtibar dan panduan dalam kehidupan dan halatuju kita.
Pengajaran paling penting yang boleh kita ambil dari kisah itu ialah wang kerajaan adalah wang rakyat bukan harta pusaka pemimpin.
Kita sebagai pengundi perlu tahu hakikat itu. Wang kita! Bukan harta pusaka turun temurun dari PM pertama kita.
Pakatan atau barisan atau mana-mana parti yang dipilih untuk membentuk kerajaan menerima amanah untuk menguruskan wang rakyat dengan seadil-adilnya.
Wang rakyat tidak boleh dibazirkan dengan sewenang-wenangnya. Jika dibazirkan, zalim namanya.
Kepada yang telah “cukup umur” daftarlah dengan segera. Undi anda dan undi kita amat penting.
Pilihlah mereka-mereka yang mementingkan keselesaan dan kemakmuran kehidupan rakyat sebagai agenda utama mereka.
So….. Ya Allah ya Tuhan kami, baikkanlah keberkesanan perbuatan kami dalam segala urusan dan selamatkanlah kami dari kehinaan dunia dan azab akhirat. Amin.
Wassalam.
0 comments:
Catat Ulasan