DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG

Segala puji bagi Tuhan Yang Menguasai Langit dan Bumi. Yang mengatur urusan makhluk. Selawat dan Salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Nabi dan Rasul Akhir Zaman dan juga kepada keluarga dan para sahabatnya dan pengikut-pengikutnya.

Selamat datang. Selamat membaca. Semoga terhibur.

Jazakallah Khairan Kathira.Assalamualaikum Wrt. Wbt

Rabu, Mei 04, 2011

Isteri Perdana Menteri dan Rombongan ke Istanbul

Bismillah.
Assalamualaikum.

Menarik bila kami mengikuti kisah Datin Seri Rosmah Mansor yang mana perjalanan beliau dan “rombongan” ke oversea selalu mendapat kritikan tetapi seolah-olah di”pekak-badakkan” oleh pemerintah. Jom kita baca laporan dibawah…..

No1320

$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$

Rosmah hadiri sidang kemuncak wanita global
Mei 2, 11 6:13pm

Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor akan menghadiri Sidang Kemuncak Wanita Global 2011 yang berlangsung selama tiga hari mulai Khamis ini di Istanbul, Turki.

Sidang kemuncak yang bertemakan "Wanita: Membina Penyelesaian Kepada Abad 21" merupakan forum tahunan bagi tokoh dan pemimpin negara merangka halatuju, strategi dan program ke arah meningkatkan pencapaian wanita dalam bidang ekonomi dan keusahawanan.

Kenyataan Wisma Putra hari ini menyebut forum itu juga bertujuan memberi peluang kepada para peserta bertukar pandangan dan berkongsi pengalaman mengenai amalan terbaik ke arah meningkatkan taraf ekonomi wanita di negara masing-masing.

Sejak diadakan pada 1992, ia mendapat reputasi sebagai forum antarabangsa yang penting dan berjaya menemukan tokoh serta pemimpin wanita daripada sektor awam dan swasta dalam pelbagai bidang dari seluruh dunia.

Semasa berada di Turki, Rosmah dijadual menyampaikan ucapan dan menjadi anggota panel Forum Wanita Pertama yang akan diadakan pada Jumaat, bersama-sama isteri Perdana Menteri Turki Emine Erdogan dan Wanita Pertama Namibia Penehupifo Pohamba.

Rosmah, yang akan diiringi Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan isteri Timbalan Perdana Menteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman, dijadual berlepas petang esok.

Rombongan itu turut disertai 65 orang, termasuk anggota Badan Amal dan Kebajikan Isteri-isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti), usahawan-usahawan wanita serta pegawai kanan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri serta SME Corporation.

Rosmah juga dijangka menyertai sesi dialog dan jaringan Pertubuhan Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana bersama Usahawan Wanita Malaysia di sebuah hotel di Istanbul.

Selain itu, beliau turut diberi penghormatan untuk membunyikan loceng pembukaan urusniaga Bursa Saham Istanbul. –Bernama [Malaysiakini]

$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$

Ada 2 perkara dalam laporan diatas yang paling ketara pada pandangan kami iaitu:
1. Malaysia tiada menteri wanita yang berwibawa.
2. “Isteri Perdana Menteri” a.k.a FLOM adalah jawatan tetap yang diiktiraf oleh kerajaan.

Kenapa kami berkata demikian?

Cuba kita hayati perenggan-perenggan berikut:

Sidang kemuncak yang bertemakan "Wanita: Membina Penyelesaian Kepada Abad 21" merupakan forum tahunan bagi tokoh dan pemimpin negara merangka halatuju, strategi dan program ke arah meningkatkan pencapaian wanita dalam bidang ekonomi dan keusahawanan.

Kenyataan Wisma Putra hari ini menyebut forum itu juga bertujuan memberi peluang kepada para peserta bertukar pandangan dan berkongsi pengalaman mengenai amalan terbaik ke arah meningkatkan taraf ekonomi wanita di negara masing-masing.

Dan perenggan ini pula:

Rosmah, yang akan diiringi Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan isteri Timbalan Perdana Menteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman, dijadual berlepas petang esok.

Mungkin apa yang kami katakan atau pandangan kami itu tidak tepat tetapi fikir-fikirkan.

Dari sudut lain pula, kami bersetuju sememang dan sepatutnya isteri Perdana Menteri diberi ruang dan tanggungjawab yang lebih besar berkaitan dengan isu wanita, kekeluargaan dll  didalam dan diluar negara. Dan semestinya beliau perlu dan mempunyai keupayaan untuk memikul amanah itu.

Ini kerana semakin banyak negara dewasa ini dipimpin oleh wanita. Begitu juga ramai wanita menjawat jawatan penting dalam kabinet dan mengetuai syarikat-syarikat multinasional. FLOM yang berwibawa boleh menjadi perantara yang berkesan dalam urusan berkaitan dengan wanita dan juga kekeluargaan.

Isteri Perdana Menteri dibolehkan menghadiri sidang kemuncak, forum dan seumpamanya tetapi beliau tidak boleh memberi keputusan yang boleh mengikat negara. Keputusan hanya boleh dibuat oleh menteri yang bertanggungjawab.

Seperkara lagi, kerajaan perlu menghadkan jumlah peserta yang mengikuti rombongan. Berpada-padalah. Jika pun berkemungkinan kita ditaja oleh negara yang menjemput, janganlah pula kita “berkampong” kat sana. Kita ada sopan-santun dan budi pekerti. Bukan begitu?

Cuba fikir-fikirkan masalah rakyat, jika negara kita yang perlu menampung perbelanjaan rombongan tersebut. Bukankah perbelanjaan itu datangnya dari wang rakyat.

Jangan pula nanti ada suara-suara sumbang yang berkata “subsidi ditarik, pemimpin membazir”.

Wassalam. 

0 comments:

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Justin Bieber, Gold Price in India