DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG

Segala puji bagi Tuhan Yang Menguasai Langit dan Bumi. Yang mengatur urusan makhluk. Selawat dan Salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Nabi dan Rasul Akhir Zaman dan juga kepada keluarga dan para sahabatnya dan pengikut-pengikutnya.

Selamat datang. Selamat membaca. Semoga terhibur.

Jazakallah Khairan Kathira.Assalamualaikum Wrt. Wbt

Sabtu, Mei 07, 2011

BFK 140. Dari Meru Penuh Mesra

Bismillah.
Assalamualaikum.

Pagi semalam kami sekeluarga bersarapan pisang goreng. Silap kot, goreng pisang. Whateverlah!

No1336

“Pisang Awak” nama diberi. Sedap digoreng. Dibuat jompot. Buat kek pun sedap. Jika mahu digoreng kena betul-betul masak, jika tidak terasa kelat bila dimakan.

No1335

Hmmm….. manis!  Tak semua digoreng. Ada yang belum benar-benar masak. Pisang yang selebih tu tau le wife kami nak buat apa.

No1340

Pagi ini wife buat jompot pisang pula kerana sebahagian besar pisang dah masak. Kami dapat rasakan baki yang ada nak dibuat kek.

Pisang ni pemberian ibu-bapa kenalan anak pertama kami, En. Rusli dan Pn. Pairus. Mereka tinggal di Meru. Kira-kiranya  dah jadi sahabat kami, ibu bapa kenalan anak pertama kami ini. Alhamdulillah.

Pisang tanam sendiri. Bukan pisang tunjuk. Tu yang mahal. Terima kasih!

Kami dulu pun ada juga menanam pisang jenis yang sama kat depan rumah. Dulu depan rumah kami ada kebun getah. Kebun getah yang sudah tidak diusahakan. Tapi tak le kami menceroboh kebun getah tu, kami tanam kat tepi jalan je.

Sekarang kebun getah tu dah jadi Taman Harmonium, Seremban 2.

Kata orang tua-tua, anak pisang awak mesti dibuang akar-akarnya sebelum ditanam. Jika tidak buahnya berbiji.

Well….. masa tu kami tak le tahu ada kata orang tua-tua atau tips camno nak menanam. Kami tanam secara simple je. Korek lubang, letak anak pokok tu, timbus. Settle!

Dekat seminggu ditanam, wife tanya kat kami “abang buang tak akar anak pisang tu sebelum ditanam?”. Kami reply “tak pulak”.

Well….. kebetulan bila berbuah memang buahnya berbiji. Bukan sebiji dua tapi padat! Orang jawa kata “gembel’. Keturunan pokok pisang tu pun buahnya berbiji. Huhu.

Walaupun berbiji, kami tak buang. Wife hiris permukaan buah pisang tu. Dapat juga dibuat jompot dan kek. Sedap!

sedia menyelamat

Coming back to Meru….. hari ini Hari Bomba. Jadi kami sekeluarga nak ucapkan “Selamat menyambut Hari Bomba” kepada En. Rusli. Berhati-hati ketika menjalankan tugas.

“Bersama Mencegah Kebakaran”.

So….. Ya Allah ya Tuhan kami, Kami memohon agar dilindungi dari segala macam tingkah laku yang tidak baik, dari segala tindakan dan perbuatan yang tidak baik, dari nafsu yang tidak baik dan dari segala penyakit yang merbahaya. Tiada sesuatu pun yang boleh memberi mudarat kepada kami di bumi dan juga di langit dengan berkat nama-Nya, dan Allah Amat Mendengar lagi Amat Mengetahui. Amin.

Wassalam. 

0 comments:

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Justin Bieber, Gold Price in India