DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG

Segala puji bagi Tuhan Yang Menguasai Langit dan Bumi. Yang mengatur urusan makhluk. Selawat dan Salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Nabi dan Rasul Akhir Zaman dan juga kepada keluarga dan para sahabatnya dan pengikut-pengikutnya.

Selamat datang. Selamat membaca. Semoga terhibur.

Jazakallah Khairan Kathira.Assalamualaikum Wrt. Wbt

Ahad, Mei 22, 2011

BSK 190. Teori Cara Beng Hock Bunuh Diri Subky Latif

No1305

Bismillah.
Assalamualaikum.

Menarik bila kami membaca tulisan saudara Subky Latif bertajuk “Teori cara Beng Hock bunuh diri”.

Membuat kita berfikir semula fakta-fakta yang dikemukakan di mahkamah dan juga Suruhanjaya DiRaja.

Mari kita fikir-fikirkan bersama…..

?????????????????????????????????????????????????????????????????

Teori cara Beng Hock bunuh diri
Subky Latif

DALAM sepanjang penyiasatan tentang kematian Teoh Beng Hock perkembangan yang tersiar mengaitkan dia membunuh diri.

Macam-macam teori dibuat cuba mengaitkan dia membunuh diri dengan terjun dari tingkat pejabat SPRM ke tingkat bawah yang dijumpai mati.

Oleh kerana tiada siapa yang melihat kejadian itu maka berbagai teori timbul baik tentang dia dibunuh dan dia membunuh diri.

Dalam semua penyiasatan itu saya belum terjumpa teori tentang cara dia terjun bagi membunuh diri itu.

Kalau dia dibunuh, maka tidak banyak yang hendak dibangkitkan bagaimana dia dicampakkan ke bawah dari tingkap di atas itu. Dia boleh dicampak hidup-hidup atau dia dilemparkan ke situ sesudah mati.

Tetapi dia terjun ikut tingkap itu macam mana. Saya terjumpa keterangan yang tersiar tentang teori dia melompak ke bawah.

Kalau dia melompat ikut tingkap tentulah dia memanjat tingkap di situ dan kemudian terjun dari tingkap itu ke bawah.

Bila dia memanjat tingkap tentu tangannya memegang mana-mana bahagian di tingkap itu baik di dinding sekitar bawah tingkap dan sebagainya. Biasanya kesan cap jari menjadi keterangan penting dalam banyak penyiasatan dan perbicaraan.

Mungkin ada tersiar hal ini tetapi saya mis atau tidak terbaca.

Apa pun saya percaya kalau dia membunuh diri dia mesti menjamah mana-mana bahagian tingkap itu dan kesan cap jari dan cap tangannya dapat membantu menyelesaikan parkara itu.

Tetapi jika kesan cap jari dan tangan itu tidak ada, maka bagaimana dia boleh terjun tanpa meninggal sebarang kesan cap jari dan tangan?

Adakah dia melompat dari lantai di bawah tingkap itu dan meloloskan dirinya melalui tingkap tanpa menyentuh mana-mana bahagian tepi tingkap itu?

Payah difikirkan ada orang berdiri di bawah tingkap boleh melompat ke paras tingkap dan meloloskan diri melalui tingkap.

Yang boleh dia berundur beberapa kaki dari tingkap dan kemudian berlari ke arah tingkap. Agak beberapa kaki dari dinding yang ada tingkap itu dia pun melompat melalui tingkap seperti yang selalu dilakukan oleh ahli sukan lompat tinggi.

Dengan cara itu dia boleh melompat tanpa menyentuh mana-mana bahagian tepi tingkap dan terus jatuh ke bawah.

Adakah boleh kita buat teori begitu? Dan orang dapat terimakah teori seperti itu?

Kalau dia memanjat tingkap sebelum terjun, dia misti pegang bahagian bawah tepi tingkap dan pegang bingkai tingkap baik yang di kiri atau di kanan. Dia tidak boleh berdiri di tingkap tanpa berpaut kepada bingkai tingkap. Kecuali dia berpaut kepada tepi bahagian bawah tingkap dan lonjak kuat-kuat dengan kakinya melepasi tingkap.

Apa pun kesan cap jari mesti ada di mana-mana di tepi tingkap. Kesan itu mungkin hilang atau padam disebabkan ramai orang kemudian datang berpegang pada bidang tepi tingkap untuk menjenguk bahagian lantai bawah tempat dia dijumpai mati.

Apabila ramai orang datang ke situ memegang tepi tingkap itu boleh menyebabkan kesan cap jari boleh hilang.

Tetapi pegawai-pegawai SPRM tentu peka tingkap yang dia dikira  terjun dari situ tidak disentuh dan diraba kerana cap jari amat diperlukan dalam penyiasatan. Pegawai penyiasatan adalah lebih arif dalam kerja-kerja yang boleh menghilangkan kesan cap jari atau apa-apa kesan lain bagi dijadikan saksi keterangan.

Apabila kesan seperti itu hilang, maka payah hendak menguatkan satu-satu teori. Teori tanpa sokongan tidak menjadikan teori itu kukuh.

Kesan cap jari di sekitar tingkap itu amat perlu bagi menguatkan teori bunuh diri itu. Ia terpaksa bergantung kepada pendapat pakar dari isu-isu lain.

Apa pun kalau dia membunuh diri, maka cara dia terjun tingkap itu amat menarik dan semua orang mahu mengetahui bagaimana ia dilakukan. Memang ajaib bila kesan cap jari tidak disertakan kerana orang tidak terfikir manusia boleh jadi seperti burung terbang membolos tingkap yang terbuka.

Orang tidak tahu Beng Hock ada kepakaran kungfu boleh melompat jauh seperti yang disaksi dalam filem-filem Cina. [Harakah Daily]

?????????????????????????????????????????????????????????????????

Well….. apa yang bermain didalam otak kawan-kawan yang bergeliga tu?

Kita telah disogokkan dengan berbagai-bagai fakta oleh mereka-mereka yang diakui kepakarannya dalam bidang kedoktoran, forensik dan lain-lain.

Sendiri baca sendiri dengar sendirilah yang membuat andaian.

Kepada mereka-mereka yang terbabit secara langsung atau tidak langsung dalam kes berkenaan, apa yang boleh kami katakan adalah, bersedialah menghadapi perbicaraan di mahkamah Allah SWT nanti.

Selamat berjaya.

So….. Ya Allah ya Tuhan kami, kami menyerahkan urusan kami kepadaMu. Sesungguhnya Allah Maha Melihat akan hamba-hambaNya. Amin.

Wassalam.

0 comments:

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Justin Bieber, Gold Price in India