DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG

Segala puji bagi Tuhan Yang Menguasai Langit dan Bumi. Yang mengatur urusan makhluk. Selawat dan Salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Nabi dan Rasul Akhir Zaman dan juga kepada keluarga dan para sahabatnya dan pengikut-pengikutnya.

Selamat datang. Selamat membaca. Semoga terhibur.

Jazakallah Khairan Kathira.Assalamualaikum Wrt. Wbt

Sabtu, April 02, 2011

BSK 188. Berfikir Qurani Untuk Perubahan

Bismillah.
Assalamualaikum.

Kami ingin berkongsi, pertama nasihat yang diberikan oleh Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah kepada pengamal undang-undang di Malaysia.

Kedua, tulisan saudara Muhammad Asyraf, juara program Imam Muda terbitan Astro Oasis.

Dan yang ketiga, kandungan khutbah Jumaat yang kami dengar.

Pertama: Nasihat Raja Dr Nazrin

Di Majlis Konvokesyen Ke-16 Peperiksaan Sijil Amalan Guaman Tahun 2010 Lembaga Kelayakan Profesion Undang-undang Malaysia, Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah mengingatkan profesion undang-undang adalah profesion yang dipandang mulia dan elit serta mempunyai peradaban, kesopanan dan etika tersendiri.

Baginda bertitah, satu daripada tonggak utama profesion undang-undang adalah etika dan moraliti, memastikan integriti undang-undang dan keadilan terhadap mahkamah serta anak guam, dapat disempurnakan.

“Dalam melaksanakan tanggungjawab itu, mahkamah jangan sesekali dipersendakan, peguam seboleh-bolehnya wajib membantu untuk memastikan perbicaraan tidak dilengahkan dan peguam juga tidak harus dengan cara yang tidak profesional sengaja menyusahkan pihak lawan," titah baginda.

Raja Dr Nazrin Shah turut mengingatkan pengamal undang-undang bahawa mereka wajib menjadi teladan dengan menjauhi perbuatan yang mengabaikan keadilan.

"Sedarilah bahawa tingkah laku peguam turut diadili masyarakat," titah baginda.

Diatas pada kami adalah poin-poin penting nasihat Raja Dr Nazrin Shah agar pengamal undang-undang tidak mempersendakan mahkamah. 

Kedua: Tulisan saudara Muhammad Asyraf

Ia mendidik jiwa manusia mentaati hukum-Nya, beri peluang manusia perbaiki kesalahan

PERUNDANGAN Islam diturunkan bukan untuk menghukum tetapi untuk mendidik. Disebabkan itu Islam amat menitikberatkan perlindungan terhadap insan yang mula mencari pintu taubat. Dalam Islam, keaiban manusia bukan dianggap sesuatu yang perlu diketengahkan. Malah ia ditutup serapat mungkin kerana itu rahmat Allah SWT. Setiap orang mempunyai keaiban dan tidak ada seorang pun terlepas daripada melakukan kesalahan.

Firman Allah SWT bermaksud: “Sesungguhnya orang yang ingin agar (berita) perbuatan yang amat keji itu tersiar di kalangan orang beriman, bagi mereka azab yang pedih di dunia dan di akhirat. Dan Allah mengetahui, sedang, kamu tidak mengetahui”. (Surah An-Nuur: 19)

Ini bertepatan dengan hadis Rasulullah SAW yang bersabda: “Setiap daripada kamu ialah orang yang berbuat salah dan sebaik-baik orang yang berbuat salah ialah orang yang bertaubat.” (HR Ahmad)

Setiap manusia tidak terlepas daripada keaiban. Sama ada diketahui orang lain mahupun menjadi rahsia sendiri. Namun, Allah itu berkuasa menutup dan membuka keaiban hamba-Nya.

Diatas adalah poin-poin menarik dalam tulisan saudara Muhammad Asyraf berkenaan dengan perundangan islam.

Ketiga: Khutbah Jumaat pada 01/04/12011

Kandungannya (Al-Quran) penuh ajaran dalam memandu kita menjadi ummah bertamadun meliputi segala aspek bidang pekerjaan samada bersifat duniawi atau ukhrawi. Firman Allah SWT dalam surah Ibrahim ayat 1:

clip_image002Maksudnya: “Alif, Laam, Raa'. Ini ialah Kitab (Al-Quran) Kami turunkannya kepadamu (wahai Muhammad), supaya engkau mengeluarkan umat manusia seluruhnya dari gelap-gelita kufur kepada cahaya iman (dengan izin tuhan mereka) ke jalan Allah yang Maha Kuasa lagi Maha Terpuji.

Al-Quran diturunkan bukan sahaja untuk dijadikan simbol pengiktirafan Allah kepada Nabi Muhammad SAW dan umatnya semata-mata. Bahkan ia mempunyai maksud yang lebih penting iaitu setiap kandungannya membawa rahmat dan keberkatan untuk umat sejagat.

Sebagai umat yang beriman maka sewajarnya al-Quran dijadikan asas pemikiran dan dijadikan panduan dan sumber rujukan yang utama dalam apa juga kegiatan hidup samada dari sudut akidah, syariat dan akhlak, khususnya dalam menangani pelbagai permasalahan, cabaran semasa untuk mencapai kehidupan dan kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat.

Persoalannya pada hari ini terdapat segelintir umat Islam yang lemah iman, goyah pegangan akidah dan akhlaknya menjadi kaku bibir dan kelu lidahnya untuk menyebut ayat-ayat Allah SWT dan beku fikirannya untuk mendalami al-Quran. Mereka lebih gemar menurut hawa nafsu dengan melakukan perkara-perkara yang melalaikan dan merosakkan imej dan martabat umat Islam itu sendiri.

Rasulullah SAW pernah melahirkan kebimbangan bahawa umat Islam ramai tetapi berkeadaan seperti buih di lautan, kerana lemah dan tidak berdaya saing. Seorang tokoh Islam Malik bin Nabi pernah berkata: “Kemunduran yang dideritai oleh umat Islam hari ini bukan sebab Islam seperti yang di wawarkan itu, ini adalah satu hukuman dari Islam ke atas umatnya yang cuba meninggalkan Islam, bukan kerana mereka berpegang dengan Islam.”

Diatas ialah poin-poin utama yang perlu kita renungi dari khutbah Jumaat, 01/04/2011 bertajuk "Berfikir Qurani".

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Benar seperti yang dikatakan oleh Raja Muda Perak bahawa tingkah laku peguam-peguam diadili oleh masyarakat.

Tetapi yang terlebih penting  ialah mereka juga akan diadili oleh Yang Maha Kuasa, Raja dan Tuhan manusia. Begitu juga dengan kita semua sebagai rakyat. Tidak ketinggalan.

No1276

Dikatakan bahawa seorang hakim itu sebelah kakinya sudah pun berada di neraka dan daripada tiga orang hakim, dua ke neraka dan hanya seorang ke syurga.

Kata-kata itu ditujukan kepada pengamal undang-undang Islam yang tidak ditokok tambah. Cuba difikirkan nasib mereka-mereka yang mengamalkan undang-undang selain itu?

Kita hayati surah Al-Maaidah: ayat 49-50 yang bermaksud:
”Dan hendaklah kamu memutuskan perkara di antara mereka menurut apa yang diturunkan Allah, dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu mereka. Dan berhati-hatilah kamu terhadap mereka, supaya mereka tidak memalingkan kamu dari sebahagian apa yang telah diturunkan Allah kepadamu. Jika mereka berpaling (dari hukum yang telah diturunkan Allah), maka ketahuilah bahwa sesungguhnya Allah menghendaki akan menimpakan mushibah kepada mereka disebabkan sebahagian dosa-dosa mereka. Dan sesungguhnya kebanyakan manusia adalah orang-orang yang fasik.
Apakah hukum Jahiliyah yang mereka kehendaki, dan (hukum) siapakah yang lebih baik daripada (hukum) Allah bagi orang-orang yang yakin?

Kita hayati juga surah An-Naas: ayat 1-6 yang bermaksud:
”Katakanlah: “Aku berlindung kepada Tuhan (yang memelihara dan mengusai) manusia.
Raja manusia.
Sembahan manusia,
dari kejahatan (bisikan) syaitan yang biasa bersembunyi,
yang membisikkan (kejahatan) kedalam dada manusia,
dari (golongan) jin dan manusia.

Persoalannya! Adakah kita, hamba Allah beranggapan kita lebih bijak dari Allah SWT? Dalam menentukkan corak pemerintahan negara? Dalam berundang-undang? Nauzubillah min zalik.

Tidakkah kita mahu perubahan? Perubahan untuk menunaikan hak-hak Allah SWT!

So….. Ya Allah ya Tuhan kami, Tuhan yang menguasai hari pembalasan, hanya kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami memohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus, yaitu jalan orang-orang yang telah Engkau anugerahkan nikmat kepada mereka; bukan jalan mereka yang dimurkai dan bukan pula jalan mereka yang sesat. Amin.

Wassalam.

0 comments:

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Justin Bieber, Gold Price in India